BEN ASHAARI



 

Bukak pintu selepas bersiap nak gi antar wife ke pejabat... Terasa nyaman  sbb malam tadi hujan lebat .. Alhamdulillah..

Memandu ke Putrajaya dgn tingkap kereta dibuka.. Kononnya nak hargai udara selepas hujan .. Segarnya ! Tutup tingkap  sbb nak pasang aircond memandangkan kereta dah mula banyak. Masuk area Putrajaya kelihatan macam di Cameron Highland.. Wowwww.. kabus selepas hujan ??

Aku bukak tingkap.. Sekaliii .. Tersumbat terus nafas aku !! Belum reda rupanya jerebu di Putrajaya..

Sampai di Cheras .. Panas semacam jer.. Aku plan nak gi gym tapi batalkan sbb mood ke laut.. hehehe .. Nak rehat je sambil jaga Qhaliff..

Dalam kul 3 petang gitu .. Aku ke belakang rumah orang tua aku..

Mendungnyaaa .. Layan kamera jej la jawabnya ..

Tengah sedap melayan.. Zassss.. angin kencang !! Terus masuk rumah.. Tunggu  hujan reda untuk pusingan ke dua bergambar .. hehehe.. Saja nak test kamera baru ni..

Sementara tunggu hujan reda .. Aku didera oleh ‘diorang’ ni ..

Photo: Aku .. didera ..

Photo

Hurmm.. lega dah hujan berenti.. Boleh keluar menikmati udara nyaman.. Harapnya esok hujan lagi , dan lagi .. heeee…

Hurm.. esok nak gi cari lokasi lain la pulak .. hehehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Tadaaa.. kamera baru ! Best ? Hehehe.. Mereka yang dah mencubanya , mmg akan kata menarik !

Ni baru guna auto punya setting.. Kalau manual ? Haaaa … Serius kamera ni mmg cool giler  ! Nak usung ke sana sini pun , ringan je. Tak perlu bawak satu kontena punya beg kamera ! Hehehehe..

Kamera apa ? Nanti aku cerita ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Wife ajak dah.. Aku kata ok je .. Tapi di mana ? Asyik asyik Alamanda .. Tak pun nak ke Mid Valley.. Boring aihh .. Tapi nak gi jauh jauh , malas !

Aku up status di FB .. dan ada kawan bagitau.. Kemudian dia tagged aku di Instagram ..

Ok .. selesai masalah aku ! Tunggu minggu depan , kita serbu ramai ramai ! Hehehehe..

Jimat selagi boleh.. hehehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

-iklan-

Picture2

Bagaimana nak dapatkan :

· SATU tin ESP PERCUMA dan

· keahlian PERCUMA dan

· Cash back RM 36

Dengan pembelian ESP PROMO bulan ini? Caranya mudah sahaja...

Pakat kumpul order dengan kawan-kawan, adik, kakak, mak, abah, kakak ipar, makcik atau sesiapa sahaja seramai 6 orang, kemudian anda layak mendapat setong ESP HOT PRODUK percuma & keahlian percuma (jimat rm 75) serta dapat bonus cash RM 36.

Mudah bukan? Hanya bulan ini sahaja tau!!

Jadi...cepat2 kumpul order dan buat belian dari kami sekarang!

Kenapa semua orang sukakan ESP ni?

  • ESP pudarkan jerawat
  • ESP cantikkan kulit
  • ESP elak sembelit
  • ESP baik untuk elak gastrik
  • ESP membantu untuk kuruskan badan
  • ESP baik untuk pesakit kencing manis
  • ESP kuatkan rahim ibu hamil
  • ESP baik untuk pudarkan strechmark

Nah!!! Banyaknya kebaikan ESP!

Mari kita tengok TESTIMONI ESP.

Jadi..apa tunggu lagi? PM sekarang untuk dapatkan ESP HOT PRODUK ini !!

019-3190733

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Saja ajak dia berselfie .. Dia tengah boring sangat tu .. Sedang menantikan makanan yang dah diorder .. Lapar giler dah masa ni.. huhu ..

Photo

Ok.. mmg berjaya la.. Dia diam dalam beberapa minit sebelum waiter letak sudu garfu depan dia .. Haishhhh … Dah nak main menda tu pulak.. Risau aihh ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Terserempak dengan si Ujang bersama anak daranya yang cun itu di Rasa , Alamanda .. 

Hehehe .. terus melepak jap kat situ .. Dan pastinya Qhaliff seperti dulu dulu.. amat segan dengan Zafirah.. Hahahaha .. Aku rasa la kan , bukan sebab segan tapi sebab takut kena sakat ngan Zafirah. Zafirah mmg pandai sakat Qhaliff ni.. Hahahaha..

Lama la jugak aku nak tenangkan si Qhaliff ni agak bersemuka dengan Zafirah.. Tau apa ? Dia jeling hujung mata je .. takut nak angkat muka..

Photo

Puas la jugak memujuk .. hahaha .. Buat macam macam .. Akhirnya , makanan juga yang berjaya memujuk dia keluar dari ‘tempat persembunyian’ dia .. huhu ..

Pemalu cam bapak dia gak ni .. heeee ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Masa aku gi beli kamera Sony Alpha 5000 di Low Yatt Plaza baru baru , mamat bawah ni haaa ..Cukup teruja laaa bila nampak kalkulator. Menda lain dia tak nak dah.. Pujuk camana pon , kepala dia tang tu gak.. Ni , mmg perangai aku.. Aku siap tanya berapa kalkulator kedai kamera tu kalau dia nak jual memandangkan Qhaliff dah berpusing pusing dalam dakapan aku ! Huh.. tapi dia tak jual ! hahaha.. Bikin segan daddy jer ..

Gi Aeon Alamanda tadi , nak cari almari untuk letak baju adiknya Qhaliff nanti.. Dia ternampak kalkulator atas meja milik pekerja situ. Bersungguh dia nak amik.. Haihh ..

Akhirnya , almari ke mana … dapat kalkulator tu gak ..Suka la diaaaa …

Pegang je dia dalam kereta .. Sampai je rumah , kalkulator tu entah kemana .. tab Samsung aku tu jugak dia capai dan layan.. hurmmm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Nak menang RM3,000 setiap hari selama 80 hari dengan begitu mudah dan juga hadiah hadiah menarik dari Yeo’s ? Heee … Nak tau caranya ? Haaaa.. Meh sini aku bgtau.. Yeo’s pon leh ajarkan nanti… Sangat mudah jer ..

Haaa , Yeo’s Malaysia akan menyediakan

Hadiah Utama  :

  • 1 x RM100,000
  • 9 x RM1,000

Hadiah Harian :

  • 1 x RM3,000 ( 80 hari )
  • 9 x RM100 ( 80 hari )

Hadiah Istimewa : 

  • 1 x RM10,000 ( tempoh cabutan )
  • 9 x iPads ( tempoh cabutan )

Cara nak sertai pertandingan ni ? Ok .. mudah je .. sila download WeChat atau jika dah ada pon , sila scan kod QR ni …

Dah ? Ok .. bila dah detect di telefon pintar korang tu , ikut je arahan mudah yang dinyatakan.. Tak susah mana pon .. kan ?

  

Ok.. ada dua cara nak hantar bukti yang korang beli dan minum Yeo’s ni nanti . Yang pertama melalui kod kontest dan yang kedua , resit pembelian yang mana korang perlu masukkan ke ruangan yang disediakan di WeChat tu nanti ..

Ok .. ikuti langkah ini seterusnya .. Beli apa apa minuman Yeo’s , Justea atau Soyrich  ( 250ml , 350ml , Botol PET 1.5L ) dengan kod pada pek tertera KOD PERADUAN.

Kemudian imbas kod QR pada pek atau masukkan je ID WeChat : YeosMalaysia  dan kemudiannya ikut je arahan seperti yang aku nyatakan sebelum ini.

Ingat yer.. Gambar mesti memenuhi standard kualiti visual. Jangan pulak dok kasi gmbar tak clear atau ada edit edit gitu.. haaaa.. automatik dibatalkan penyertaan.. Kasi amik gambar clear punya dengan contoh seperti di bawah ini ..

Pastikan macam ni yer.. Kalau air kotak 250ml tu , masukkan straw atau pek berlipat , utk 1L tu , penutup dah dibuka manakala utk air botol tu , pegang penutup di sebelah botol sebagai bukti.. Hehehehe..

Bila korang ikut arahan ni dengan betul , korang akan terima satu soalan ringkas berkaitan dengan iklan Yeo’s. Soalan mudah giler !  Haa.. simpan gambar sebagai bukti nanti yer ..  Tak paham apa yang aku bagitau ??? Ok .. tak pe .. tak pe.. Klik Yeo’s "80 Days Drink to Cash Contest" ni utk baca cara menyertai contest ni ..

Tempoh pertandingan 13 Mac 2014 hingga 31 Mei 2014 jam 630 petang ! Haaaa..Dah lepas pada tu , takde dahh.. rugi rugiiii …

Jangan risau .. korang tak perlu bayar apa apa pon untuk join contest ini sbb ianya melalui WeChat. Bukan sms yer.. Cuma perlu beli air Yeo’s je.. Heeee ..

Andai punya masalah .. jangan ragu ragu lagi.. Sila hubungi mereka segera ..

  • Customer call line 03-7787 3773
  • email ke yeos80daysdrinktocash@yeos.com
  • pertanya di Q&A section at www.yeos.com.my/contest/faq

Semoga berjaya !! Aku dah join dahhh ..

Photo

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tonton cerekarama TV3 tadi yang bertajuk PARASIT. Sebuah kisah yang mudah tapi berisi.. Pengisiannya ? Nak amik anak angkat , ikut saluran yang betul. Sian budak tu nanti..

Ok .. part emo ni.. Haaa.. Si Qhaliff ni laaaa ..

Dia dah mengantuk tapi dok tunggu mak dia yang tengah solat kat atas dulu , baru nak tidur sama.. Sementara tu , dia dok main dengan aku. Aku , dah puas pusing cerita apa nak tengok. Akhirnya , layan je la cerita ni..

Qhaliff .. bila cerita ada budak kecik , dia akan terminat nak tengok.. Ha.. Dalam cerita ni , ada si ChaCha tuuu.. Ada satu babak yang mana si laki ni pukul isterinya bertubi tubi. Qhaliff yang tengok ni , gi marah kat orang tu.. Orang tu dalam tv haaa , Qhaliff oiii..

Bila orang tu tak respon , Qhaliff ‘babap’ aku tanda dia marah ! Hahahahha.. Aku pulak jadi mangsa emosi dia haaa.. Adeh …

Hurmm.. Qhaliff mmg seorang pelindung.. Kalau aku bertekak ngan mak dia , dia la jadi pendamai .. Bertekak saja saja jer .. nak tengok respon si anak tu.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Wowww .. menyelerakan gituuu.. Mana dapat resepi yang tak pernah didengari langsung ini ??

Ok.. memula wife masak ketam telur asin ini hinggakan ada rakan marahkan aku sbb post gambar ni di FB.. Heheheh.. Maafkan saya penunggu gua.. Heee..

Photo: Lapar benar dia

Pas makan nasi tengahari ni , ada baki ketam dan telur asin dalam mangkuk tu. Aku yang malas nak makan nasi kebelakangan ni tetiba rasa nak makan maggie..

Terpandang baki ni , lalu imaginasi liar aku membuatkan aku terliur sebentar.. heeee .. Maka , aku gabungkan maggie ayam dan ketam telur asin tuuu ..

Photo

Perghhhh .. kalau ada cili padi , sayur skit .. kasi gabung.. Mabeles ! Telur ? Rasanya jangan campur kot sbb telur akan serap kesedapan ketam tu.. heee.. Aku rasa je la.. Kalau nak try , apa salahnya.. Heheh.. Masing masing punya tekak ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments


Suka la dia main dekat home teater aku tuuu.. Tadi aku check kat speaker belah kiri , ada kesan makanan... Argggghhhhh.... Aku menjerit .. Lintang pukang Qhaliff lari ke mak dia utk menyelamatkan diri !!

Haaaiihhh.. kecik besar kecik besar je aku tgk Qhaliff.. Aku tgk set home teater kesayangan aku tu .. Hurmm.. Sayang menda tu lagi dari sayang anak ???

Haihhhhh.. aku gi ke Qhaliff dan usap kepala dia ..

" Baaa.. baaaa.. ". Qhaliff bersuara dengan muka seposen..

" Jomm , jommm.. ". Aku ajak dia dgn niat nak pujuk dia.. Dan seperti biasa , dia ikut ..

Hurmmmm... aku menjeling ke home teater aku tuu.. hurmmm.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Biasanya kalau aku beli air kotaka keluaran Yeo’s , aku akan beli soya sbb perlukan protein yang terkandung di dalamnya .. Kalau yang lain , aku amik ikut keadaan seperti bila terlalu panas aku cari teh apa tah namanya tu.. Panjang pulak nak sebut.. Badan tengah sakit urat , jadi otak jammed jap.. hehe..

Haaa .. Yang terbaru aku rasa Susu Soya Hitam ni.. Sedap ! Menepati selera tekak aku .. hehehehe.. Abis sekotak besar ni kalau aku sekali hadap jer.. Memang takde simpan utk esok punya ..

Dua perisa lagi yang tak pernah aku tahu kewujudannya ..  Yogurt punya rasa.. hehehehe .. Sedap wehhh ! Hahahaha ..

Er , ok la.. semua air keluaran Yeo’s mmg sedap. Tak dapat dinafikan lagi .. heeee…

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Perancangan bersama bro Mior ( Melastik Bintang )  yang menjadi kenyataan.. Alhamdulillah , rakan rakan blogger bagi sokongan untuk menjayakan misi beriadah di malam hari .

Walaupun di Putrajaya berjerebu namun ketika main tu , ada la kurang skit. Dan rakan rakan pon takde la beria sangat macam nak masuk ke final Piala Dunia je mainnya. Kira main ala ala dah confirm bergelar juara dunia .. Haaa..

Tak sangka ramai turun. Nasib baik booking 2 jam. Main sampai lebam kata orang tua tua .. Hehehehe ..

DSC00514DSC00571DSC00595

Yang datang sekadar main handphone pon ramai gak .. Ok la tu.. bagi sokongan .. hehehe .. Terima kasihhh …

DSC00627DSC00643DSC00655

Beberapa aksi bertarah dunia yang berjaya dirakamkan jurufoto yang bertauliah .. Aku pon tak tau la sapa tauliahkan dia .. Hahaha .

Dan babak memprovoke berlaku utk melemahkan mental lawan masing masing ..

DSC00644DSC00653DSC00652

“ Diorang tu tak reti penat ke ? Jom la pekena roti canai sekeping dua ke.. Pastu sambung balik berfutsal ! Haaa “.

Apa pun , malam ni ramai blogger keluar peluh jantan termasuk aku .. Terima kasih pada rakan rakan yang sudi hadir malam tadi .. heheh.. Nanti 2nd round punya korang leh la join sama.. Pastu leh buat friendly match dan seterusnya menjuarai Piala Dunia ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Haihh … Geram tul aku ! Yang lama lom baik lagi , dah tambah satu lagi ..

Benjol dan luka skit kat belakang kepala dia gara gara dok main jatuhkan diri dia atas tilam .. Makin lama makin dekat dengan aku.. Aku dah elak berkali dah dari nak kena tapi entah camana , dia gi jatuhkan diri dia betul betul dekat aku dan .. Hurmm …

Photo

Aku lak tengah update satu entri utk malam ni dengan pantas .. Tapi sebelum sempat aku nak tutup laptop , malang dah menimpa dia .. Kena kat bucu laptop tu ..

Hurmm.. cepat cepat aku demah dengan ais dan letak ubat.. Haihhhh .. Qhaliff Qhaliff ..  Buat aku hilang mood je nak gi main futsal ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Ada rakan tanya kat mana tempat aku makan ni petang semalam ? Haa.. Terletak di Presint 5 kalau tak silap aku.. Bersebelahan dengan bangunan DCA .. haaa .. kat situ la terletaknya restoran Rasa Utara ni haaa ..

Selain air bandung cincau yang menyelerakan ni , bihun soto dia pon sodap ! Dan Qhaliff , dengan citarasa omputehnya.. Chicken apatah namanya ..

Banyak pilihan makanan kat sini. Kalau rasa nak makan citarasa utara , boleh je ke sini .. Hee.. Gambar makanan ? Ehehe.. lupa amik sbb perut lapar woooo .. Makan dulu baru teringat nak amik.. Sori aaaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Terlebih dahulu , jutaan terima kasih pada rakan-rakan di Facebook kerana memberikan pendapat , pandangan , malah ada siap tagged mereka yang berkenaan hingga masalah ini diselesaikan dalam masa yang cukup singkat ! Dan kepada pengurus TNB Cawangan Sepang juga , terima kasih sangat sangat kerana memberi respon dengan pantas walaupun hanya meninggalkan komen di blog ! Bagus , sbb ramai boleh nampak apa masalah kadang kadang ramai tak faham ..

Seperkara yang aku belajar daripada isu ini ialah , jangan cepat nak marah mereka yg terbabit.. Jd pengguna bijak. Dptkan maklumat dan penerangan dari pihak berkenaan dan juga pandangan rakan rakan yg pernah alami masalah serupa.

Kemudian ambil tindakan seperti mana aku buat. Gi terus ke cawangan yang berhampiran dan dapatkan maklumat lebih lanjut.Kalau nak telefon pon boleh cuma takut tak berapa nak faham .. hehehe ..

Tolong jangan melenting sebelum tindakan diambil. Kalau dah buat tindakan namun tiada respon , baru boleh melenting dengan membuat aduan ke tribunal pengguna.. Heheheh .. Apa guna bising bising kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Ok.. mulai hari ni , aku akan rekodkan penggunaan elektrik memandangkan harga yg mungkin dibayar tu boleh disalurkan ke tabung masa depan anak kita andai bijak berjimat cermat terhadap penggunaan tenaga elektrik.

Haaa.. ok ok.. Tadi aku dan wife gi TNB Putrajaya utk buat aduan terhadap bil elektrik yg naik secara misteri itu walhal penggunaannya tidaklah melampaui batas.. Hurmm.. Guna belah malam dan penuh di hujung minggu jer..

Tindakan aku tepat bila aku amik gambar berserta nombor meter utk dijadikan bukti penggunaan semasa. Di TNB Putrajaya td , mereka mintak kami rujuk pada TNB Sepang sbb diorg yg keluarkan bil.

Kalau tak nak gi terus ke TNB Sepang , call dulu pon ok.. Macam kes aku ni , dia akan mintak emailkan gmbr meter sbg bukti. Kemudian mereka akan keluarkan bil baru.. Tu kata staff di TNB Putrajaya td tu 
la.. 

Hurm.. part email ni aku serah kat wife utk uruskan.. Dia mmg suka la bhgn ni.. heeee.. 

Apa pon , korang nanti pon kena wat gitu.. Bila dpt bil , cek ngan meter .. Sama ke tidak .. heeee.. Kalau duit byk , tak pe la tak yah cek.. Aku duit tak byk.. huuu..
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Gi event Wechat Yeo’s malam tadi .. Sampai ke lokasi yang ditujui , dalam kul 7 lebih gitu.. Terus masuk ke dalam restoran yang menjadi tempat pertemuan ramai blogger sebentar lagi..

Aku masuk .. tengok tak ramai lagi ada .. Aku pandang sorang sorang.. Takde sapa pon yang aku kenal terutamanya blogger lelaki. Segan nak lepak ngan blogger perempuan sebenarnya.. Aku kan pemalu.. heee ..

Aku duduk sebelah staff PersonEdge, agensi pengiklanan yang menjemput aku hadir ke event tu. Sebelum duduk tu aku lemparkan senyuman pada rakan blogger wanita di depan aku.. Hormat la kan..

Tiba tiba dalam hati aku terdetik bila pandang sorang gadis bertudung ni..

“ Macam pernah aku tengok je.. tapi di mana yer ?? “.

Iskhh.. Malas nak berteka teki aihh.. Aku terus ajukan soalan kat rakan wanitanya yang duduk disebelah.

“ Er , siapa dia yer ? “.

Aku tak sempat nak susun ayat. Risau nanti ramai dah datang , aku segan nak berbual dah .. hahahaha ..

“ Felixia .. “. Dia jawab.

“ Felixia Yeap ? “. Aku tanya kembali .

Dan awek cun tu pun senyum dan kata ..

“ Er, u kenal ke ? “.

Dalam hati aku.. Gile tak tak kenal kalau dah aku sendiri pun share di wall aku pasal kes dia bertudung tu haa.. Hahahahaha ..

“ Kenal… sapa tak kenal u… Dalam FB kan dah viral.. “.

Terus terang la kan .. Aku bukan jenis nak bergambar sangat dengan orang yang aku baru kenal pertama kali terutama selebriti.. Aku malas melainkan aku mmg nak ‘bakar’ kengkawan di FB kasi jeles gitu.. Hahahah ..

Tapi dalam kes ni , aku mmg respek kat dia .. Aku ajak dia bergambar tanpa rasa segan silu ! Hahahaha .. Aaahh.. tak kira orang nak kata apaa !

Pada masa ni dia nak berdiri.. Aku kata , tak yah sbb tak nak menyusahkan dia .. Duduk pun ok dah .. Confirm ramai kawan kat FB jeles gitewww .. hahahaha .. Auwww..

Lepas bergambar tu , aku ingat nak ajak dia berselfie duckface .. Hahaha.. Tapi tak nak la.. Nanti dia kena kritik lak.. Heee.. Tamo tamoooo..

Aku duduk kembali ke tempat aku dengan rasa masih belum puas nak berposing dengan dia .. Hahaha .. Aku overdose ubat demam kot ?? Hahaha ..

Dan sekali lagi peluang menjelma .. Aku gi kat dia ketika dia tengah berbual dengan Mei Sze , big boss PersonEdge .. dan terus mencelah .. Ahhhh .. Jangan marah aaa Mei Sze.. Nanti ramai orang datang nak bergambar ngan dia , aku dah tak dapat peluang ekslusif tu.. hehe..

“ U Ben Ashaari kan ? “. Felixia tanya aku.. Aku mengiyakan .. Dalam hati aku terasa bangga gitu dia tau…

“ U tulis pasal apa di blog yer ? “. Dia tanya ..

Huwaaaaaa … Aku ingat dia dah pernah baca .. Hahahahah .. Tak kisah laaa .. blog picisan je pon ..

“ I tulis macam macam dalam tu.. Mana yang rasa ok , i tulis .. “. Aku jawab.

“ I pon gitu gak.. Tulis campur campur jer.. “. Felixia jawab dengan bahasa Melayu yang cukup lancar dan fasih. Respek arrr !

Nak borak panjang , tapi aku kan segan .. Aku risau je nanti ada gossip liar kat situ. Hahaha.. Perasaan !

Pastu aku duduk kembali dan upload gambar tadi ke FB dan .. yer .. ramai jeles ! LAlalalala .. Wife jeles ? Takde maknanya dia nak jeles ! Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes