BEN ASHAARI



 

KDK Charity Campaign

Sempena Aidilfitri tahun ni yang bakal menjelang tidak lama lagi , KDK telah mengadakan satu cabaran yang dipanggil KDK Hari Raya Charity Challenge.

Mula mula aku bagitau ganjarannya supaya korang teruja dan tak sabar nak turut serta KDK Hari Raya Charity Challenge ni.. Heee.. Apakah hadiahnya ?

Idea pemenang akan ditunaikan ! Dan pemenang nanti akan turut serta menyambut hari raya bersama pusat kebajikan terpilih. Pemenang juga akan dapat 3 kipas KDK bernilai RM1,320 !!

KDK juga turut akan membuat sumbangan kebajikan sebanyak RM25 ribu pada Aidilfitiri nanti. Apa yang perlu kita lakukan cumalah menyebarkan dikalangan kita mengenai cabaran ni . Seorang rakan kita klik LIKE di pagenya , KDK akan menyumbangkan RM1 !! Bagi dapat RM25 ribu , seramai 25 ribu orang diperlukan untuk klik LIKE.

Haa.. cara nak join cabaran ini  ? Mudah jer ..

image

  1. Mula mula klik KDK Hari Raya Charity Challenge ni .
  2. Pastu klik app KDK Hari Raya Charity Challenge.
  3. Dan klik pada GET STARTED
  4. Isikan segala butiran dan pilih salah satu pusat kebajikan dan berikan idea anda ! Apa ju
  5. Ajak rakan anda turut serta cabaran ini dan jangan lupa suruh kawan kawan anda undi idea anda itu.. Heeee.. Pastikan idea anda tu tidak melibatkan  persindiran politik , agama dan perkauman.

Mudah je kan ? Jangan lupa baca term and conditions yer .. Oh ya, bagaimana pemenang ditentukan ? Pemenang akan dipilih oleh KDK Malaysia berdasarkan : KDK Judges (40%), User Votes (30%) & Idea Creativity (30%).

Aku dah join.. Korang bila lagi ?

image

image

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Transformer minggu depan ! Tiket pasti laris giler punya !! Hurmm… Camana eh ? Aku pasti , ramai dah tau cara paling mudah dan pantas ! Heeee .. Gunakan telefon pintar anda ! Dan download aplikasi GSC..

Yearghhhh … Banyak pilihan panggung ! Heeee.. Cari mana yang terdekat dgn rumah kita ..

Pastikan korang ada banking online cam Maybank2u atau CimbClick .. Kenapa ? Bayar terus laaa .. Takde booking booking der ! Bayar dan tempat duduk tu , anda punya !

Photo

Nak masuk nanti , tunjuk je code yang korang dapat selepas membuat bayaran tu pada staff yg jaga pintu masuk tu.. heee ..

Photo

Jimat kertas dah kan ? Haaa.. Jangan ini ni code untuk movie Transformer yer.. hehehehe …  Sila beli sekarang sekarang !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Kesian.. Aku tahu perasaan dia.. Bukan mudah nak bersaing dengan adik yang baru je lahir.. Apatah lagi perempuan ! Haaaa…

Kena perhatikan dia dan abiskan masa dengan dia jugak ! Bahaya biarkan dia berdua dengan Zahra.. Aku nampak dah ‘bahaya’nya .. Yelah , nak salahkan Qhaliff , tak leh gak. Belum cukup akal ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Photo

Kerana Zahra Nur Iman ? Dia sendiri sayangkan adik dia.. Dia dah mula cium pipi adik dia bila diminta berbanding awal dulu..

Camana aku tau dia tergugat ? Dia punya manja semakin pelik .. hahaha.. Asyik nak melekat jer .. Aku nak naik bilik atas bersenam pon dia tak kasi. Suruh duduk dengan dia .. Huhu ..

Tak dinafikan kalau aku jadi dia pon , aku tergugat tapi ikutkan aku masih lebihkan dia berbanding Zahra yang mana lebih banyak habiskan masa dengan ibu dia.. Qhaliff , dok mengekor aku jer.. Aku nak dukung Zahra , Zahra asyik nak cari mak dia jer.. Nasib baik.. haha..

Yang pasti , Qhaliff dah tau dia ada adik sekarang ni.. Heee.. tapi aku dapat tangkap dia cuba nak ‘khianat’ adik dia ! Amboii… senyap senyap yer ! Tak leh biarkan dia ngan Zahra ni.. Bahaya.. Lom ada akal lagi..

Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Yeay… Daddy ada peneman dah ! Daddy tak lagi leh cuci mata bila gi mall .. heeee .. Cuci mata tengok barangan yang dijual haaa.. Bukan tengok awek awek tauuu ..

Awal pagi , dalam kul 10 gitu .. aku siapkan Qhaliff dan bawak dia ikut aku gi Alamanda. Nak beli sedikit barang dapur untuk kegunaan harian. Ikan ikan , tak beli la sebab wife confirm tak puashati punya ! Gitulaaah..

Memula cuak jap bila memikirkan tekanan yang bakal aku hadapi nanti di Alamanda memandangkan Qhaliff lama tak jejakkan kaki dia kat sini ..

Alhamdulillah.. Sesampai je Alamanda , dia nak jalan sendiri ! Tapi bila jalan sendiri tu , jawabnya banyak la pit stop dia ! Terpaksa la aku dukung kembali dan terus ke Aeon..

Letak dalam troli , cari air kotak dan roti untuk dia makan .. Baru dia diam dalam tu .. Kalau tak , confirm dia akan huru harakan aku .. heee..

Photo

Seperti yang aku plan ngan wife , pastikan dah senaraikan apa barangan yang nak dibeli atau aku angkut apa jua yang aku berkenan di hati !

Photo

Yearghhh … Amik maggie asam laksa gak dikala kebosanan tau tak nak makan apa ..

Dan jumlah barangan dibeli tak sampai RM100 pon .. Nape kalau wife beli , mau mau RM200 ?????

Ini menunjukkan lelaki lebih bijak berbelanja ! Sila jangan nafikan yer.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Rasai dan Menjiwai Makna Berpuasa di Kem Ramadhan Yeo’s Melalui ‘Titian Serasa Ramdhan’ yang akan diadakan nanti di Shah Alam Convention Center ( SACC ) pada 12hb Julai 2014 nanti .

Titian Serasa Ramadhan merupakan program komuniti yang ketiga yang dianjurkan oleh Yeo’s , bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita.

Menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri, Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk berani menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.

Terbuka kepada 500 peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan Yeo’s ini nanti .

Program yang disediakan tidak sekadar memberi manfaat kepada rumah kebajikan yang terlibat, malah aktiviti lain seperti membersihkan dan menghias rumah untuk Hari Raya Aidilfitri turut diselitkan sebagai satu program komuniti. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang disediakan seperti pertunjukan fesyen, pertandingan kumpulan dan sesi cabutan bertuah dengan gajet dan hadiah-hadiah menarik berjumlah lebih daripada RM 10,000 untuk dimenangi.

Antara selebriti yang akan hadir nanti untuk memeriahkan program komuniti ini nanti ialah penyanyi yang tidak asing lagi di negara kita iaitu Heliza Helmi , Juara Astro Talent Quest 2004 yang terkenal, Fayse Goh , penyanyi dan pelakon terkenal, KeQing dan .. er , aku sendiri selaku blogger ..

“Follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial: Facebook, Instagram, Twitter dan hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s.

Apa lagi ? Cepat dapatkan tempat untuk sertai program yang julung julung kali diadakan ini ! Caranya ? Hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini. Atau layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my. 

Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang !!

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Panjang aih tajuk ! Hahahaha .. Ok , setelah mendapat pandangan dari rakan rakan di Facebook terhadap entri aku sebelum ini … aku berpendapat , ada benarnya kenapa bayi perempuan yang masih kecil lagi tak perlu dipakaikan lagi gelang emas ..

Kenapa ?

Jom baca pandangan rakan rakan aku di Facebook terlebih dahulu..

  1. Pantang larang orang tua kekadang ada logiknya. Tak bagi pakai gelang masa dlm pantang, takut2 nanti boleh mencederakan bayi. Almaklumlah, kulit masih lembut, jari jemari masih kecik. Takut tersangkut jari pada gelang.
  2. Ank saya dua2 prmpuan dlm pntang atuk nenek san mkcik dia org hadiahkn brg kemas..yg berantai say pakaikan terus tp yg keras sy smpan bmbang terkena muka..rntai plk mmg xbg pakai sbb kulit bwh leher di msh nipis.,rantai kaki mmg akak psg..
  3. kami dlm masyarakat mamak sll kata kalau dlm pntng tu mak n baby no need to wear jewels and new cloths. Mcm baby sulung kn kita bli pakaian baru tapi seeloknya pakaian dh dipakai tu diulang pakai smpai habis pantang. Same goes to the mother.

Terus aku bangun , masuk ke dalam bilik dan check gelang Zahra .. Hurm.. Aku terus bukak dan simpan ! Nanti besar skit baru pakai yer .. Heee ..

Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang ikhlas dan jujur terutamanya berdasarkan pengalaman ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Masih belum cukup 40 hari ! Ada beberapa hari je lagi .. Apakah dalam pantang , bayi perempuan tak boleh pakai rantai emas lagi ? Selepas pantang , nak pakai rantai kapal pon boleh !! Haaa.. Ada dalil tak ? Sat google ..

Photo

 

Takde ! Bayi lelaki ada la .. tak leh pakai gelang emas.. Heeee .. Ada yang bertanya ke ? Er , takde la pulak setakat ni tapi rasanya macam adaaaa je nak bertanya .. Maka sebelum bertanya , aku bg je la jawapan..

Gelang ni , nenek Zahra Nur Iman yang hadiahkan. Memang dah niat mak aku gitu .. Kalau dapat cucu perempuan , dapat la gelang emas satu.. Heee ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Zahra tak leh tidur , dia nangis ! Qhaliff yang sedang lena tidur pasti akan terjaga pastu tak leh tidur dah ! Huhuh.. Bila Qhaliff dah bangun , pasti aku akan turut bangkit dari tidur gak !

Ok… Bila Zahra dah tidur , Qhaliff lak wat bising .. Zahra pasti akan terjaga dan menangis ! Huwaaaaaaa … Daddy tak leh tidur ! Ibu dia lagi laaa tak leh tidur kalau dua dua dah jaga .. Huhuh..

Adeh… Qhaliff pon dah pandai dah nak tarik perhatian orang tua dia .. Hurmm..

Nasib baik laaaaaa cuti wife sampai lepas raya ! Huhuhuh.. Sempat aku nak tune balik segalanya.. Payah woooo .. ingat semudah tu kee !! Huhuh…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hari yang ditunggu , dah pun berlalu. Sokongan hangat dari rakan rakan membuatkan aku rasa terharu sangat ! Ada rakan sanggup downloadkan rakaman penuh dan berikan pada aku.. Ada juga kenangan .. heeee ..

Bagi aku , ini rakaman terbaik buat aku. Malah susun atur serta penerangan juga tidak mengelirukan ! Terima kasih Saffiya ! Terus terang , ini kali pertama aku menonton Saffiya ! Menarik kandungannya..

 

Mesti korang nak tau , apa reaksi Qhaliff bila tengok gambar dia dan aku di tv tadi ? Hahahahaha …

“ Baaa.. baaaa.. “ .

Berusaha dia panggil aku sambil panjat belakang badan aku  ! Dia nak terangkan pada aku , dia tak reti nak cakap.. Akhirnya .. Tahu apa dia buat ?

Dia tarik kerusi dan duduk depan tv sambil sengih ! Waaahhh .. baru aku perasan yang dia paham ! Dia paham yang dia sedang ke udara di kaca tv.. huhu …

Photo

Sayangnya… dah habiss ! Hahahahha .. Tak pe tak pe.. Daddy ada rakamannya ! Hehehehe .. Dah siap download untuk kenangan .. heeee..

Nak tengok ? Korang leh tengok kat TONTON atau tengok kat SINI. Bahagian aku , di minit ke 18.43 .. hehehee …

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

“ Nak bagi apa eh kat mak mertua aku ? Atau kawan kawan aku bila berkunjung ke rumah mereka raya nanti ? Hurm.. Kalau nak bagi biskut raya nanti dengan plastik beg atau paper beg , cam tak cun la pulak !  “.

Serius , aku tak tau menda pon ! Kalau ikut aku , bagi biskut by hand cam tu pon ok dah .. Asalkan ikhlas ! Tapi kalau mampu nak kasi nampak lebih cun dan mereka yang menerima pon berbesar hati , apa kata hiaskan sedikit..

Tak reti nak hias atau takde masa nak hias mahupun nak cari biskut raya pastu nak pos lagi ? Oh .. jgn risau .. Sekarang aku dah tau apa nak buat ! Hehehehe ..

Tadaaaaaaa !! Nampak macam cun jeeee kan ? Ok .. Aku yang dah dapat hamper ni , aku kasi tau sama korang.. Serius cun ok !! Aku terkedu bila tengok hamper ni. Takkan semurah ni ??? Biar benar ? Cun banget tuuuuu ..

Haaaaaa 1 lagi….tetiba plak aku dapat idea, beg songket yang purple nuuuu (ada gak warna merah & biru) boleh jadikan door gift/hadiah untuk kumpulan marhaban ke, berzanji ke, atau apa je event…kelassss gituu …..

 

Serius , mmg nampak ekslusif tuuuu !!

Dengan leather bag / basket, tambah cantik ada plak songket Terengganu jadi penyeri.Tercengang jap bila aku belek satu satu.korang ada? Huhuhu.. Memang puashati la sapa yang dapat hamper gini ! Kasi kat client yang cemerlang pon best.. Ke pakat pakat kasi kat bos yang baik hati..atau kasi kat staff yang rajin.. Huhu ..

Harga ? Ok.. senarai harga termasuk biskutnya sekali ! Haaa.. Pos , lain kira yer… 

image

 

image

image

 

image

 

image

Amacam ?? Kalau tak puashati dengan gambar ni , leh je mintak gambar lain untuk memastikan ianya benar benar memuaskan hati sebelum membuat tempahan..

Untuk tempahan atau mengetahui dengan lebih lanjut , korang leh hubungi :

NSL Hampers & Gifts

Email : nsl_dynamic@yahoo.com

Tel / Whatsapp  : 019-2141408 (Ieta) / 017-2415508 (Nurul)

Instagram : NSL Hampers & Gift

Ppppssstttt… Penting ni !! Aku dapat tau, semua customers akan dapat SPECIAL DISCOUNT kalau buat tempah sebelum 23/6/2014…

Lebih baik cepat grab peluang ni…hamper raya eksklusif dapat, diskaun pun dapat…sapa nak bagi kan…..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Halal ? Haram ? Halal ? Haram ? Halram ? Ramlah Ram ? Iskhh… Mana satu.. Serupa pakai baju kurung , bertudung tapi belah di bahagian belakangnya.. Jap halal , jap haram .. Eh ?

Alaaaa.. Kan Jakim dah kata halal .. Abis la citer kan ?  Tapi la kan .. Hurmm… Timbul banyak persoalan ni .. Terutama nape pegawai Jakim tak makan coklat tu sama sama kat situ gak ?

Rata rata blogger dah tak puashati dengan isu seolah mempergunakan blogger untuk menyakinkan bahawa produk tersebut halal untuk dimakan ! Kalau dah halal , tak payah la nak kecoh dah laaa ! Jual je laaa.. Orang nak beli , dia beli.. Tak nak beli , dah la ! Iskhh.. Kalau rasa bisnis dah makin jatuh , jual la pulak sambal belacan .. Iskhh…

Tak pasal pasal blogger je kena makan.. Hahahha …

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Hari ni , Hari Bapa sedunia.. Bukanlah bermakna hari ni saja untuk hargai ayah ayah kesayangan dan juga suami anda .. Hari hari mau hargai tetapi hari ni cumalah satu simbolik untuk disambut di seluruh dunia dan hargai mereka ..

Hurm… Sejak aku bergelar bapa , 2 tahun lepas .. aku sedar sangat betapa payah dan sukarnya nak jadi bapa ni ! Mencari rezeki untuk keluarga bagi memastikan keluarga tak perlu merempat mencari sesuap nasi ! Merayu untuk untuk terus hidup ! Itu semua tugas seorang bapa !

Namun , kehadiran isteri yang memahami serta bersimpati pada suaminya , bekerja untuk membantu meringankan tugas suami mereka. Itu jangan dilupakan sama sekali !

Seperkara yang aku belajar dari ayah aku .. bila nak membeli barang keperluan , dahulukan anak isteri .. barulah beli untuk kita , selepas buat simpanan !! Jangan membazir dan simpanlah untuk masa depan !

Hurm… Buat bapa bapa sekalian , selamat bertugas sehingga akhir hayat ! Keluarga kita adalah kurniaan Allah yang tidak terperi harganya. Semua ini adalah saham utk kita di akhirat nanti !

SELAMAT HARI BAPA ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Dah 3 tahun berturut turut aku keluar kat tv , hanya kerana HARI BAPA ! Hehehehe.. Rezeki anak anak dan juga blog ..Kalau bukan sebab blog , aku pon tak nak la keluar kat tv.. Wat pe  kan ? Bukannya leh box office pon .. hehehe ..

Tahun ni , sempena Hari Bapa .. aku bertuah muncul di majalah PA&MA dan juga di TV9 , rancangan Saffiyah ! Esok akan ke udara untuk episod Hari Bapa tu.. Jam 11 pagi. Jangan kata aku tak bagitau pulak yer.. Heee ..

Photo

Masa rakaman di rumah aku ni , Qhaliff dan Zahra pon ada .. Tapi dua dua tak sihat .. Huhuh.. Tak nampak seri la kedua dua tu.. Nasib baik aku sihat .. maka , aku je la nampak berseri seri walaupun kepenatan.. heeee ..

Alhamdulillah.. Kerana aku seorang blogger , pelbagai pengalaman telah aku rasai . Satu impian yang menjadi kenyataan kerana aku mmg bercita cita menjadi seorang penulis ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Las Vacas ? Kali pertama aku mendengarnya dan terus menarik minat aku untuk mencuba juadah yang disajikan di sana… Heee..

Alhamdulillah , petang tadi .. Aku dan blogger , Razzwey selepas selesaikan kerja di PJ , terus memenuhi undangan pihak Las Vacas yang terletak di Wisma Winbond , Jalan Yap Kwan Seng. Hee , senang je nak cari bangunan ni .. Boleh nampak tepi jalan jer.. Dekat dah ngan KLCC ..

Photo

Bila masuk ke restoran ni , aku rasa cam .. Wowww ! Selesanya ! Haaa.. Gitu laaa.. Pastu terus buat kerja selepas beramah mesra dengan staff di situ.

Hurmm…

Susun atur makanannya dengan mana aku rasa pengunjung tak perlu berhimpit atau berebut untuk memilih makanan kerana keluasan restoran ni ..

Aku tak suka makan nasi bila gi mana mana buffet ! Nanti cepat kenyang. Entah mengapa , hari ni aku terasa nak makan nasi hujan panas ni .. Nampak sangat menyelerakan ! Dan , mmg benar ! Sangat sedap sehingga aku tambah 2 kali ! Razzwey mengakuinya walaupun aku kurang yakin dengan jawapannya sebab bagi dia , semuanya sedap ! Huhuh..

Ke bahagian feveret aku yang mana dulu , bila aku makan , pasti sakit kepala ! Rupanya.. aku ditipu hidup hidup ! Kambing sangat sedap okeeh dan bukanlah penyebab kepada penyakit darah tinggi !

Hurm… Banyak pilihan makanan dan semuaya menyelerakan. Huhuh..

Photo

Air oren dia.. Aku minum dekat 5-6 gelas ! Tapi tak puas puas gak ! Aku baca Bismillah ok ! Rasanya campuran air tu yang buat rasanya ‘menarik’ sangat ! Macam nak tapau je bawak balik rumah.. Hahahah ..

Ok ok .. Pastinya korang nak tau berapa harga buffet Ramadhan kat Las Vacas ni kan ? Haaa .. Untuk pengetahuan korang , Las Vacas hanya di cawangan Yap Kwan Seng saja dibuat buffet Ramadhan ni .. Paham ? Bagus..

Harganya , RM100 untuk dewasa dan RM50 bawah 12 tahun.. Ok pe ?? Antara hidangannya nanti Australian steaks and New Zealand lamb segar dibakar l! Tambahan nanti , akan ada  plethora of canapés and salads .. Smoked beef with mustard, tuna mayo egg teriyaki, black olive tapenade, chicken with creamy pesto, smoked turkey salad with balsamic, salad with beef strips, grilled vegetables and red cabbage slaws, creamy potato salad, spicy tomato and tea leaves with mixed nuts salad, mixed green salad. ( Sori , copy paste yang ni.. Kang terjemah , buruk pulak rupa juadah tu )

Selain tu Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Beef Rendang, Ayam Masak Merah, Ikan Bakar, Asam Pedas, Kuih Seri Muka, Karipap, Kuih Talam  dan byk lagi .

Surau disediakan . Jangan risau .. All ala-carte menu tetap ada seperti biasa .

Untuk tempahan meja , sila hubungi 03-2181 5586. ASAP ! Lambat , telan air liur je.. heee .. Oh ya.. Kalau nak ada persembahan , sila booking hari Sabtu dan Ahad jer ..

Lokasi ?  Las Vacas, Yap Kwan Seng, No. 33 Lot 5, Ground Floor, Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hurmm… Aku nak beli baru kat Zahra tapi wife kata membazir. Basuh je kain rocker tu pastu , tadaaaa… dah leh guna ! Huhuhuh..

Dan untunk Qhaliff.. Semalam terjumpa sewaktu nak turun dari Cameron Highland. Kerusi malas rotan .. Aku lama dah cari untuk dia ni.. Asyik dok tarik kerusi merah tu jer.. Huhuhuh..

Photo

Tapi nampaknya… dia belum dapat sesuaikan diri dengan kerusi rotan dia tu.. Huhuhuh.. Jangan nanti berebut dengan adik dia dah .. Tapi rasanya macam tak je..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

- Iklan Berbayar -

 

PERHATIAN!!!!

Siapa yg nak turun berat badan dan mengidam saiz badan yang cantik?? Nak cantik masa lebaran tahun ini?? Nak tengok perubahan berat badan yang memuaskan hati anda?? Memperkenalkan IDOLA yg menjadi idola anda sehingga mencapai berat badan yg diidamkan. Idola merupakan makanan tambahan berasaskan botani formulasi dari seorang doktor pakar nutrisi dan aesthetic iaitu Dato` Dr Ng Kuak Ping bagi membantu orang yangg belum pernah merasa kejayaan dalam turun berat badan walaupun telah mencuba pelbagai jenis produk pelansingan serta bagi yang ingin mengekalkan kecantikan bentuk badan.

IDOLA bukan sekadar menurunkan berat badan tetapi membentuk badan lebih cantik, mengenyangkan, detoks dengan cara yang selamat serta menyihatkan badan anda kerana idola kaya dengan anti oksida dan nutrient yg lengkap.

Anda tidak perlu risau kerana IDOLA tiada kesan sampingan, tidak cirit birit dan tidak membahayakan. Yang paling penting produk ini satu-satunya produk pelansingan yg ada insurans RM3,000,000.

Jadi, produk ini dijamin berkesan kepada sesiapa sahaja yang mencuba!!! mengenai kelulusan pula, ada tak perlu risau kerana, ada KKM, HALAL, HACCP, bertaraf GMP dan paling penting penaung syarikat ini merupakan Presiden Lembaga Pelindung Dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) iaitu Prof Datuk Seri Dr. Shaharuddin Awang Yahya.

Jadi, sudah tentu produk IDOLA ini boleh dipercayai tiada bahan beracun, halal dan selamat untuk digunakan. IDOLA bukan sahaja untuk memenuhi impian bagi yg ingin mendapatkan bentuk badan tetapi untuk tujuan detoks bagi memudahkan usus anda menyerap nutrisi makanan dengan sempurna. Jangan tak percaya, ada yang turun 8kg seminggu, 5kg seminggu dan yang kelakar tapi benar, dah boleh pakai seluar adik.

Selain anda dapat berat badan yang ideal, anda juga akan mendapat hadiah paling gempak dan hebat bagi sesiapa yang terawal.

Tawaran sangat terhad, sepenuhnya ditaja oleh Ireenmiashoppe. Bagi yang ingin mencari Duit Raya ini peluang anda kerana keuntungan adalah melebihi RM100 sekali jual. Harga yang ditawarkan pula, jangan terkejut ye. 1 Kotak RM280. 2 Kotak RM290. Ya!! Tambah RM10 sahaja untuk dapatkan kotak yang kedua serta hadiah yang menarik.

Dan tak lupa juga, pembelian seterusnya atau ulangan anda layak untuk mendapat diskaun sehingga 30% bagi setiap kotak. Dropship, Dealer dan Stokis juga diperlukan bagi setiap negeri dan daerah. Rugi tau tak grab peluang ni awal-awal kerana produk ini baru sahaja dilancarkan pada 24 Mei 2014.

Bagi yang ingin menjadi Stokis, tawaran paling hebat hadiah dari syarikat iaitu anda berpeluang untuk melancong ke Brisbane dan Gold Coast selama 7 hari 6 malam bagi sesiapa yg berdaftar sebelum 30 Jun ini. Jadi, cepat2 rebut peluang keemasan ni sekarang!! Nak lebih yakin, anda juga boleh lihat sendiri bagaimana produk dihasilkan, dan tak lupa juga sijil-sijil yang sah untuk tatapan umum.
Hadiah dan info produk boleh lihat di

Blog : http://ireenmiashoppe.blogspot.com/

Instagram : Ireenmiashoppe

Hotline : 019 246 2128

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Ok.. aku terus terang !  Sangat mencabar walaupun wife ada … Dengan Qhaliff yang semakin berubah perangai … Walhal wife cakap , masa aku takde .. Qhaliff sangatlah berdisiplin.. Huhuh..

Photo

Jangan sangka budak comel ini sejinak merpati ! Tunggu anda serasi dengan dia , kemudian dia pasti akan membuatkan anda tergaru kepala !

Dan Zahra .. Berbeza dengan Qhaliff sewaktu kecil dulu .. Huhuh..

Photo

Aku dapat rasakan , Zahra pasti mencabar buat aku.. Aku perlukan pertolongan Qhaliff !!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes