Live dari bilik tamu , Pejabat PM -Putrajaya ..
Live dari bilik tamu , Pejabat PM -Putrajaya ..
Hurm... Kereta Kerajaan atau kereta Ferrari lagi besar ? Lawak .. Satu kejadian berlaku depan mata aku... akhirnya kereta kerajaan memberi laluan kepada kereta kerajaan untuk kereta Ferrari yang mana aku rasa milik VVIP .. Sapa ? Neh.. malas aku amik tau .. Parking punya hal ..
Skang kat sini ...Shangri_la , Putrajaya .. teman bos kepada bos punya bos punya bos punya bos punya bos.. dalam erti kata lain , aku cuma kuli je la.. Teman ? Entah.. dah bos suruh datang sini .. maka aku datang sini je la.. Seperti biasa , laptop tetap dalam beg aku .. Aku malas nak menganga kosong.. Baca suratkhabar .. hurm ... hurm... kat sebelah aku ni penuh ngan majalah yang terdiri dari .. hurm... majalah.. grr... aku tak baca majalah gini .. Kalau aku bersuit berjenama Gucci atau Armani , baru baca kot majalah gitu.. hahaha..
Makan ? hurm.. start minggu ni aku diet balik .. Hehe.. ari tu seminggu langgar pantang larang.. macam macam aku bedal.. hasilnya , semalam aku sakit kepala yang mana aku rasa tekanan darah aku naik ..
Oh ya.. Buat yang tak tau , semalam aku dah lancarkan satu kempen GEGAR 1,000 BLOG .. Bertujuan.. hurm.. tak larat nak terangkan tujuannya dia kenapa .. Godek je la kat entri semalam eh .. Baik cepat .. sebelum genap 1000 blog dan aku terus tutup ...
Apa yang aku nak buat dengan 1,000 blog tu ? Aku dah listkan dan senaraikan di blog aku satu lagi.. Buat mereka yang teringin berblogwalking di blog blog yang friendly , aku galakkan ke sana ..
Hurm... mana bos neh ...
Alhamdulillah ... penambahan ..
Wahhh.. bertambah lagi....Nak sertai ? Rujuk entri utama ..
Pagi guys... Hurm .. 400 lebih blog yang dah join GEGAR 1,000 BLOG ! Satu perkembangan yang baik .. Aku target 3 hari untuk capai 1,000 blog ... Tapi sejak mula pada jam 5.00 petang semalam sehingga 6.00 pagi ini , itulah yang terkumpul .. Mampukah 1,000 blog bersatu dibawah satu tajuk iaitu GEGAR 1,000 BLOG ?
Malangnya tak semua terlibat.. Majoritinya adalah blogger muda.. Hurm... Tak kisahlah .. Mungkin ada yang fikir aku nak amik kesempatan kan ? Apa mau buat...
Ada yang antar mesej pada aku.. Apa yang cuba aku buat sebenarnya ? Tempohari ... Ada seorang rakan blogger , minta aku warwarkan pada dunia blog untuk mencari sebuah kereta kerana beliau terlibat dalam satu kemalangan dimana beliau menjadi mangsa .. Tapi cepat disettlekan memandangkan dikalangan kita ( blogger ) , ada yang mempunyai kelebihan sedikit untuk membantu .. Itu antara contoh .. Perpaduan antara blogger boleh membantu sesama kita ..
Kedua , bayangkan .. jika ada salah seorang anak blogger yang diculik ( andaikata .. tapi mintak dijauhkan la ) , berapa pantaskah berita pemberitahuan ini di dapat disampaikan bersama sama gambar mangsa ? Kalau nak tunggu berita pastinya lambat kan ? kalau nak warwarkan dalam dunia rangkaian sosial seperti FACEBOOK ,berapa banyak sangat info dapat diletakkan kan ?
Jadi blog adalah medan terbaik untuk kita gunakan dalam menyampaikan maklumat ( jika digunakan secara betul ) . Sayang bukan jika blog hanya digunakan untuk mendapatkan $$ atau mencari pasangan hidup je kan ? hehehe ..
1 blog untuk satu entri paling sedikit 10 pembaca .. Kalau 1,000 blog ? Berapa ramaikah yang akan mengetahui mengenainya dengan pantas ??
GEGAR 1,000 BLOG adalah aktiviti sosial blogger yang aku cuba buat... Idea aku.. inisiatif aku... Saja nak panaskan dunia blog .. Tak panas lagi ke ? Senang dan mudah kan ?
NAK JOIN ?? , jom ... klik SINI
Harap sabar ... masih jauh lagi perjalanan GEGAR 1,000 BLOG ni.. bagi yang nak join , rujuk entri di atas tu.. Ada 3 hari untuk capai 1,000 BLOG .. Mampu atau tidak ? Kita tinggu je .. okeh ? Jumlah terkumpul setakat ini : 325 blog .. Esok ? Fuih.. pengsan ..
Huarghhhhhhhhhh .... tidur time ... SELAMAT MALAM BLOGGERS !!
Hurm.... penambahan ... 50 ke 100 buah blog..
Ada lagi ??? Adaaa... 1,000 kesemuanya... Tanda dunia blog Malaysia ini bersatupadu ... kan ?