Awalnya aku pergi sini selepas diberitahu akan kewujudannya oleh si Fairuz. Sejujurnya , memang wow la bagi aku. Barang barang yang ada , cukup baru dan puashati. Sejam lebih dalam ni , memang merangkak nak balik rumah. Menurut boss kat sini , akan masuk banyak lagi barang selepas dirasmikan pada awal tahun 2020.
2 minggu dah aku ke gym ni. Dan semalam , 27hb Disember 2019.. aku jadi ahli kat sini selepas membuat perkiraan untung rugi. Sebulan bayar RM110 jer. aku gi situ seminggu 5 kali. Aku bayar 'walk in' sebanyak RM10. Aku dah jimat RM90 gitu. Lagi pun gym ni dekat sangat dengan rumah aku berbanding gym gym lain yang pernah aku pergi sebelum ni kecuali di Cheras tu la. Tu dekat sangat. Jalan kaki. Heee..
Antara sebab aku nak jadi ahli... layanan kat sini memang ok sangat. Bersih. Terurus. Tak perlu nak berebut barang. Melainkan ada gym member yang besar kepala... tu memang satu hal la ! Ada servis makanan sihat. Suppliment khas harga ahli yang banyak jimat. Parking depan gym jer.. Ni penting ! Hahaha.. Park dan masuk terus.
Bukan mudah untuk tarik aku jadi ahli sebenarnya. Sebab kat umah aku pun dah ada barang barang gym. Kiranya dah ada mini gym tapi aku masih nak ke sini. Kenapa ? Haaa... aku perlukan ruang untuk diri aku selepas penat jaga anak seharian. Di sini akan jumpa la kawan kawan yang sama minat. Tak da la aku terperuk dalam rumah. Dan aku tak suka nak melepak kat kedai mamak berbual santai sambil layan bola. Gi gym , lagi puas dan seronok. Bukan sebab nak sado pun... sekadar nak kasi peluh badan.

Ok la kan ?