Adeh .. aku perasan.. hehe.. majoriti yang komen dalam blog aku untuk minggu ni boleh dikatakan 90% blogger baru .. Hurm.. Terima kasih .. Mana g blogger lama ??? Hahaha... mudah jer jawapan .. Aku sendiri tak g komen kat blog diorng , kenapa diorng nak komen kat blog aku kan ?
Neh .. aku tak kisah pon.. Samada komen atau tidak , yang penting dan aku yakin mereka pasti menjengok walaupun dengan sebelah mata .. hehehe ... Terima kasih .. aku sedar sapa aku ini .. Tak sebagus mana pon .. ;) dan aku tak kisah semua tu .. sbbnya aku menulis apa yang aku rasa dan nak ... bukan ada paksaan pon ..
Ok.. buat semua rakan rakan blogger yang masih baru didunia maya ini , sebenarnya isu isu yang aku keluarkan dua tiga hari ni , mmg dah berkali kali aku keluarkan .. Seperti bab widget , loading , SEO , trafik .. dan banyak lagi .. Kalau korang korek satu satu , mesti jumpa.. tapi takyah la korek sbb ada lebih 3 ribu entri ... susahkan korang je ..
Ok ... kenapa aku tak letak SEARCH , ARCHIVE dan sebagainya kan ? Tujuan adalah satu je.. aku tak nak entri entri lama aku dikorek dan dicari salahnya .. Boleh jadi isu tu kalau mereka berniat jahat .. Cuma jika baca kenyataan di bahagian bawah sekali blog ni , ada tertulis pendapat aku akan berubah sekiranya terdapat fakta atau dalil yg boleh diterima akal dan sahih .. hehe ..
Berbalik pada isu entri ini , kenapa aku asyik bercerita tentang perkara basic ttg blog ? Jawapannya setiap hari , ramai blogger muncul .. Mereka muncul dengan gaya yang sama aku muncul dulu yakni giler mencantikkan blog .. Tapi , dimana blogger blogger yang dah boleh dikatakan 'power ' ? Tiada tegurankah atau tak larat nak tegur untuk rakan rakan blogger yang baru ni ???
Ibarat seorang guru , tiap tiap tahun mesti mengulang tajuk yang sama... kan cikgu kan ? hehehe.. Tak kisah lah... janji ikhlas menurunkan pengalaman ku ini ..
Whoops.. terlebih bebel sudah ni.. Hehe.. dulu aku dengan identiti ' JANGAN BAGI AKU MEMBEBEL' tapi ada yang berminat nak guna trademark aku tu maka .. aku tinggalkan untuk dia.. hehe.. dia lebih layak kot guna.. ;)
Satu pesanan aku .. jika dah berada di atas , jangan tengok yang ada diatas lagi.. ingat ingat yang dibawah ... okeh ?? Takkan sampai kita ke kemuncak tu ..