Segalanya bagi aku dlm dunia blogging ini adalah satu perlumbaan .. Aku seolah oleh tercabar padahal bukan dicabar .. Satu persatu aku lihat sebagai saingan aku .. Saingan sihat maksud aku ..
Apa yang aku pandang pada blog tersebut , aku jadikan sebagai satu cabaran .. ' KENAPA DIA BOLEH DAPAT SEBANYAK ITU ? KALAU DIA BOLEH , MENGAPA AKU TIDAK ? '
Ada blogger pandang remeh mengenai FOLLOWER .. Tapi tidak bagi aku .. Aku cuba mengejar satu satu blog yang mana mempunyai ramai follower .. Aku tak kisah mengenai trafik .. Aku kisahkan mengenai kepuasan ! Kepuasan bila dapat menyainginya tanpa disedarinya .. hehe .. Secara tidak langsung itu memberi aku semangat dan mencari idea bagaimana nak meningkatkan lagi 'penjualan blog' aku ini ..
Dari segi ranking ALEXA .. ramai tak tau kepentingan ini .. Yer.. mmg betul tak penting tapi ada kelebihannya.. Ini akan aku ceritakan satu hari nanti.. Aku tak nak blogger blogger baru terubah niat kerana nak berblog .. Takut takut nanti termakan hasutan syaitan .. maka biarkan semua itu mereka mengetahuinya sendiri dari blog lain dan bukannya dari aku ..
Dan akhirnya malam ini , aku berjaya buktikan pada diri aku .. berjaya buktikan bahawa lelaki ini mampu berdiri sama tinggi dengannya ! Aku seorang lelaki yang dh berkawin , bukan lagi muda dan bukan juga tua.. hehe.. nak kena sebut gak tu .. haha.. tapi berjaya membuktikan pada diri sendiri dan semua , aku mampu melakukannya !!! Dengan idea aku dari mula aku berblog , aku buktikan 'gilanya aku ini' berbaloi !!
Dulu mungkin ada yang pandang remeh terhadap segala idea aku ini .. Idea yang hanya digunapakai oleh blogger bawahan .. Sekarang aku buktikan .. PROTON mencipta nama di puncak dunia !! Sapa sangka Malaysia mampu mengeluarkan keretanya sendiri skang walaupun bukan 100% ! Tapi jangan lupa , segalanya bermula dari bawah !!!
Buat yang tak tau .. Meh aku cerita .. Dulu , sewaktu Tun Mahathir bagitau rakyat Malaysia bahawa dia nak Malaysia mengeluarkan kereta buatan anak watan , ramai ketawakannya .. Sekarang ?
Begitu juga aku ... pada yang mengenali aku dari bawah .. aku bukan setapak maju dari dulu ... Aku telah maju ke depan dengan berlari lari anak !! Dan aku akan pastikan aku terus berlari sehingga satu saat aku berhenti .. aku tersenyum kepuasan .. dan saat itu , aku akan duduk .. melihat kebelakang .. kembali menyusuri jejak jejak peninggalan aku ..
Setahun .. setahun yang penuh dengan pelbagai liku sebagai seorang blogger picisan .. Dan aku dah buktikan... Usaha tangga kejayaan .. Maka , jangan dicabar lelaki ini ..