Tajuk penting.. kandungan lagi penting .. gabungkan keduanya , takde sapa nak marah malah terhangguk hangguk mengiyakan .. Tapi jujur ! Kena jujur .. membunuh bukan bererti mengarut !
Bayangkan kalau korang buat entri pasal makanan .. G makan kat kedai mamak.. korang tulis tajuK MAKAN KAT KEDAI MAMAK ..Rasanya berapa ramai akan klik ? Kalau buat tajuk tu .. SEDAP BENAR ROTI CANAI NI .. Rasanya ada tak yang akan klik ? Pastinya akan ada sebab mereka keinginan nak tau kat mana kedai mamak tu.. hehe..
Kemudian .. jangan tipu !!! Entri tu perlu bersangkut paut dengan tajuk .. Jangan semata nak tarik mata pembaca sanggup ketepian harga maruah blog tu.. Sekali menjadi .. pastu orang tak percaya dah !! Sapa rugi ?
Kesimpulan .. Tajuk memainkan peranan penting.. Cuba tengok suratkhabar seperti HMETRO , SINAR berbanding UTUSAN ... Kalau letak ketiga tiga tu , mata kita akan tertarik pada mana satu ...