Hurm .. Faktor rupa menjadi perbualan popularnya sesebuah blog .. Seolah ada yang tidak berpuashati atau merasakan blog yang bagus entrinya tetapi dikunjungi ramai ..
Untuk pengetahuan korang .. ada blog yang nasibnya baik seperti yang korang sendiri tau , mendapat liputan akhbar , majalah dan tak kurangnya menjadi blog pilihan sesuatu agensi kerajaan .. Ini semua adalah hasil usaha sendiri seperti memasuki sesuatu pertandingan yang dianjurkan atau diketengahkan oleh pihak tertentu .. Inilah dinamakan rezeki yang tak diduga ..
Bagi mereka yang nasibnya bukan begitu bagaimana pula ? Blog yang biasa biasa namun mendapat perhatian .. Ada yang memandang kearah blog BEN ASHAARI .. Populariti blog BEN ASHAARI kebelakangan ini menjadi bualan dikebanyakkan blog .. Kenapa ? KREATIVITI serta PROMOSI ..
Ok.. aku tak nak buat review mengenai blog orang lain sbb tak adil bagi mereka memandangkan aku kurang arif tentang strategi blog blog lain ..
BEN ASHAARI BLOG .. di'lahir'kan pada OKTOBER 2009 dan telah mempunyai lebih 4 ribu entri termasuk artikal yang dipetik dari akhbar mahupun blog cendiakawan .. Memadangkan pelbagai peringkat umur yang masuk ke blog ini maka aku buat pelbagai entri dan isu agar semua mendapat manfaatnya ..
Sehari , tidak kurang 10 entri dibuat oleh aku .. Dalam sesibuk mana sekali pon aku tetap akan update entri tanpa kira tempat dan masa ..
Konsep yang aku gunapakai ini boleh korang lihat pada media online seperti BHARIAN , HMETRO , UTUSAN dan banyak lagi .. Tiap jam pasti ada berita terkini .. dan ianya menjadi tumpuan pembaca ...
Ok... tu dari sudut entri .. Bila aku rajin update blog , pembaca dapat kesan tentang itu .. Best atau tidak.. berkualiti atau tidak .. berinfo atau tidak , segalanya aku campur aduk ..
Itulah resepi aku .. 'segar dari ladang' ... Walaupun adakalanya entri tu seolah berulang tapi ada maklumat baru yang aku masukkan ..ok ? Aku nak makan dulu .. nanti sambung lagi ... heheh.. sup cendawan nehh.. i likeeeee..
Ops.. rupa menentukan populariti blog ? Sila redah blog blog baru .. Ramai blogger baru yang kacak dan cun .. cuba tengok sendiri.. dah popularkan mereka ??