Salam 1Blog... Selamat malam .. Hehehe... malam ni aku ada satu resepi khas untuk adik adik , abang abang , akak akak ( akaaakk jugak ) , pakcik makcik dan semua laa... letih nk taip satu satu ..
Ok .. resepi malam ini dipanggil NASI GORENG KEYBOARD ... Jangan risau.. takkan ada keyboard dalam nasi goreng tu.. Ini semua gimik semata mata .. Okeh ?
Baiklah .. malam ini aku dah sediakan dua orang tukang cuci pinggan mangkuk aku .. Diperkenalkan ciK waNi dan misz sheyla manakala setiap tingkahlaku mereka akan di awasi oleh pegawai selia iaitu the triplets ..
Kita mulakan sekarang ye ?? Mula mula kita sediakan bahan-bahannya :
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKN :
- 3 cawan nasi semalam,mintak kat Zana ..
- 1 biji bawang besar jenama Izamir Ridzwan
- 2 ulas bawang kecil yang dimakan wida semalam ..
- 1 batang serai (pinjam kat Ummi Iman jer )
- 1 kiub tom yam "Maggi" ( g beli siap kat kedai azean )
30 ekor udang dibersihkan oleh AROL DSHW dan diana
Okeh .. itu antara resepinya la.. ada lagi tapi yang lain tu dirahsiakan .. Skang kita mulakan memasak yer ..
Mana tong gas ni ????? LULUUUUUUUU ..ooo LULUUUUU ... Ya Allah... dah lari budak ni !! Ada ke patut dia lari ngan tong tong gas aku sekali ?? Dah tu camana nak masak neh ???
Terpaksa kensel.. kita g makan je la kat kedai awe Lampu suluh. Dengar cerita , pelayan dia yang bernama Mais dan Fatihah dok mencari pasangan untuk masuk ke rancangan MARI MENARI .. Lagi best kan ? Dah .. tinggalkan semua tu... Kita g makan kat sanaaaaa ... semuaaaa aku tak tanggung.. ehhehe..bayar sendiri yer !