Hurm.. ni soalan dah banyak kali tanya pada aku .. Camana aku leh ramai FOLLOWERS ? Tapi tak pe.. aku tak jemu menjawabnya ..kot kot aku ada tips baru kan ?
Soalan ini yang aku terima dari rakan blogger , MOMMY LITTE MONSTER ( link ) ... Terima kasih kerana sudi bertanya.. Kalau tanya bab ni , insyaAllah aku jawab.. kalau bab iklan tu ha , serius aku malas nak jawab.. Kalau aku nak jawab pon satu jer , TINGGIKAN TRAFIK KORANG !
Nak ramaikan FOLLOWER ? Sangat mudah ... Kalau korang perasan , aku rajin benar buat SEGMEN .. Apakah tujuan aku buat segmen itu ? Cuba tanya pada blogger blogger yang dah buat segmen gak.. APakah yang mereka dapat ? Berbaloi atau tidak ?
Cara terbaik , ialah penyatuan blogger .. Kalau nak harap masuk dalam media , belum tentu dapat meramaikan lagi FOLLOWER .. Tu sekadar mengelemerkan lagi jer ..
FACEBOOK .. Yup.. aku sediakan FACEBOOK sebelum aku ada blog .. Aku tau FACEBOOK adalah medium promosi blog yang cukup terbaik.. Murah dan pantas ! Sbb itu kena bijak gunakan segala peluang yang ada di depan mata ..
Ingat .. blogger yang ada sekarang ini bukan gilakan duit .. serius.. apa yang mereka nak sebenarnya ? Mereka mahu blog mereka dibaca .. mereka mahu tulisan mereka dibaca .. Jadi , sebagai seorang blogger yang punya ramai pembaca, kita tukar suka sama suka.. FACEBOOK tidak boleh lakukan itu .. Hanya blog
Gabungkan kedua duanya , maka keputusan yang cukup menakjubkan akan berlaku.. secara tidak langsung , blog kita jugak akan popular !