Perbezaan penulisan blogger yang berusia dan yang masih muda belia ialah yang berusia ni menulis melalui pengalaman dan yang muda belia ini melalui pembelajaran ...
Kalau dilihatkan dari sudut pengalaman .. ianya bercampur dengan pembelajaran , pemerhatian dan juga pengalaman .. Jadi dalam entrinya tak kira panjang atau pendek , blogger yang berusia seperti aku ni adakalanya menggunakan segala pengalaman hidup untuk menyampaikan mesej .. Kenapa begitu ? Sbb kami pernah muda .. Jika terlalu terus pada point , maka ada yang melenting ... jadi kiasan akan digunakan ..
Masalahnya cuma faham atau tidak saja ? Ini masalah pembaca pulak .. pembaca sekarang ni apa yang aku nampak hanya baca sekali jalan jer .. Mentang mentanglah yang menulis blog ini bukan cendiakawan lalu dibacanya sekali harung kemudian komen terus .. Kalau tak kena gaya , silap silap entri itu dikatanya sampah ! Ibarat lukisan abstrak .. yang pandai menilai hanyalah mereka yang berdiri dan memerhati serta mendalamni maksud lukisan tersebut .. Bagi yang tak berminat ? " Kalau macam ni aku pon boleh lukis "
Bagi golongan muda belia ni .. majoritinya gemar menulis mengikut perasaan .. Mereka 'panas' dan aktif .. Lalu disampaikan melalui penulisan mereka .. Jarang nak nampak yang cool.... kecuali jika terlibat dalam penulisan berbentuk dakwah ..
Jenis gini lak ( remaja ) malas nak berpusing pusing.. wat sakit kepala jer.. terus tulis je apa nak tulis .. Kenapa begitu ? Satu.. tiada pengalaman mengenai dunia lagi... Disangkanya kalau nak baca , bacalah .. tak suka , boleh blah ..hurm.. Sebab tulah keluar segala bentuk kritikan keras termasuklah kutukan ..
Aku bekas guru .. walaupun tak lama mengajar tapi aku ada pengalaman berdepan dengan murid murid dari darjah satu hingga darjah 6 .. Itu lebih sukar dari sekolah menengah .. Nak mendidik lebih sukar dari nak mengajar .. Bagaimana nak mendidik pembaca ?
Adakala penulis berusia cam aku ni gunakan ayat yang agak tegas keatas mereka yang masih muda .. Kenapa ? Supaya tidak tersesat satu hari nanti ... Ada tujuannya.. bukan suka suka ...
Yang muda belia ni .. boleh menegur yang senior cam aku ni haa.. Tapi jangan lupalah adat kita .. adat menegur orang tua ada caranya .. Jangan sangka punya kuku dah boleh cakar singa tua ..
Blogging ni menceriakan.. pelbagai jenis orang akan kita kenali.. kan ?