Semakin menjadi jadi .. Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mencegah jenayah termasuk juga kempen cegah jenayah namun masih ada jugak yang tak sedar diri.. jauh sekali nak insaf !!
Aku gemar menonton filem filem Hong Kong satu tika dulu.. bab bab gaduh tu la... lebih lagi gaduh berkumpulan.. pergh.. mmg cool .. kononnya nak terapkan pengajaran dalam filem tu ... ok la kan ?
Tapi kesannya ? Aku takut nak ke Hong Kong sbb ramai gangster !! Boleh ? hahahah.. tapi tu la kesannya negatifnya bila satu satu filem dibuat tanpa pk baik dan buruknya pada negara ...
Dan sekarang ni , pembikin filem di Malaysia gemar lak buat cerita begini dan berlatar belakangkan negara kita yg tercinta .. heheh... gamaknya apa sebenarnya nak ditonjolkan dalam filem tu ? Ganasnya rakyat Malaysia ? atau teknik perfileman negara semakin berkembang maju seperti filem filem luar yang mana dah lama menggunakan idea begitu ?
Cuba belek kembali akhbar-akhbar harian .. jenayah camana yang sering diberita dalam tu ? gamaknya dari mana mereka tiru semua je tu atau dapat idea ?
Hurm... sesuatu patut dilakukan oleh pembikin filem negara kita .. Nak kaut untung atau nak didik penonton ?