Mula mula , tolong jangan fikir entri ni nak burukkan mana mana manusia yang bergelar blogger .. Baca dan fahami .. Ini pengalaman aku sebagai seorang lelaki yang dah berumur 35 tahun ..
Bila bab duit , sapa sapa akan kelihatan menjadi musuhnya .. Bila bab duit jugak masing masing jadi buta hati .. Tak caya ? Tengok kat blog kita tu .. Masing masing dengan iklan di blog masing masing .. kerana duit bukan ? Kerana duit kita pasang strategi ..
Ok.. tutup bab tu .. Teringat aku akan satu kisah yang ada kaitan denga hidup aku .. bab tanah , sanggup adik beradik menipu antara satu sama lain dan terlupa terus ketayap yang berada di kepalanya itu ..
Dan satu kes amat mengharukan.. seorang rakan sekolah aku yg bertaraf junior kepada aku .. Kira budak bola la ni… selepas sekolah , ilang terus .. tup tup satu hari dia jelma depan rumah aku … Aku ingatkan dia nak bertanya khabar … hurm..
Pada mulanya dia saja borak kosong.. Keje bagus gak ni.. kira ada kuasa tangkap orang ni … Tapi jenis pacak punya la.. tak kisah la janji halal kan ?
Dia bukak cerita … katanya emak wife dia sakit kat kampung .. hurm.. aku tau dah.. aku nak kena jap lagi ni .. Satu satu dia cerita .. akhirnya , terkeluar jugak .. Nak pinjam duit .. nak bayar duit kapal terbang… anak berani … hurm…
Aku tak dapat bagi banyak memandangkan aku sendiri waktu tu menganggur .. lalu dia mintak ehsan aku untuk roger kengkawan yang berada di kawasan aku tu untuk dapatkan kutipan derma baginya. ..
Pergh… kesian punya pasal …dapat gak la beratus … Dengan gembira , dia janji nak bayar semula padahal kitorang tau dah , mmg arwah terus duit tu …
Mmg benar … satu hari tu , aku terjumpa kawan dia .. aku bertanya hal mamat tu.. Kawan tu terkejut mendengar cerita aku .. hurm.. akhirnya dia bagitau , kawan tu mmg bermasalah dengan duit !! Hurm… tau dah … tapi nak kata apa .. KAWAN PUNYA PASAL !
Kadang kadang kan .. kita tak sanggup kehilangan kawan tapi rela makan hati .. Aku lain .. aku tak sanggup bagi pinjam duit aku jika aku tau dia tak mampu nak membayarnya .. kecuali dia berterus terang .. InsyaAllah aku sedekahkan padanya ..
Janganlah membohong atas nama keluarga yg kita sayangi .. kalau nazak sangat , berterus terang .. aku percaya ada je kawan sanggup tolong .. tapi sebelum tu , tolonglah diri sendiri dengan nilaikan di mana maruah diri tu sebelum meletakkan ke bawah dengan membohongi orang lain …