Bila member mula berhutang ..

by - Khamis, Jun 02, 2011

 

Mula mula , tolong jangan fikir entri ni nak burukkan mana mana manusia yang bergelar blogger .. Baca dan fahami .. Ini pengalaman aku sebagai seorang lelaki yang dah berumur 35 tahun ..

Bila bab duit , sapa sapa akan kelihatan menjadi musuhnya .. Bila bab duit jugak masing masing jadi buta hati .. Tak caya ? Tengok kat blog  kita tu .. Masing masing dengan iklan di blog masing masing .. kerana duit bukan ? Kerana duit kita pasang strategi ..

Ok.. tutup bab tu .. Teringat aku akan satu kisah yang ada kaitan denga hidup aku .. bab tanah , sanggup adik beradik menipu antara satu sama lain dan terlupa terus ketayap yang berada di kepalanya itu ..

Dan satu kes amat mengharukan.. seorang rakan sekolah aku yg bertaraf junior kepada aku .. Kira budak bola la ni… selepas sekolah , ilang terus .. tup tup satu hari dia jelma depan rumah aku … Aku ingatkan dia nak bertanya khabar … hurm..

Pada mulanya dia saja borak kosong.. Keje bagus gak ni.. kira ada kuasa tangkap orang ni … Tapi jenis pacak punya la.. tak kisah la janji halal kan ?

Dia bukak cerita … katanya emak wife dia sakit kat kampung .. hurm.. aku tau dah.. aku nak kena jap lagi ni .. Satu satu dia cerita .. akhirnya , terkeluar jugak .. Nak pinjam duit .. nak bayar duit kapal terbang… anak berani … hurm…

Aku tak dapat bagi banyak memandangkan aku sendiri waktu tu menganggur .. lalu dia mintak ehsan aku untuk roger kengkawan yang berada di kawasan aku tu untuk dapatkan kutipan derma baginya. ..

Pergh… kesian punya pasal …dapat gak la beratus … Dengan gembira , dia janji nak bayar semula padahal kitorang tau dah , mmg arwah terus duit tu …

Mmg benar … satu hari tu , aku terjumpa kawan dia .. aku bertanya hal mamat tu.. Kawan tu terkejut mendengar cerita aku .. hurm.. akhirnya dia bagitau , kawan tu mmg bermasalah dengan duit !! Hurm… tau dah … tapi nak kata apa .. KAWAN PUNYA PASAL !

Kadang kadang kan .. kita tak sanggup kehilangan kawan tapi rela makan hati .. Aku lain .. aku tak sanggup bagi pinjam duit aku jika aku tau dia tak mampu nak membayarnya  .. kecuali dia berterus terang .. InsyaAllah aku sedekahkan padanya ..

Janganlah membohong atas nama keluarga yg kita sayangi .. kalau nazak sangat , berterus terang .. aku percaya ada je kawan sanggup tolong .. tapi sebelum tu , tolonglah diri sendiri dengan nilaikan di mana maruah diri tu sebelum meletakkan ke bawah dengan membohongi orang lain …

You May Also Like

35 comments

  1. serba salah kadang-kadang bila kawan nak pinjam.. nak bagi rasa takut, tak nak bagi rasa kedekut..

    BalasPadam
  2. banyak orang mcm tu abg ben..diorang asek pk diri sendiri je..pasal duet nie mmg susah cket..lg2 kawan..nk tolong salah..xtolong pon lg salah..bile dah tlg, xigt dunie..kite balik yg terhegeh hegeh minta kt dye..lg2 kalu kte tgh sesak sgt2..:)

    BalasPadam
  3. setuju seratus lima puluh peratus.....

    BalasPadam
  4. hmm..betul gak tu.kalau mmg perlukan duit tak perlu la tipu2..berterus terang ape lah salahnya...walupun orang tak nak bg,at least harga diri tu tak ada la jatuh sangat..yang penting sekali tipu orang akan ingat sampai bila2..

    BalasPadam
  5. lebih baik kita tak bagi langsung.. mungkin dia akan masam muka sat dengan kita... lepas tu okla... dari kita bagi pinjam, pastu dia taknak bayar, gaduh n putus kawan... yang mana lebih rugi? so, pikir2la lepas ni yer...

    BalasPadam
  6. betol2...mintak je la kan....insyallah kite boleh tolong..jangan cakap nak pinjam...kalau x boleh nak bayar balik...
    ^_^

    BalasPadam
  7. yart pun pernah kena ;(
    sampai sekarang dia buat senyap..
    semoga dia sedar salah dia ,,
    amin

    BalasPadam
  8. cerita dah tersebar luas..fuhh..topik panas..boleh masuk melodi nieh..hehe

    BalasPadam
  9. pnah jgak kwn ofis klentong cmni guna alasan sdara sakit.. bila dh siasat dia mmg jenis pangai buruk...

    latest en3: persidangan blogger sedunia

    BalasPadam
  10. nasib baik hati aku keras sikit. aku rela orang kate depan muka sbg seorang kedekut daripada asyik bg pinjam duit tp tak bayar. Orang cetu aku x pernah anggap kawan.

    BalasPadam
  11. saya setuju tu..:).. kerana duit kawan juga jdi musuh

    BalasPadam
  12. salam..stuju sgt..kerana kawan kita rela makan hati..kenapa ye? sebab tak sampai hati.. :(

    BalasPadam
  13. Pagi Ben dan semua...N3 yang ni aku nak komen panjang sikit..Memang kadang2 manusia ni sebab duit akan menampakkan sikap "kesialan" masing2, macam kes kat n3 ni, pernah gak sorang ni pinjam duit kata mak dia sakit kat kampung, dan macam2 lagi alasan lah. Bagi jugalah pinjam sebab simpati, yelah kan tak bagi kang mak dia mati, kita rasa bersalah pulak..last dengan dia2 mati sekali tak nampak batang hidung. Lagi satu kes bulan puasa 3 tahun lepas, siap datang laki bini kata duit nak balik kampung habis, tinggal RM1, atas dasar simpati, kopak lagi RM 100, bagi pinjam, sampai laa ni, kalau jumpa, laki bini, memasing buat muka bongok. Aku heran lah, mereka2 ni, dah berkemampuan pun tapi nak bayar liat....grrrrr...sabar jee lahh..

    BalasPadam
  14. sy setuju.. sy slalu dikelilingi olh org2 mcm tu.. bla dia tau kte ni berniaga sikit2..dia igt kte ada duit bnyak kot. mula la dia nak pinjam.. konon nk blk kmpung la apa la.. tp sy dh terkena sekali.. mmg kna hati2 la tpi masalahnya hati ni mudah kesian kt org..

    BalasPadam
  15. Betul tu saudara. Kerana duit, manusia sanggup buat apa saja. Dosa dan pahala kadang kala ditolak tepi. Ada pula sanggup menjual nama famili sendiri.

    BalasPadam
  16. kalau saya,saya takkan bagi..nak bagi macam mana..saya sendiri pun x de duit..hahaha..buat la alasan apa pun..ayam meninggal ke,itik sakit nak beranak ke..saya x kan bagi punya.. :)

    BalasPadam
  17. setuju2...sy pun penah jumpe..pinjam bukan sket2...beratus2 ribu..konon nak top up untuk bisnes..skali hilang...bukan org lain...family sendiri...hmmm...sabo ajelaaa

    BalasPadam
  18. sampai bila pun masalah tak akan selesai jika dia tak berusaha improvekan diri dia. dia akan sentiasa menyalahkan dan mempergunakan org lain utk keselesaan hidupnya dgn cara yg salah.

    BalasPadam
  19. tahu xpe a.ben..sy pon penah kena tipu ngan kwn yg kite angp kwn baik. dia pinjam 10k tau..siap sy buat loan, kesian punye pasal.. tup2 dia hilang mcm tu je..mmg sy xhalalkan duit tu walau se sen.. huhu...

    BalasPadam
  20. nice bro.

    btollah.xprlu mnipu..juz tell the truth adalah yg tbaek.
    kte sbg kwn prlulah sdie mbntu right?
    thats what we call kawan susa dan sng..=)

    BalasPadam
  21. kepercayaan tu yang mahal.

    kalau org dah tak percaya kat kita...hmmm lagi susah.

    BalasPadam
  22. Tun Mahathir pernah berkata..jangan sesekali manjakan org dengan duit sebab duit boleh membunuh nilai2 kemanusiaan..kalau nak bantu silalah bantu dengan kebendaan..maksud dia belikan barang untuk mereka yg memerlukan..bukan duit...huhuhu
    saya pon tak berani beri duit kat sapa2 dah sekarang..nak pinjam dapat terus sekelepokkkk...bila bayor nye sikit2 macam taik gigi..huh

    BalasPadam
  23. Sangat setuju dengan abg Ben. Bila touch je isu duit ni ramai yg buta hati. Sume yang abg ben tulis kat entri ni memang sahih dan terjadi.

    BalasPadam
  24. macam-macam boleh jadi kalau pasal dwet nih.
    berbunuh pown ade sanggup gak.

    BalasPadam
  25. waktu tade duit baru nak nmpak muka, tp bile tengah kencang duit lalu sebelah pun buat tak nmpak. ramai sebenarnya yg macam ni. yg paling tak tahan tu menipu sakap emak sakit la, masuk spital la.. nnt sakit betul2 baru tau.

    encik ben bleh refer ni untuk trick dari elak kene tipu lagi..hihi

    http://erynsyaze.blogspot.com/2011/03/trick-nak-berhutang.html

    BalasPadam
  26. betul 2 kerana duit.. semua leh belaku..
    kadang2 kita x sampai ati bila kawan nak pijam duit kita x bg..nnt dia kata pe lak..
    lau bagi ntah bila lah dia nk bayar balik..mcm selendang nie lah...member pinjam duit dkt 1thn x pnah bayar lagi..nak mintaw kesian..x mintaw kita menderita x dew duit.. ntah lah kadang2 kawan nie mcm x pnah fikir yg kawan bg dia duit 2 pon susah gak... so bila dew duit bayarlah...nie bila dew duit sikit belagak mcm owg kaya...ish3...

    BalasPadam
  27. as salam..
    iklan kat blog? tada iklan.huhu..
    betul.bila melibatkan harta, meminta sedekah lebih baik dari meminta pinjam yang entahkan mampu dibayar bila..tup2 sampai ajal..lagi bahaya..dan orang yang terhutang tu, tak tahu apa dah jadi..dan dia pun turut sama dijemput-Nya..

    haa..tunggu la dituntut lepas amal ibadat ditimbang..haih...risau pun ada..

    Entri terbaru :

    kerap melayari internet boleh menyebabkan penyakit arthritis

    BalasPadam
  28. Salam Ben.
    Aku pun tak nak cerita panjang lebar hal hutang2 ni sebab aku pun pernah berhutang dan orang lain pun ada gak hutang ngan aku ..cuma aku pernah ada satu pengalaman yang mana ... melibatkan aku terhutang budi ... mana taknya .. junior2 sekolah buat kutipan derma untuk aku sbb aku kena pau dengan penduduk kampung ... mungkin ini cerita remeh tetapi, kalau katakan MYOB ... agak2nya ..camna la aku nak balik rumah lepas semua duit dah habis! JALAN KAKI?

    NAk baca?
    Sini:
    http://www.hasrulhassan.com/2011/03/ku-buli-mereka-tapi-mereka-balasku.html

    BalasPadam
  29. ish2 xbaik dia wat cmtu..menipu org

    BalasPadam
  30. kalau kawan pinjam sikit2 saya bagila. tapi kalo ratus ka ribu ka biasanya tak bagi. saya melarang diri sendiri dari kesian kat orang tak tentu pasal. sebab dah banyak kes kawan-kawan sekeliling terkena dengan orang-orang yang suka berhutang ni. sanggup menipu apa saje untuk meminjam. mak sakitla anak sakitla laki sakitla. tapi sebenarnya habis duit sebab tak reti urus kewangan. heh, panjang lak komen. patut buat entri kat blog sendiri macam ni. haha.

    BalasPadam
  31. salam...

    nak kongsi sikit pengalaman aku pasal utang...nih komen lepas perasan punya..hikhikhik..

    kes aku plak..ada la satu mamat nih..kunun2nya nak pinjam duit nak buat modal bukak bisnes kedai moto...melayu sama melayu punya pasai bagi la jugak pinjam..bukan beratus mintak pinjam..ada la dalam RM1200....

    tapi lepas sebulan dua tup-tup dah pakai keta siap beraksessori lagi..rambut pun dah kaler lain macam jer aku tgk...klu bulu J***R dia tatau ler kot2 berkaler gak...

    korek2 crita dengan orang keliling..rupanya bukan aku jer yang terkena ramai lagi orang2 kat situ yang terkena...

    mamat nih pulak bila jumpa aku..macam2 ler wayang cina yang keluar..siap ada rancangan malaysia lagi nak bayar balik utang aku..

    kesudahannya...kedai moto lingkup...hutang orang tak bebayar...orang keliling tgk pun dah naik meluat..termasuk aku...

    kekadang inilah masalahnya pada orang2 camni...bagai melepaskan anjing tersepit...

    tapi bila orang tak tulung...pandai lak cakap..."macam ni la melayuuuuu..tak leh nak tulung melayu sendiriiii.."..penah dengaq tak ayat camnii...

    pada orang yang utang aku tuh..aku tak redho dunia akhirat..

    aku pun bukan orang senang...tapi sudi gak membantu sesama muslim..tapi yang muslim dah dapat bantuan tuh...cuba la kenang skit budi orang...klu takleh bayaq sekaligus pun...bayar ler skit2..jgn dok lari2 cam orang pengecut..@/#$%:"@#&^

    BalasPadam
  32. kat dunia boleh la lari.kat akhirat nanti nak jawab ape?sanggup hidup makan minum ngan duit x halal tu.lepas tu bg anak2 mkn pulak. tu yg dpt anak hati kering..setuju ngan bro ben.kalau x mampu sgt ckp la.kwn2 akan tolong.x pyh la menipu..hehe pnjg pulak =)

    BalasPadam
  33. moral of the story, bila tentang duit nih, trust nobody la, tapi Allah bg akal, so pandai-pandai la buat pertimbangan. kena pegang jugak dengan kata-kat " Buat baik berpada-pada..."

    Saya dah kena, sebab nak tolong Melayu, last2 saya yg kena balik. Kes dah ke tribunal, tapi budak ni tak makan saman. Tunggulah balasannya. Setakat kebas beberapa ribu je pun, bukannya boleh jadi jutawan. Orang kerja siang malam nak dapat duit halal, senangnya 'kau' buat muka innoncent nak pinjam duit orang.
    Kalau terlepas di dunia sekalipun, di akhirat nanti nak lari pi mana??? yedak?

    BalasPadam