Aku diminta buat satu posting berkaitan dengan Himpunan 2 juta Belia 2012 di sini .. Terus terang , ari tu punya himpunan kat Putrajaya pon aku tak g ... Kenapa ? Sedangkan aku duduk di Putrajaya tapi aku tak g ?
Hurm... Ni pendapat aku yer .. Aku berumur 35 tahun dan gemar menulis secara tidak formal .. Sepatutnya pihak terbabit patut peka satu perkara .. iaitu belia zaman sekarang ni banyak menghabiskan masa di hadapan komputer ... Mereka berblog dan berfacebook / bertwitter 24 jam !!
Apa yang patut dibuat untuk tahun depan , adakan satu perhimpunan blogger satu Malaysia di sana .. Kumpulkan semua blogger tanpa kira bangsa dan agama dan paling penting , jangan libatkan mana mana syarikat swasta kerana ini akan mengundang rasa ketidakadilan kerana pastinya syarikat tersebut akan mengemukakan anak emas mereka ..
Apa yang perlu ada diterapkan di perhimpunan tu nanti ialah , cara sebenar penulisan blog , etika , serta undang undang berkaitan dengan dunia blog di Malaysia .. patut jemput juga pakar pakar intenet untuk memberi ceramah berkaitan keselamatan dunia siber ..
Tu jer.. heheeh.. jangan lupa , pengguna internet dan juga blogger semakin meningkat setiap hari ... Sekian .. hehehe ...Ops .. blogger sekalian , anda dijemput ke SINI ..