G jauh ? Jauh mana ? Sampai Afrika ? Idok le gitu haaa.. tapi kat Afrika pon ada orang baca blog aku wooo.. Jgn tak tauuu .. haaa... ok ok... balik pada tajuk utama ..
Ada yang mintak pendapat aku bagaimana nak punya blog yang mampu dikenali ramai orang ? Hari tu aku ada buat satu entri .. Bertanyakan pada rakan blogger bagaimana nak dapatkan pembaca yang bukan dari kalangan blogger ? Maka ada yang berkongsi pendapat .. Rujuk entri INI dan INI ..
Paling penting bila pembaca masuk ke blog kita .. mereka akan lihat template kita .. layout atau design blog kita .. Jangan tengok blog aku .. ni contoh yang tak cun .. tapi syukur pada Allah , diterima ramai juga ...
Kedua , entri .. penyampaian dan mampukah mereka tangkap apa yang kita cuba sampaikan ? Tapi !! Faktor yang akan membantutkan mereka untuk terus membaca entri kita ialah , warna font , size font , singkatan bahasa yang alien biasa guna dan juga emot yang diselitkan dalam entri tu..
Kena ingat , kalau kita nak pelbagai usia masuk ke blog kita , maka blog dan entri kita perlulah lebih INTERNATIONAL .. hehe.. maksud aku , biarlah 'dewasa' sedikit .. Nak kebudakan tu boleh tapi jgn sampai macam budak sekolah rendah punya corak penulisan .. okeh ?
Pentingnya untuk tackle kali pertama kerana mereka akan bercerita pada rakan lain mengenai blog kita .. Jadi ,segalanya terpulang pada kita sendiri .. Bagi aku , apa jenis platform blog yang kita guna tak guna sekiranya entri kita 'out of service' !