Berkuatkuasa tengah malam ini, harga petrol Ron 97 akan turun 10 sen, menjadikan harga baru bahan bakar itu RM2.80 seliter.
Menurut sumber, penurunan 10 sen pada harga petrol Ron 97 selaras dengan harga pasaran semasa.
Harga Ron 97 dinaikkan 20 sen pada 4 Mei lalu.
Bagaimanapun harga petrol Ron 95 kekal tidak berubah pada RM1.90 seliter.
Sumber - SINI
Bukan nak mengampu .. bantai tetap bantai .. tapi bila ada yang bagus tu , kena la war war kan gak , kan.. tak semua buruk jee kan ? Kena la adil dan saksama.. walaupun tak banyak , kita doakan yang terbaik untuk pentadbiran negara kita pada hari ini dan juga akan datang ..
Wat pe nak gaduh gaduh .. Negara kita gak .. Baik pk masak masak.. dari tergadai jatuh pada mereka yang tak sepatutnya .. baik kita lakukan secara bijak ... InsyaAllah .. Yang penting , biarlah ISLAM yang perintah negara ini ..
TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA ...