Apa yang aku perasan sejak aku mula blogging , susah blogger-blogger nak buat entri yang takde trafik .. Entri apakah itu ? Entri entri yang takde kaitan dengan diri mereka ..
Ok la tu kan .. blog mereka .. cuma tu la.. apa yang aku kesiankan , bila mereka buat entri entri begitu , ada je kritikan kritikan yang kononnya membina masa depan blogger tersebut .. Kononnya la !
Tapi bila mereka buat entri entri kebajikan , takde la pulak yang pengkritik tadi tu nak singgah untuk mengimbangi kritkannya sebelum ini dengan penghargaan yang boleh membuatkan blogger tersebut berblog dengan lebih bersemangat dan ikhlas ..
Takde kan ? Tak mungkin kan ? Jangan mimpi la .. hehehe.. Mmg sejak azali lagi gitu orang kita ni .. Maaf .. bukan aku sorang je kata gitu.. Tak caya ? Aku petik kembali kata kata Bob Lokman dalam bukunya AKU,ISABELLA dan TOK KENALI yang baru aku abis baca ..
"Bangsa kita ? Jika berniaga pisang goreng sekali pun akan bersaing untuk meruntuhkan yang lain dengan ilmu hitam malam jumaat keliwon , siap mengsengsarakan pesaing dalam dunia perniagaan. Aku menarik nafas panjang apabila mengenangkan liciknya bangsaku " - nak baca entri penuh , klik SINI
Hurm.. mmg benar , kebanyakkan kita ni lebih suka mencari silap dari mencari keikhlasan .. Bila jumpa kesilapan , terus terlupa segala-galanya walaupun sebelum ini kita ini kawan .. Tiada langsung erti , menegur dengan bijak tapi sebaliknya menyerang terus dan akhirnya hilang terus segala kemanisan dalam persahabatan ..
Sampai bila bangsa kita nak maju ? Sampai bila bila dok takok tu je la.. Yang berjaya keluar dari sarang pon , boleh kira .. tu pon kena paksa balik ke sarang semula ..Akhirnya memberontak dalam sarang sendiri .. Sendiri gak susah .. huhuh..