“Mungkin pemergian saya kali ini lebih untuk mendapatkan penyesuaian bagi Sukan Olimpik nanti... Saya anggap macam penyertaan saya dalam Siri Super dan saya harap rakyat Malaysia faham,” katanya.
Go Lee Chong Wei ... go !! Buat yang terbaik untuk menjadikan diri anda antara lagenda badminton dunia .. Buktikan anda lebih layak bergelar lagenda dunia yang patut dikenang sepanjang zaman ..
Terbaca di akhbar harian online , Chong Wei bakal beraksi dalam kejohanan yang mana dia tak pernah memenanginya langsung selain Olimpik iaitu Kejohanan Dunia yang mana akan berlangsung di London pada 8-14 Ogos ini ..
Buat masa ini dia menyatakan keyakinannya yang tinggi untuk berdepan apa saja .. tapi kalah atau menang tu , tak kisah la.. yang penting " GUA TAK TAKUT !! " .. kan Chong Wei kan ! Bagus.. semangat gini patut ada dalam semua atlit negara kita .. " Wa tatak takut lu laaa !! " .. hehehe ..
Dengan menyandang gelaran no 1 dunia selama 35 bulan , aku yakin Chong Wei akan ke final nanti seterusnya mampu menjulang buat kali pertama kejohanan yang menjadi idamannya selama ini .. Pastu , OLIMPIK lak !! Baru la leh gantung raket dengan tenang .. kan kan ? Lengkap segala pialanya .. Perghhh.. bangga siuttt... bukan senang nak senang !!
Kami bersama mu , Datuk Lee Chong Wei ! Kalah atau menang , anda dah buktikan MALAYSIA BOLEH ! Tunggu pasukan bolasepak negara lak layak ke Piala Dunia .. harap menjadi kenyataan sebelum aku tutup mata.. hehee...Insyaallah ...Banyak dah abis duit rakyat ni... pelaburan dh dibuat, keuntungan lom nampak neh... kan kan ?
Sumber : SINI