Hasil karya saudara blogger John aka LOGORITHM
Amacam ? Dah digunakan pon... Tunggu logo baru KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI lak pasni yer ... hehe..
Hasil karya saudara blogger John aka LOGORITHM
Amacam ? Dah digunakan pon... Tunggu logo baru KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI lak pasni yer ... hehe..
Gulp... Gulp ... Hurm... kalau dulu kan , bila cakap pasal ni , mesti aku akan kata , " Tak pe la .. esok esok je la saya masuk yer ? " Tapi mampukah aku berkata begitu ?? Aku tak mampu !! Aku pasti akan dipaksa nanti ..
Beranikah aku menyahut cabaranya ?? Huh .. kalau dia boleh , takkan aku tak boleh kan ? Kalau orang lain boleh , takkan aku nak lari mencanak kan .. Kalau orang lain boleh pengsan , takkan aku ikut pengsan kot ? Haaa ..
Detik-detik istimewa .. Huhuh.. mmg istimewa tapi tak semua mampu mengharungi detik itu .. Biarlah ianya duk kat sebelah sambil memberi semangat .. Nak menyambut tu, bila sampai waktunya .. Allah akan tentukan .. huhu ..
Cabaran apa ni ? Ni bukan game show .. tapi ada sahabat blogger mencabar aku .. Kira cabaran baik je la.. bukan jahat punya cabaran .. Tapi mampukah aku ? Macam aku kata tadi , bila tiba masanya ... segalanya terjawab.. Doakan yer ..
Erk.. apa cerita ni ?? Klik SINI (update terkini )
Tadi aku ternampak ada satu entri kat blog mana taH .. Lagi budak hilang ? Arghh.. pening .. sat sat .. Sebelum tu ,haaa... ni la masanya ... WONDERBLOGGERS !
Telefon.. telefon berbunyiii…
Telefonn.. blogger datangg..
Telefon.. telefon berbunyiii…
Ade blog dalam bahaya.. ade blog dalam bahaya…
Ade blog sedang dihack disana..
Wonderbloggers, wondebloggers, kami datanggg..
Membantu blog dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile buat entri baru kami kuat …
Heyy.. wonderblogger.. Yeyyyy
Apa yg penting ..kerja sama ..Apa yg penting . trafik sama..
( Silaa nyanyi ikut rentak lagu WONDERPETS... )
Apa lagi ?? Takkan tengok je ? Tunggu artis buat pengumuman kawin baru nak buat entri ke ??? Aiseyman... Cuba cuba buat kebajikan skit dengan blog ni .. Pahala nih ..
Untuk cerita lebih lanjut , klik SINI ( dah jumpa setelah digoogle )..
Orang kita .. maaf cakap la yer .. aku sampai naik pening dok pk menda dahulu kala .. Cuba sama sama kita fikir yer .. Kalau datangnya berdalil dari Al-Quran mahupun hadis nabi s.a.w , aku tak boleh pertikaikan .. tapi ni cerita dulu dulu ..
Aku berterima kasih pada mereka yang mengambil berat .. Bukan menidakkan kata kata mereka tapi kita bawak berfikir yer .. Sama sama eh.. Kalau tak kena gaya , maaf yer .. Bukan terasa atau nak marah ..cuma pelik jer ..
" Alhamdulillah .. Syukur pada Allah .. Isteri aku baru mengandung .. " ..
" Syy... jgn bercerita sangat .. nanti.. haa... " .. Ditegur dek si polan ..
Loh ?? Kenapa ?? Takut nanti apa apa terjadi ? Sbb terlalu gembira maka tak boleh bercerita ke ? Kena diam diam je ? Kalau begitu , majlis perkahwinan pon buat biasa je ... Kenapa ? Nanti besar besar , bercerai pulak .. Malu laa kan ? Padahal dalam Islam digalakkan buat secara sederhana.. Ada dalilnya , maka boleh dipegang..
Kalau tak boleh 'kecoh' pasal mengandung tu , maka jangan kecoh bab apa pon sebab nanti apa apa jadi susah ? Kan ? Anak kita lulus exam .. " Psstt.. jangan kecoh , nanti tak dapat masuk U lak .. "
Hadoiiii.. boleh pengsan gini.. Kita bukan nak riak .. Tapi memberitahu betapa gembira dan berkongsi bersama sama rakan .. Tahukah anda , berapa ramai pm aku dan bertanyakan mengenai doktor pakar yang aku g berubat tu.. Kalau aku tak berkongsi masakan mereka nak tau kan ? Takkan anak dah umur 30 baru nak cerita? Nape , anak umur 30 tak leh ... haaa.. malas nak abiskan ..
Tapi cuba fikir .. bila bab keburukan , berapa cepat ianya tersebar ?? Siap pukul gong nak bagitau tentang berita tersebut ! Camana ni ? Segalanya dah terbalik .. Yang baik , didiamkan.. Yang buruk buruk , cepat hebahkan ...
Aku tak nak riak .. Minta dijauhkan .. Pinta aku cumalah segalanya dalam lindunganNYA .. Begitu juga aku minta rakan rakan yang mengenali aku dan wife , doakan kami.. Hari ni hari aku... Esok lusa sapa tau kan ?
"Sapa nak tau artis popular yang baru kena tangkap khalwat ? "
Bayangkan berapa ramai berkerut dahi nak tau ?
Pusingan pertama dah tamat .. Semua dengan jayanya dah dapat ..
Ada lengan panjang juga yer ... Amacam ? Berminat ? Tempahan dibuka sekarang .. jangan lewat yer .. Sbb terhad je nih... Ada url blog korang juga di belakang dan tepi lengan ..
HARGA : RM25 sehelai jer .. lengan panjang kalau tak silap tambah RM1 .. OK.. nak order , KLIK SINI ..
Pergh ! Dasat .. merosakkan maruah segala keturunan kucing je ! Kucing yang tak bersalah pon terpalit sama kena dek kerana manusia yang gatal nak jadi kucing ! Caitt ..
Bukan apa , baru baru ni ..salah seorang sahabat aku dalam FACEBOOK ( bersepah kawan dalam dunia maya ni ! Tau tau ada je sampai kat telinga aku ..) , menyampaikan pesanan pada aku beserta bukti bahawa terdapat persidangan persidangan secara terbuka mengutuk blogger blogger yang mana rapat dengan aku atau sering join segmen aku ..
Katanya blogger blogger yang join segmen ni semua , jenis gila FOLLOWER dan taksub dengan aku .. Bestnya siap bagi gelaran yang mana gelaran tu diberi dek mereka yang punya PHD sejak aku mula berblog..
Aku tak kisah sebenarnya pon.. Cuma aku terkilan dia tu dalam Friends list di FB aku .. Dah la guna muka orang lain pastu mengutuk lak.. Adoi.. ni semua jenis pengecut jer .. Dan yang pasti , budak budak tak cukup umur lagi punya kerja ..
Selepas ni , aku takkan approve dah mereka yang guna muka orang lain , muka jiran , muka kucing atau muka semut ! Atau pon guna nama tah hapa hapa .. Kawalan akan diperketatkan !
Pasal trafik pon nak mengutuk .. Ingat ingat la Ramadhan sikit .. bikin malu umat jer ..
Aku sebenarnya malas nak cerita pasal artis dalam blog aku ni tapi cerita Mamat ngan Fida ni mmg buat aku ternganga 2.5 saat .. Sapa sangka kan ? Ni namanya jodoh .. Semoga berkekalan yer Mamat .. Bukan senang nak dapat gadis yang baik ...
Buat anak muda skang ni , belajar belajar la menulis dalam jawi .. HELIZA HELMI single lagi tu.. hehehe
"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.
Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.
Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."
"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.
Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida. - YAHOO
Arghhh.. tensen gila ngan produk produk makanan di dunia ni .. dah telan bergelen gelen .. dah makan berguni guni .. Tiba-tiba , "Oh , produk tu dikesan ada racun ! " , mereka berkata ..
Maka kita yang dah menelan tu pon menjawab ,
" Oh ye ker ? Tak pe la kalau gitu .. Memang kami suka makan produk beracun .. Sila la keluarkan produk sebegitu rupa .. InsyaAllah kami akan beli dan mewar warkannya lebih lebih lagi pada ahli keluarga kami .. Biar kami ramai ramai mati perlahan lahan .. Betul tak ? "
Apa ? Tak cukup kakitangan untuk buat kajian ? Hurm.. Ramainya penganggur di negara kita .. Yang menganggur pulak tu bukannya lepasan UPSR atau PMR .. Apa salahnya bukak jawatan tu .. Penguatkuasaan ke , atau kajian ke.. latih la.. adoii..
Apa ?? Duit tak de ? Part ni serius aku bosan nak cakap .. Ada duit ke tak ? Ari tu cakap duit negara banyak.. makan tak abis punya .. Tapi part part gini , tak de budget ?
Jangan la gini .. Bila dah telan , tau tau ada racun .. Nape tak tapis betul2 sebelum diberi kelulusan ? Ke kasi masuk dulu baru nak check ? Tak pe , ada bukti bahawa produk tu beracun.. Ramai mati dah !
Best part .. bila tanya, produk apa ?? Oh.. tu sila baca Eksklusif: Kopi beracun .. Grrr.. Beli je la suratkhabar .. Baik toksah ONLINE !! Hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!
Haish.. tak sempat aku nak tarik nafas.. tau tau dia dah jawab !! Terkejut ... perghhh .. dasat dasat ... Hiskhh...tak tau nak kata apa laaa ..
Korang nak tu ke apa ceritanya ?? Haa...Kesnya di sini tadi di saat ramai dok menjerit , mereka ni sibuk mencari jawapannya .. huhu ... dan aku ternanti sapakah yang paling pantas dan tepat ..
Akhirnya ... pemenangnya aku dapat jugak .. huhuuh.. tak perlu tunggu lama .. Apakah soalan aku mudah sangat ? Pasni nak bagi lagi susah laa.. kan ?
OK... Nak tau sapa yang menang ? Klik > SINI .. Hadiahnya ? Entri ini , dua jam ( sehingga jam 1 lebih pagi ) aku biarkan ... Huhu..Tahniah semua ...
AKU .. " Arghh.. bosannya .. esok nak keje .."
DIA .. " Haih... bestknya kalau ada keje .. "
AKU .. " Laa.. setengah bulan je bonus ? Mana aci camni ! "
DIA .. " Bestnya diorg dapat bonus.. Aku dapat sikit pon ok dah.. boleh bagi kat mak bapak aku .. "
AKU .. " Pergh.. diorng tukar kereta ..Kereta aku baru 3 tahun.. Tukar ke besar skit pon ok gak ni.. Biar bergaya skit raya ni kan ? "
DIA .. " Nak tukar tayar motor ni , duit lagi.. Gaji pon tak dapat lagi .. Raya makin hampir dah ni .. Haih..
AKU .. " Adoi..bestnya tengok budak budak tu bercinta.. ke hulu ke hilir dengan awek diorng ... Aku memanjang ngan anak anak aku je.. Haih..bila la nak dapat rasa bujang kembali .. "
DIA .. " Haih.. tak larat dah aku nak berdating.. dosa menimbun.. duit makin abis.. Kalau dah kawin kan senang .. tak pening bab dosa maksiat nih ... hurm... "
Macam macam ... Ada yang lafaz syukur tapi tak bersyukur sebenarnya .. Ada yang syukur tapi takat syukur je.. Tiada lagi usaha dan sekadar berharap saja ..
Perghhhhhh.. akhirnyaa.. Apa yang Lee Chong Wei impikan menjadi kenyataan .. Berjaya menewaskan Lin Dan dalam pertarungan yang sungguh sengih .. 3 set yang sangat mendebarkan ..
Aku terkelip kelip tengok.. Tekanan darah naik turun naik turun .. Jantung tidak mampu bertahan lagi.. Hanya menunggu masa untuk aku menjerit .. Menjerit kegembiraan ...
Dan akhirnya , aku menjerit jugak !! Yearghhhhhhhhh.. Datuk Lee Chong Wei bergelar Juara Dunia !! Rakyat Malaysia Boleh ! Berkumandang lagu Negaraku di Wembley , London .. Bangga sehh ..
"Bang , bangun.. nak abis dah tuu... " ..
" Hah ?? Bukan dah menang ke ?? Aiseyman .. Tertidur rupanya .. Cait.. Camana leh tertidur sambil layan badminton neh !! Ni gara-gara nasi kerabu 3 pinggan la neh .. "
Dan akhirnya , segalanya menjadi kenyataan.. Sekali lagi Chong Wei pulang hampa.. Sekali lagi rakyat Malaysia terpaksa menunggu lagi.. Tapi tak pe la , menang atau kalah adalah adat .. Yang penting adalah semangat juang.. Berpeluh jugak Lin Dan nak menang ngan Chong Wei .. kan ?
Jangan menangis Chong Wei .. Anda tetap lagenda ! Olimpik sasaran selepas ini ...
Yeargh.. sekali lagi contest malam ni ... Pemenang akan dipromosi blognya selama 2 jam ... Berminat ? Senang sangat ... huhu..
Soalan : Berdasarkan keratan muka surat diatas , cuba teka dari buku manakah ianya diambil ? Rujuk gambar di bawah ni ..
Amacam ? Senang je kan ? Hanya dibenarkan menjawab sekali saja yer .. hehehe.. Cara nak jawab , mudah jer .. Buat satu entri sbg tanda penghantaran borang .. Cam biasa la kan .. Kalau takat jawab kosong gitu , ramai la main teka jer kan ? Heh..
Ok.. jom hantar jawapan .. Sediakan entri ..
Pemenang dikira paling pantas dan paling tepat .. Bila dah ada pemenang , ruangan komen ini ditutup.. itu bermakna , tak perlu hantar dah ... Sekali lagi , seorang hanya boleh jawab sekali saja .. Ok . Selamat mencuba ..