Isu berkaitan kalimah syahadah yang diucapkan oleh Zaizan. Komen Marikh Azahari ditinggalkan di entri INI ..
" Assalamualaikum…
Untuk maklumat, sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi LPF menerusi Bernama. Sebaik sahaja solat jumaat saya seorg diri telah pergi ke Pejabat Ketua Pengarah Jakim di tingkat 9 Blok D7 Putrajaya bagi mengemukakan bantahan terhadap keputusan yg dibuat oleh Jakim. Disana saya telah bertemu dengan Ustazah Asiah iaitu PRO kepada JAKIM. Segala isu telah saya ketengahkan kpd beliau berkenaan isu ini, dimana saya tekankan bahawa isunya bukan dari konteks ayat mahupun senafas atau dua nafas seperti kenyataan yg dikeluarkan oleh LPF.
Apa yg patut diberi perhatian adalah isu AZAN, kalimah syahadah dan tasyahud akhir HARAM dijadikan bahan untuk lawak jenaka. Turut saya suarakan kpd beliau mengenai petikan surah Al-Taubah ayat 64,65,66,67 / surah Al-An’am ayat 70 dan Surah Kahfi ayat 104, 105 dimana jelas menunjukkan ANCAMAN KERAS drpd Allah s.w.t kpd sesiapa sahaja yg menjadikan Allah, Rasul-Nya dan kalimah-Nya sebagai olok-olok mahupun main-main sebagai persendaan.Ustazah tersebut berjanji bahawa perkara ini akan diberi perhatian. Malahan saya telah bertanya kpd beliau apakah pandangan peribadi beliau terhadap hukum menggunakan kalimah suci Allah seperti Azan dan kalimah syahadah adakah salah ataupun tidak. Jawapan yang saya terima dari ustazah tersebut adalah “HARAM”.
Oleh itu, kita tunggu apa tindakan seterusnya dari JAKIM dalam tempoh 5 hari lagi memandangkan mereka semua sedang sibuk dengan persiapan Kongress Majlis Islam pada 26hb ni.Sekiranya tiada juga tindakan susulan, saya berjanji akan membawa perkara ini ke atas lg.Ini isu kesucian Allah dan Rasul diperlekehkan bukan isu politik ataupun utk menjatuhkan mana2 pihak. Aku takda masa nk pertahankan org, tapi wajib bagi aku pertahankan Allah dan Rasul ku.
sekian
Wasalam "
Nampaknya saudara kita bertindak sendirian manakala blogger menggunakan mediumnya sendiri .. Bagaimana pula dengan NGO seperti PERKASA dan yang lain lain tu ?? Takkan nak diam je ??
Teruskan bro ! Kami menyokong anda .. Semoga Allah memberkati usaha anda ..
Blog Pilihan : missxiera