Hantu Bonceng: JAKIM Sahkan Dialog Tidak Persenda Nabi Muhammad

by - Khamis, September 22, 2011


Wah... akhirnya ... LPF telah keluarkan kenyataan  berkenaan isu HANTU BONCENG ini .. Jeng jeng jeng ... Pasti tersenyum Ahmad Idham kerana JAKIM menyebelahinya .. Yeargkhhh ...

Memetik dari Mstar ;
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,".kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan. "

"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.

Pasni , ramai la akan berlawak jenaka dengan gunakan agama , asalkan tidak disebut dengan satu nafas .. kan ?

You May Also Like

21 comments

  1. bertepuk kegembiraan le ahmad idham.. kot mana pon incik mad idham.. malas nak suport ko dah.. hoh!

    BalasPadam
  2. mana dia salah. tu editing lah. yang mengucap tu dia cut. pastu sambung ngan syaitan. sekali dengar pun boleh tau la.

    BalasPadam
  3. hurm..jangan jadikan ia sebagai alasan untuk mempersendakan agama...lepas ni, harap semua lebih alert..kalau betul benda tu tak salah, orang lain takkan begitu sensitif..

    jangan salahkan pokok bergoyang...erk

    BalasPadam
  4. apa2 pun isu2 agama spt ini perlu dititikberatkn kpd yg terlibat dgn apa2 shj penerbitan massa..jgn ambi lmudah isu agama ni...

    BalasPadam
  5. bro....aku tak rasa JAKIM cakap mcm tu...yang ckp skrg nie adalah Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap...jadi diaorang nie boleh cakap jer...takder bukti tu bro...nak lagi bagus JAKIM sendiri keluarkan statement....nie kalau kuar dari mulut Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap aku tak percaya 100%.....

    BalasPadam
  6. dah boleh agak..dunia skrg berpihak pd yg salah.

    BalasPadam
  7. huhuhu...nauzubillah..janganlah ada orang yang akan mengikut2 perbuatan tu :/

    BalasPadam
  8. dunia manusia..macam2..yang untungnya si pengarah tu jugak.kita dapat pe??

    BalasPadam
  9. bangga la sangat tu sebab dah berjaya guna kuasanya... apa lah sangat kalau mohon maaf ker... dah hilang semangat nak tengok cerita dia... sorri lah eakk

    BalasPadam
  10. bukan kira persenda atau tak, itu 1 hal. yang buat lawak guna syahadah kenapa? haih

    BalasPadam
  11. nanti budak-budak kecik pun akan ikot ..
    tapislah betul-betul filem tu ..


    http://muhdhayyunfikri-fikri.blogspot.com

    BalasPadam
  12. bile JAKIM sendiri da wat kputusan terimalah wahai kalian semue..yang dok kat JAKIM tu org2 berilmu agame..kalau x, xdapatnye die koje kat JAKIM tu haa..adoi..

    BalasPadam
  13. Laa... x abis2 isu ni. Apapun, berbaik sangkalah kita. Siapa salah, Siapa betul bukn kita yg bole nk letakkn hukum. Itu antara dia dgn Allah. Zizan da mtk maaf pon ada org pertikaikn soh mintak maaf ngn Allah. So, leave it to Allah 2 decide. If jadik ikutan anak2 muda, kte jgn salahkn org lain. Skrg ni mmg trend kot bila salah je, kne libatkn org lain. Kalo didikan sempurna, rasanye xde masalah. Ibu bapa bole bg penjelasan kt anak2 masa tgk movie bersama... everything is education... so bersiap sedia je ngn jawapan bernas bila anak2 tnye

    BalasPadam
  14. hurm..tengok pulak die berenti tu sebab tak sempat nafas ke...sebab memang dialog tu suh berenti

    BalasPadam
  15. salah atau betul tapi isu ni tetap isu sensitif... sepatutnya cuba elakkan bergurau atau buat lawak dengan cara yang seperti mempersendakan agama!

    sebagai seorang Islam patutnya kita lebih alert benda2 camni!

    BalasPadam
  16. wpun bukan satu nafas , xleh lah wat skrip mcm tu .. mana kita tahu dia tu wat satu nafas ke , xcukup nafas ke sesak nafas ke .. hurmmm byk agy lah benda yang boleh buat lawak ..

    BalasPadam
  17. ha'ah..
    lepas ni ramai la yang mempermainkan agama asalkan bukan dalam satu nafas..
    apa pun,
    kita tutup buku lama, kita buka buku baru..
    jangan jadikan alasan remeh ni untuk mempermain2kan agama Islam oke..
    Kita semua sepatutnya amik isu ni jadi teladan dan pengajaran.
    jangan duk ikut plak ><

    banyak lagi benda dalam dunia ni boleh buat lawak, but why must agama?
    terlajak kata, badan binasa..

    BalasPadam
  18. asalkan bukan dalam satu nafas..hmm..agama makin dipandang enteng..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum…
    Untuk maklumat, sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi LPF menerusi Bernama. Sebaik sahaja solat jumaat saya seorg diri telah pergi ke Pejabat Ketua Pengarah Jakim di tingkat 9 Blok D7 Putrajaya bagi mengemukakan bantahan terhadap keputusan yg dibuat oleh Jakim. Disana saya telah bertemu dengan Ustazah Asiah iaitu PRO kepada JAKIM. Segala isu telah saya ketengahkan kpd beliau berkenaan isu ini, dimana saya tekankan bahawa isunya bukan dari konteks ayat mahupun senafas atau dua nafas seperti kenyataan yg dikeluarkan oleh LPF.

    Apa yg patut diberi perhatian adalah isu AZAN, kalimah syahadah dan tasyahud akhir HARAM dijadikan bahan untuk lawak jenaka. Turut saya suarakan kpd beliau mengenai petikan surah Al-Taubah ayat 64,65,66,67 / surah Al-An’am ayat 70 dan Surah Kahfi ayat 104, 105 dimana jelas menunjukkan ANCAMAN KERAS drpd Allah s.w.t kpd sesiapa sahaja yg menjadikan Allah, Rasul-Nya dan kalimah-Nya sebagai olok-olok mahupun main-main sebagai persendaan.
    Ustazah tersebut berjanji bahawa perkara ini akan diberi perhatian. Malahan saya telah bertanya kpd beliau apakah pandangan peribadi beliau terhadap hukum menggunakan kalimah suci Allah seperti Azan dan kalimah syahadah adakah salah ataupun tidak. Jawapan yang saya terima dari ustazah tersebut adalah “HARAM”.

    Oleh itu, kita tunggu apa tindakan seterusnya dari JAKIM dalam tempoh 5 hari lagi memandangkan mereka semua sedang sibuk dengan persiapan Kongress Majlis Islam pada 26hb ni.Sekiranya tiada juga tindakan susulan, saya berjanji akan membawa perkara ini ke atas lg.Ini isu kesucian Allah dan Rasul diperlekehkan bukan isu politik ataupun utk menjatuhkan mana2 pihak. Aku takda masa nk pertahankan org, tapi wajib bagi aku pertahankan Allah dan Rasul ku.

    sekian

    Wasalam

    BalasPadam