Adegan 1 :
“ Suka betul u g KLCC eh ? “
“ Aah.. I kalau datang sini ,suka g taman dia .. tenang jer .. “
“ Wah .. romantik la awak ni .. Eh , awak , dah masuk zohor ni .. Jom g surau .. Kat mana mana surau sini yer .. “
“ Er.. er.. sana kot.. Eh , tak .. belah sana .. Tapi ari tu dah pindah blah sana .. I rasa dah tutup kot surau sini .. “
“ ….. “
Adegan 2 :
“ Awak .. awak suka perempuan camana yer ? “
“ Saya suka wanita solehah cam awak .. Lembut , sopan santun.. Solat bila tiba masa … dan utamakan keluarga .. “
“ Kalau begitu , saya mintak maaf la.. Kita terpaksa putuskan hubungan kita … “
“ Hah ? Tapi kenapa ?? “
“ Parents saya tak beberapa sukakan awak .. sbb awak tak solat , pakai seluar pendek , pakai rantai , dan paling utama .. awak pentingkan kawan kawan awak lagi dari keluarga awak .. “
“ Tang kawan-kawan tu , saya takleh terima ! Saya utamakan keluarga saya ok ! “
“ Kalau begitu , pasti awak solat , tak pakai rantai , dan tidak lepak sehingga jauh malam . kan ? Takkan parents tak nasihatkan awak kan ?
“ Erk … “
Adegan 3
“ Saya rasa , ini kali terakhir kita berjumpa. “
“ Tapi kenapa ? “
“ Awak sekadar membuang masa keluar dengan saya .. “
“ Kenapa lak awak kata begitu ? Apa buktinya ? “
“ Awak lebih suka bercerita tentang duniawi bila berada dengan saya. Awak inginkan wanita solehah tapi saya tak nampak awak mampu jadi suami yang soleh . Bukankah ini membuang masa kita ? “
“ Esok jugak saya berubah ! “
“ Baiklah , jumpa saya setelah awak benar-benar berubah kerana Allah .. “
“Bagaimana saya nak buktikan yang saya berubah kerana Allah ?? “
“ Awak takkan jumpa saya lagi ! Sebaliknya akan terus meminang saya dan menikahi saya selepas itu . “
“ Alamak .. “
Moral ? Adaaa …