“Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya. “
Sewaktu kali pertama UPSR diperkenalkan , aku antara calon-calon yang mengambil peperiksaan tersebut .. Kira batch pertama selepas ujian penilaian darjah 5 dimansuhkan ..
Risau gak weh.. Aku nak masuk sekolah sukan yang popular waktu tu , Sek Men. Jalan Cochrane yang mana telah melahirkan ramai jaguh jaguh sukan terutama dalam bolasepak.
Persaingan terbuka. Satu ujian dibuat. Bukan berdasarkan peperiksaan tetapi ujian pemilihan pemain berbakat dibuat di sebuah sekolah .
Best part neh , mana mana parents yang kenal dengan jurulatih atau penilai , confirm dapat ! Datang dan bersalaman serta berbual mesra.. Anak dia main ? Adoii … Sedih siut .. Seawal usia muda aku dah kenal politik !
Bila aku masuk kerja di sektor awam sebagai kakitangan kontrak bersama ramai lagi lepasan ipt yang mana mereka punya pencapaian cemerlang di sekolah mahupun ipt , ada antara mereka tak mampu berdaya saing sedangkan dalam kelas , mereka terbaik ! Kenapa ? Apakah faktor kerana tiada pengalaman ?
Teringat lagi aku masa belajar , kalau nak lulus .. kena baik dengan pensyarah .. Belajar la bagus camana pun , kalau tak ngam dengan lecturer , susah mau hidup ! Kat sekolah mahupun di IPT .. Belajar berpolitik dan kipas lipas dah mula diterapkan.
Dan ini lebih ketara lagi kelihatan bila aku menjadi guru sandaran .. Format peperiksaan dan markah .. Hehehe.. Hanya mereka yang bergelar guru saja tau apa cerita disebaliknya .. Politik lagi ..
Jadi aku tertanya tanya la .. Apa yang akan jadi pada anak cucu aku satu hari nanti ? Jika mereka bernasib baik bergelar pelajar pandai ( bukan pintar) ,apakah mampu berdaya saing dengan pelajar lain memandangkan faktor politik memainkan peranan dalam lulus atau gagalnya pelajar ?
Sama juga bila mencari kerja.. Bila pihak syarikat membuat ujian , mampukah mereka menjawabnya memandangkan yang akan memeriksa jawapan mereka itu bukan pensyarah kesayangan mereka ?
Mudah untuk LULUS di negara kita ni dan tak susah untuk GAGAL juga.
Tahniah buat pelajar pelajar yang berjaya dlm PMR baru-baru ini .Semoga kejayaan ini mendorang anda lebih berjaya pada masa akan datang .Buktikan anda bukan mangsa politik !
Sekadar persoalan di minda.