Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri selama 2 tahun berblog. Bila kita nak ‘ keluar dari tempurung ‘ kita , maka pasti berlaku kesilapan walaupun kita dah cuba mengelakkannya ..
Antara puncanya ialah entri yang tak tau dari mana asal usulnya atau sumbernya .. Terus main kaut dan buat entri .. Ini amatlah bahaya ! Boleh mengundang fitnah !
Terbaru yang aku dapat tau mengenai KM Kelantan , Nik Aziz yang dikatakan masuk icu kerana kanser .. Hurm .. Terkejut jugak aku pada mulanya .. Aku cari berita mengenainya di akhbar online , tiada perkhabarannya .. Aku google .. lalu aku jumpa berita mengenainya..
“ Naib Presiden Pas Nafi Nik Aziz Nazak “
Sahih lagi terkini . Dan menariknya dalam blog blog yang memaparkan berita tersebut , letak gambar nun tahun 2004 punya ! Waduhh… Aku tengok sekali pon dah pelik ..
Belajar mengkaji dan mendapatkan sumber yang betul dan barulah buat artikal mengenainya .. Jika was-was , adalah lebih baik biarkan saja dan tunggu berita mengenainya untuk lebih kepastian !
Hati-hati ya ..