Aku bicarakan mengenai filem di negara kita .. Kalau Allayarham Tan Sri P.Ramlee atau arwah Yasmin Ahmad , pasti mereka akan terus mewarnai dunia perfileman negara yang semakin ketandusan idea akibat mengejar status box-office dan sejarah kutipan filem..
Tempoh hari , ada aku buat beberapa entri mengenai seorang cerdik pandai dalam bidang perfileman negara yang mengeluarkan pendapat bahawa pembikin filem adalah jujur dalam karya mereka , lebih jujur dari ahli politik . Aku hanya mampu senyum saja .. ( Rujuk SINI ) .
Bagi aku , zaman ini hanya beberapa pembikin filem saja yang benar-benar jujur dalam karya mereka.. Jumlah mereka amatlah kecil. Kalau filem pendek tu , mungkin ramai malangnya , filem pendek tak mendapat tempat sangat di negara kita .
Bila nak berbalah bab seni ni dengan mereka ( pembikin filem ) pastinya sukar kerana masing masing punya pendapat tersendiri. dan pastinya mereka lebih bersedia dengan jawapan memandangkan pengalaman mereka berdepan dengan wartawan. Maka , bagi aku seperti begini saja ..
Setiap kehidupan kita ini adalah seni .Manusia adalah hasil seni ciptaan ALLAH yg tiada langsung persamaan antara satu sama lain walaupun diklonkan ! Filem juga adalah seni ( seperti juga blog walaupun ada yang copy paste entri saja entrinya) , begitu juga lukisan budak darjah 1 yang melukis mengikut imaginasinya dan gurunya tidak layak langsung memberi markah terhadap seninya itu !
Dan tidak lupa juga , filem juga adalah seni perniagaan masakini. Tiada apa yang nak dibanggakan langsung. Kita boleh lihat filem dari pelbagai sudut tapi jangan sesekali ketepikan dari sudut agama !
Ada kawan pernah tanya aku , kenapa aku tak berminat nak jadi pelakon .. Maka jawapan aku , " Watak aku yg diberikan Allah ni pon dah banyak dosa .. ni kan pulak nak lakonkan watak yg lain ..".
Ben : Sekadar pendapat seorang amatur yang dahagakan filem yang cukup bermutu untuk ditonton dan dibanggakan.