Ok.. sambung pasal Langkawi tu .. Sebenarnya ada kawan di FB bagi info yang amat mengejutkan aku dan aku amat-amat terkilan mengenainya.. Mengenai kereta sewa. Serius .. Bukan pasal harga tapi pasal minyak ! Tangki minyak ! Tu je aku boleh kata ..
Sewaktu di Langkawi hari tu , hotel tempat aku menginap tu berhampiran lapangan terbang. View dia pun mmg leh nampak kawasan lapangan terbang tu .. Dan aku sukakannya ! Boring je kalau asik nampak laut kan ? Hehe..
Bilik dia camana pulak ?
Hurm.. Boleh tahan besar ! Dengan harga RM200++ , bilik ini mmg berbaloi sama sekali ! Mungkin sbb lokasinya yang jauh dari pekan Kuah dan pantai Chenang , menyebabkan harganya agak murah ?
Layanan di kaunter penyamput tetamu , mmg tip top ! Tak de masalah !
Kolam renangnya .. Tak berjaya menarik aku untuk g bermain air kat situ sama sekali ! Dalam erti kata lain , kalau korang nak bermain air , lupakan saja.. kalau nak berenang , ok sangat ! heheh..
Gym ? Aku rasa masa aku g tu , baru nak buat renovation. Peralatan , totally out ! Kecewa aku .. Maka bela lemak je la kat situ..
Ruang legar hotel , mmg berjaya menawan hati aku ! Cantik ! Suka ! Moden gitu !
Kat sana , aku tak try lunch atau dinner.. Bagi aku , kalau breakfast dah menarik , confirm lunch atau dinner lagi best ! Malangnya , breakfast , sekadar ala ala hotel biasa .. Seolah tak sesuai dengan ciri-ciri hotel tu yang nampak elegan ! Kena kasi best skit ! Tapi nak buat camana kan ? Sesuai dengan harga kata orang ! Hehe.. Nak sedap , g hotel lagi mahal ! Kan kan ? Aku sekadar bagi pendapat jer.. eheh..
Dan apakah yang kurangnya kat hotel ni ? Satu part ni jer aku rasa cam kurang menarik !
Bagi aku , pinggan mangkuk selepas digunakan oleh guest , perlulah segera dikutip. Ada yang sampai lebih 24 jam kat situ ! Takkan aku nak wat fitnah lak kan ? Ni komen ikhlas dari aku apa ? Bukannya ada pihak bayar aku untuk menjatuhkan hotel ni.. Ni je yang negatif part je .. Loh.. Ikhlas nih !!
Heh.. Maaf yer .. Selain dari tu , hotel ni takde masalah ! Aku rasa kalau datang Langkawi sekali lagi , hotel ni tetap jadi pilihan aku ( kalau diorang tak blacklist aku la ) .. Tapi kena guna kereta untuk bergerak la .. Hehehe.. Jauh dari pekan.. Tapi aku tak kisah .. Best pe ? Leh lepak kat tepi jalan raya dan amik pic kapal terbang naik turun atas kepala gitu jer ! Cantik wooo !!
Untuk tempahan , sila klik SINI ..