Tak tahan tgk ! Plan nak pakai ari Sabtu ni tapi godaannya melanda diri ! Siap tag pon tamo buang tu .. muhahaha ..
Ok ke kasut Adidas ni ? Mmg sedap giler ! Harga pon sedap la kan .. hehe .. Dah test tadi suh member berlakon jadi anjing dan kejar aku.. mmg mcm Spalsh arr aku . Pe lagiii .. sambar laa 3 !!
Harap dpt jd duta Adidas lak pasni .. Baru dpt pelawaan utk duta Mothercare .. Rezeki baby.. InsyaAllah..
Size berlian merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen.
SubhanaAllah.. cantik kan ? Berlian berwarna merah jambu ini dijumpai di perlombongan Rio Tinto ,Australia. Berlian yang amat jarang dijumpai ini mengambil masa 10 hari untuk memotong dan membersihkannya .
Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi. Dinamakan Argyle Pink Jubilee ,berlian ini dianggarkan bernilai lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat.
Mengarut ? Merepek ? Tah hapa hapa ? Hehe.. inilah kreativiti namanya ! Mana tau satu hari jadi kegilaan. Tapi kalau kena samun , tak leh bayang laaa camana kan ? Hehe
Di Belanda , sepasang pereka menghasilkan satu set jeans yang memberi makna baru kepada istilah “komputer riba”. Jeans itu dikenali sebagai “Si Cantik dan Gek” datang dengan fungsi keseluruhan papan kekunci, tetikus dan pembesar suara yang digabungkan di bahagian atas fabrik adalah idea syarikat pereka Nieuwe Heren, yang diuruskan Erik de Nijs dan Tim Smit. Pasangan itu menghasilkan seluar panjang berkenaan dengan tangan dan direka bagi memudahkan penggunanya bergerak ketika masih berurusan dengan komputer. “Ia tidak berat,” kata de Nijs kepada WebProNews. “Dengan papan kekunci yang fleksibel, pembesar suara kecil dan tetikus kecil, ia hanya berat sedikit berbanding jeans biasa anda,” katanya. “Idea ini direka supaya anda boleh menggunakan komputer tanpa perlu duduk di persekitaran tertutup di sebalik meja anda,” katanya. Jeans itu menampilkan gaya moden dan mempunyai kocek belakang yang direka khas untuk memuatkan tetikus yang menggunakan wayar elastik supaya ia melekat. Ia dapat berhubung dengan komputer riba melalui teknologi tanpa wayar di dalam peralatan USB dan dijangka berada di pasaran pada harga 250 pound (RM1,250) - jika ia berjaya menembusi pasaran. - Hmetro
Aku tak bercadang lagi nak beli kalau ada duit byk pon.. hehe .. Bukan gaya ku.. Tua dah kot.. hahaha …
Dan dialah pemenang untuk contest celik mata di malam hari iaitu Cuba teka ! Cuba teka ! Kalau betul .. promote blog korang !! .. Memang dia no 1 laa .. Tak payah nak bertekak ngan aku la yer . Ni bukan program pilih kasih atau Mentor .. Terima je dengan lapang hati .. hehe ..
Seperti yang aku janjikan , aku akan singgah dan tengok la apa yang patut untuk di .. di .. kritik ? Tak la.. Puji ? Tak.. Cerita jer .. hehe .. Sapa la aku nak kritik blog orang .. Tak layak pon .. huhu ..
Ok.. tengok dah.. hahaha .. Apa yang aku boleh kata , dia masih dalam peringkat ‘percubaan’ menerokai dunia blog dan dia ada semangat untuk berjaya ! Boleh maju lagi ! Aku bagi ‘A-‘ kat dia.. Kenapa ? Haa.. tu korang g tengok sendiri .. Heheh ..
http://wonderfullythought.blogspot.com/
Tahniah dik yer ..
"Sebelum perkembangan pesat industri filem seram dan hantu tempatan, Malaysia terlebih dahulu dilambakkan dengan filem seram dan hantu dari Jepun, Korea, Thailand serta dari Barat (Hollywood).
"Kenapa tidak dipertikai filem itu sebagai punca masalah dalam masyarakat?Saya merasakan seolah-olah filem seram dan hantu tempatan dianiaya dan sentiasa menerima komen buruk (negatif)," katanya ketika dihubungi Bernama . - SINARHARIAN
David Teo , nama besar dalam industri filem negara sekarang ni kerana berjaya mencipta rekod tontonan pecah panggung dan kemurahan hatinya yang senantiasa bagi bonus pada kakitangannya termasuk pengarah dan pelakon.
Tapi tu bukan isunya la kan .. Isunya berkenaan dengan filem hantu dan seram yg dikatakan dianiaya sedangkan kalau filem dari luar ,tiada masalah . Ditambahkan lagi dengan kenyataan dari Mufti Perlis , Dr. Juanda Jaya menyifatkan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.
Alahai .. Filem luar tu , berapa kerat laaa yg tengok ? Yg g masuk panggung tu , berapa ramai ? Yang beli cetak rompak , berapa ramai ? Yang download tu berapa ramai ? Pastu buang atau delete .
Tetapi atas dasar menyokong industri tempatan , maka ada laa rakyat Malaysia yang bermurah hati g tonton kat panggung. Kira nak support laa .. Tapi apa yang disajikan ?
Sekadar nak bagi teladan atau pengajaran di awal dan akhir filem mahupun drama dengan ayat dari Al-Quran , itu takkan memberi kesan langsung ! Baik bikin kartun je .. Tuu Upin dan Ipin , penuh pengajaran tuuu ..
Nak didik anak bangsa atau masyarakat di zaman ini perlulah lebih maju ke depan. Bukan dengan cara lama . Tuu .. cerita hantu jepun zaman AR Badul tu .. Sama je la.. Teknik dan make up je beza .. Dan skang , antu banyak merangkak.. Tiru hantu jepun la pulak. Ada ke hantu gitu kat Malaysia ? Hantu merangkak nak menyamun banyak laa..
David Teo .. U ada duit .. U ada tenaga kerja .. Kasi brainstorming la skit . Kasi la jadi macam George Lucas ker .. James Cameron ke .. Steven Spielberg ke .. Tak pun , cuba jadi cam P. Ramlee .. Cerita simple tapi sampai sekarang tak bosan tonton. Yang ada sekarang ? Sekali tengok , buang dah terus cd tu ..
Aku tak rasa filem antu seram tempatan ni relevan dah untuk ditonton. Omputih punya pon diorang dah advanced kan dah .. Cam Twilight , Resident Evil , Walking Dead dan banyak lagi .. Tak seram dah pon tapi menarik untuk ditonton .. Tapi tak tonton pon lagi ok kan ? Hehe ..
Kesimpulan … Sila bawak perubahan dalam industri filem negara .. Hantu banyak dah kat Malaysia ni .. Tak yah tengok kat panggung pon leh jumpa bila bila masa .
Bab agama yg cuba diterapkan tu , aku rasa drama Tanah Kubur lagi mampu beri kesan. Okeh , Tuan Pengarah ? Buat Star Wars versi Malaysia mau ? Aku nak jadi Luke Skywalker .. Pakai keris laser gitu ..
BA : Hantu kat Malaysia pon susah cari makan bila manusia dah jadi antu !