Ehem .. sbg apa ek ?? Sbg suami .. pasni ada satu lagi title .. huhu .. naik pangkat ..
InsyaAllah ..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Ehem .. sbg apa ek ?? Sbg suami .. pasni ada satu lagi title .. huhu .. naik pangkat ..
InsyaAllah ..
Tadi aku ada layan satu movie ni .. Lama dah download tapi takde subtitle .. Bila dah download, baru leh layan ..
Waah .. Polis kena belasah !! Bukan senang nak tengok filem yang mana polis Malaysia ‘diayam-ayamkan’ .. huhuh .. Dasat.. Dalam filem , boleh laaa kan ?
Nampak ! Perghh .. baik punyaa promo .. Mana tidaknya cepat meletop jenama ni .. huhu…worldwide wehh ..
Waaaa… Lama tak rasa bangga gini bila lihat nama negara kita di dalam filem luar … Dulu yang rajin buat , Jacky Chan .. Sebelum ada gak la film Hollywood .. huhuh..
Dasatkan kan diorang ? Ni lokasinya di Putrajaya .. Boleh wujudkan cafe kat situ tuu .. hahahah .. Kalau pelancong datang cari , confirm frust ! Hahaha .. Tak de pulak cafe ni haa ..
Babak kat sini mmg best .. Aku tengok pon senyum jer .. Yelah , dah kenal sangat tempat ni .. tau tau dalam filem jadi tempat canggih manggih .. hahaha ..
Babak ni , aku sempat tengok diorang buat shootingnya .. Depan Bank Negara. Siap kren pelbagai laaa .. Pergh.. mmg mantop giler .. huhu.. Memula ingat eksiden , tapi bila nampak ada kren dan peralatan shooting , tau laaa ..
Filem ni dilakonkan oleh Jay Chau dan Nicholas Tse .. Cerita apa ?? Hehehe .. Cari ler sendiri .. lalalalal …
Baru sampai dari umah mak aku. Kesian kat diorang .. Hurm .. Bizi giler ari ni .. Nak g launching poduk Bio-Essence & Nugeno di Alamanda pon tak dapat . Yang sempat , g umah Ujang n Yana ( kenduri aqiqah anaknya yang comel itu ) dan Mid Valley untuk beli baju baby . Pastu g umah orang tua aku .. Seminggu sekali ziarah diorang .. Kadang kadang 2 kali . Dulu , masa keje kat PWTC , kerap giler la aku ke sana ..
Aku sebenarnya on diet. Tadi kat umah Ujang , makanan yang dijamu utk tetamu mmg lazat giler la ! Tapi aku jual mahal. Tamo makan. Bukan apa , kalau aku dah start makan … aku tak nak balik dah ! Aku nak lepak sana terus atau nak tinggal je kat sebelah nasi tomato tu haa.. Jadi , aku amik inisiatif , tamo makan langsung. Ada la… kuih seketul . Tu pon rasa cam nak tapau je semua .. huhu ..
Bila g umah mak aku .. Aku plan nak g gym lepas maghrib. Gunting la rambut dulu kat kedai india ni haa.. Dia punya gunting serupa mesin rumput ! Banyak main dari buat kerja. Geng dia yang lain ok , dia ni je laaa.. Dok borak ngan mat rempat barang ! Huh !
Akhirnya , rambut aku serupa budak serenti ! Tensen gue .. Hilang terus kekacakan aku .. Tak kisah la. .semua tu dunia semata mata.. Tapi penting gak bila nak pikat anak dara .. huhu ..
Orait .. Pastu g amik wife.. Dia ni kalau sampai kat Taman Tenaga , Cheras ni .. mmg suka benar gi Caring .. Aku rasa dia ada saham laa kat Caring ni haa .. huhuh.. Dia borong barang keperluan. Katanya dia suka beli sini sebab ada Bonuslink ! Bonuslink lagi ….
Pastu baru g umah mak aku .. Sampai sana .. hurm .. perkara pertama aku buat , g dapur. Tengok apa dia masak. Ada kari kepala ikan. Ok .. tak menarik minat aku walaupun agak lapar ..
Lepas solat , aku duk lepak ngan bapak aku jap. Mak aku dan adik aku takde .. dorang ke Hulu Langat. Lawat seseorang . Bapak aku tanya aku tak nak makan nasi ke ? Sebab ada ikan pari ..
IKAN PARI ?????? OH MAIII ..
Aku ke dapur .. tengok .. Alahaiii .. Ikan pari masak asam pedas.. Terus aku perangat lauk tu.. G peti ais .. ada timun dan sambal belacan !
HANCUSSSSSSSS !!
2 pinggan nasi .. ikan pari mau dekat 7-8 potong gak laa aku rembat.. Timun , selesai ! Sambal belacan , selesai ! Blurpppp.. Kenyang sudah .. Gym pon , tah kemana ..
Kenyang sudah .. Aku ajak wife g basuh kereta lak . Saja bawak dia berjalan . Yelah , tinggal bapak aku sorang je kat rumah tu.. Segan lak dia nanti . Mak aku lak , lom sampai ..
Selesai g mandikan kereta .. balik semula umah mak aku .. Ke dapur lagi aku. Ternampak maggie ..
“Adik , hang masakkan aku maggi .. hehe.. Aku bayar laa nanti .. “
Konon la bayar … hahahha .. Akhirnya , aku tersadaiiii kekenyangan .. Hancur diet aku gara gara singgah umah mak aku .. Esok baru mau g gym balik .. huhuu … Bukan senang.. Dugaan kuat.. Nasib baik aku masih berjaya maintain hingga sekarang ..
Siann .. hehe .. lama giler tk mandi kereta aku ni haaa ... Nak bg mandi , cuaca tk menentu.. kang rugi jer .. hehe.. Alasan ..
Akhirnya ari ni , aku bwk dia beriadah kat Taman Midah.. Sini mandi mmg puashati punya .. Nak tunggu pon mmg cukup puashati gak .. haha.. ramaaii siooottt ..
Sambil tu , layan movie .. Best !! Diorg buat kat Malaysia. Aku pernah tgk diorg buat satu babak tu kat depan Bank Negara . Memang dasattt ..
Dulu gemar kumpul baseball cap .. byk ada aihh .. sampai tak tau nak pakai mana ..
Pastu malas dah .. ilang mana pon tak tau .. Sekarang dah mula nak kumpul lak .. huhu .. ni terikut style dj Klfm tu laaa .. yg aku jumpa di projek Toshiba tu .. byk giler cap dia ..
Adoi .. macam aku yg mengandung aihh .. Penat giler jalan kat Mid Valley ni .. Kejar masa satu hal gak .. Pasni nak ke rumah Ujang dan nak ke Alamanda ..
Tapi , mcm malas je nak g sana semata mata nak jumpa diorg .. hurm...
Skang kat Mid Valley.. Nak shopping baju baby skit memandangkan tempoh akhirnya dah dekat iaitu Selasa ni (InsyaAllah ) dan aku sendiri pon dah terasa cam bizi je skit skang ni .. Apa yang aku bizi pon aku tak tau .. huhu ..
Pelik giler Mid Valley ni .. Kalau datang kul lebih tu , dah susah nak cari tempat letak kereta. Mungkin besar dan puas berjalan kalau shopping kat sini . huhu ..
Beli Harian Metro. Ternampak tajuk menarik mata aku. Confirm membuatkan wife semakin mengecilkan matanya bila memandang aku. Huhuh..
Ibu malang yang baru berusia 20 tahun itu dipercayai terlelap ketika menyusu.. Hurm … Kesiannya .. Suaminya baru berusia 25 tahun. Pasangan muda .. Baby tu lak baru berusia sebulan je . Bermakna si ibu tu masih dalam keadaan pantang ..
Banyak kes dah skang ni baby tersedak susu .. Pasti ibu ibu di luar sana ada sebarang nasihat untuk bakal ibu dan juga ibu ibu yg baru mendapat baby ..
Pasni aku kena jaga baby .. tapi tak la sampai tahap aku menyusukannya walaupun nampak cam ada susu .. huhu ..
Amboi .. blogger sekarang dah boleh dijadikan kerjaya atau karier ke ? Boleh percaya ke neh ? Entahlah .. tapi kalau rajin buat kajian .. korang boleh jumpa jawapannya..
Ada contoh ke blogger yg dah jadikan dunia maya ni sebagai ladang tanamannya ? Aku rasa , tak perlu kot bagitau apa jawapannya kan ? Kenapa ? Kenapaaaa ??
Berapa pendapatan blogger ? Alahai … sama cam peladang gak laa.. Mana ada gaji tetap . Segalanya bergantung pada kerajinan dan usaha mereka . Kalau rajin , maka banyaklah .. Kalau malas , dok je atas pokok , cari pisang !
Ada ke pisang kat atas pokok ? Ada laaa .. cuba google !
“ Penggodam yang hanya menggelar mereka "Mesej dari rakyat_marhein" antara lain meninggalkan beberapa foto dan karikatur yang menggambarkan seolah-olah FAM mengawal dan cuba menutup mulut pegawai-pegawai kanannya daripada membuat kenyataan media.
Selain itu, penggodam juga mesej meminta FAM dirombak semula dan mahu presidennya meletakkan jawatan.” – SinarHarian
Lawak laa .. Ni gara gara isu FAM dikritik secara terbuka oleh Tan Sri Annuar Musa .. Alahai .. aku malas sebenarnya nak layan sebenarnya isu isu sukan di negara kita ni yang mana lebih banyak politik dari kejayaan ! Masing masing gile nak berkuasa dan nama. Kerana apa ? Sendiri mau ingat laa ..
Bila mintak rakyat turun padang untuk menyokong , rakyat turun . Haa.. Kena la jugak dengar suara rakyat ni haa .. Jangan main sedap ikut perbincangan dalam meeting tu . Haih ..
Ikutkan mmg betul apa .. Dah nampak terang-terang apa yang berlaku pada sukan negara , sekarang ni .. Takkan nak tunggu semua terlingkup baru nak OVERHAUL balik kot ?? Duit tuuuu .. Duit satu hal , masa lagi..
Dari aku kecik , sampai aku besar .. Projek bab bolasepak ni pelbagai nama ada dah .. Tapi masih lagi dok ‘dalam kampung’. Yang nak dibanggakan dari dulu sampai sekarang , nun zaman arwah Super Mokh..
Nasib baik ada Chong Wei dan Nicol David. Kalau tak ? Dok layan keluar masuk panggung wayang je la.. Patut la cerita ngarut pon leh box office .. Haih..
Setiap hari , setiap minit pasti ada blog baru timbul .. Tapi berapa ramai yang terus kekal berblog eh ? Bukan senang nak kekal , nak maintain .. Mula mula je berasap .. pastu , tinggal arang… dan ditiup angin atau menjadi debu ..
Apakah blog blog rakan kita yang baru ni begitu juga ? Harapnya tidak la kan .. Camana punya takde masa pon , update la jugak. Log kan apa saja aktiviti atau apa saja yang korang fikir dalam tu.. Tak susah pon ..
Ok geng .. jom g singgah blog rakan kita ni ..
i am me and i am hippy :P
A simple girl that just want to share her wOlrd... ~
Hyye.. ^,^ Im Inz Indah,lets talk simple,bagi aku hidup ni tak perlu jadi hotstuff,cukup jadi sesejuk air yang menenangkan orang..kn lbih indah..rite? so,just be yourself.. :)
urm . nak tau tntg wawa . .meh ushar blog wawa. .
I am a student, a mommy's&daddy's lil daughter, a sister, a fiancee and a girlfriends.
ye. aku boyaa maradona.dah-2 . jangan nak pening sangat la tengok nama aku. biasa la tu.cita-2 aku dalam idop ni, aku nak capai apa yang dicita-2kan oleh aku
Terima kasih …