Sebelum kul 1:44 pagi , lagi !!
1:44 pagi !
Qhaliff teman mummy eh .. Daddy tengok katil dulu .. Kot ada semut ke apa .. Daddy try test tidur dulu .. Pastikan segalanya selamat eh ..
Luas dahi anak aku eh .. Cam sapa laaa eh ..
Sebelum kul 1:44 pagi , lagi !!
1:44 pagi !
Qhaliff teman mummy eh .. Daddy tengok katil dulu .. Kot ada semut ke apa .. Daddy try test tidur dulu .. Pastikan segalanya selamat eh ..
Luas dahi anak aku eh .. Cam sapa laaa eh ..
Sekurang-kurangnya , jangan lupa daratan ..
Patutlah ada senior yang tak berminat nak ‘bawak naik’ blogger blogger baru .. sebab apa ? Sebab bila dah naik , sombong ! Berlagak !
Hurm … Betul la apa yang dia kata.. Dan aku merasainya sekarang .. Camana laaa nak punya satu komuniti yang rapat dan saling bantu membantu ? Memasing pentingkan diri jer ..
Entah laa ..
Blurrppp .. Alhamdulillah .. Kenyang seh…
Baru pas g makan kat blogger baru di pasaran yang sedang meningkat naik dengan perlahan lahan tanpa sebarang kontroversi yang bisa mengundang jenayah membawa padah pada negara .. Yearghh .. Sapa lagi kalau bukan ? Bukan sapa ? Bro Que ! Kenal tak ? G tengok kat bloglist aku tu .. Que Ahmad .. hehe ..
Terlampau kenyang .. Sejak balik dari Kelantan ari tu , aku jarang nak makan banyak kecuali bila kat rumah mak aku .. Tapi dia lak jarang nak masak sebab sakit gigi .. Aku lak nak masak tapi aku sakit jari .. Jadi aku makan maggie je .. Ok tak alasan ? Hehe ..
Maka mengketedarahlah aku ngan Que tadi kat Village View ni .. Memula tu pk gak la nak g makan kat mana .. Pikiaq punya pikiaq punya pikiaq , mai la mengketedarah kat sini ..
Nape lak aku dok guna perkataan mengketedarah tu ? Sesungguhnya , aku sangatlah kelaparan dan kalau boleh , aku nak telah apa saja yang lalu depan aku .. Tapi apakan daya , tak mampu .. Mulut kecik .. cam mulut Qhaliff .. hehe ..
Sampai kat Village View ni , aku tengok menu dia .. Wowww weee wuu .. Semua nampak cam sedap belaka ! Aku order ni , aku kensel tu .. Aku kensel tu , aku order ni .. Semua menarik laaa bak kata orang tengah kebulur ! Huhu .. Tempat ni pun nampak kemas , bersih , selesa untuk makan besar bersama keluarga ..
Maka makanlah aku , tom yam sotong , kerabu mangga , telur bungkus , kailan ikan masin , sotong masak petai dan air kiwi .. Percaya tak percaya , aku tambah sepinggan nasi !
Semua sedap siutt .. Sampai aku tak sempat nak amik gambar .. Aku amik garfu dulu n bedal .. Akhirnyaa , sudah serupa macam ini binatang aku !
Sendiri mau ingat laaa .. Ok , nak tidur .. Zzzzz ..
Ini kali kedua aku miliki perfume yang sama iaitu DAVIDOFF CHAMPION ni ..
Kali pertama aku beli , pada 4 September 2011 .. Ada aku catat dalam blog aku ni .. hehehe.. Tu gunanya blog kan ? Hehe ..
Perfume ni amat sesuai sekali buat mereka yang kuat berpeluh .. Er .. cam aku ni.. hehee .. Aku guna perfume ni bila ke gym atau keluar dating ngan wife pada waktu waktu tengahari .. Bau dia lebih naik ketika peluh mula menitis .. Seksi uuu .. hahaha ..
Kalau pagi , bau dia fresh .. Sesuai sebenarnya pakai pada bila bila masa sbb peluh badan aku ni pon keluar tak ikut masa ..Hehehe .. pantang panas skit .. hehe ..
Ok .. Geng .. Davidoff Champion ada buat pertandingan dan hadiah dia mmg berbaloi la kalau menang .. hehe .. Jom tengok kat page diorang ,DAVIDOFF MALAYSIA .. Dan aku pon nak join gak.. Ok tak pic ni ? Hehehe ..
Terbaik dari DAVIDOFF !!
Gambar oleh Jamal ( Din Bionic Gym)
Gambar menunjukkan Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya .
Hurm.. Ianya satu realiti.. Bukan fantasi sapa sapa pon . Memang kita sedia maklum ada ibu bapa terutamanya si bapa ‘ajar’ anak kecilnya memandu kereta atau motorsikal . Kecil kecil lagi dah ajar duduk tempat pemandu dan pegang stering ..
Budak zaman sekarang ni cepat tangkap perkara baru .. Pantas mereka praktikkan bila berpeluang ..
Bila mereka cuai atau leka , si anak kecil ni ambil kesempatan . Pegang stering , atau gear .. Maka ?
Masa ni baru nak terjerit atau nak babap si kecil tu ?
Anak aku ni ? Nak pegang stering ? Hehehe .. Meh aku cerita skit .. Aku pegang stering kereta pada umur 28 tahun .. Amik lesen dengan duit sendiri .. Motor ? Bapak aku tak kasi aku bawak ! Dalam erti kata lain , aku dengar cakap bapak aku .. Nak apa apa ,usaha sendiri ! Nak pandu kereta , beli kereta sendiri .. guna duit sendiri ! Jangan kacau harta orang lain walaupun adik beradik sendiri ..
Dan aku faham.. Tak mati pon kan ? Maksud aku , tak mati pon tak bawak kereta zaman muda dulu.. Best pe naik lrt atau bas mini..
Semalam , aku g jumpa beberapa blogger atas urusan blog la .. Kira projek blog .. Kat sana aku jumpa ramai lagi orang yang terlibat dalam dunia pengiklanan ni .. Kira projek besar besar punya laa.. Antara yg best , salah seorang rakan blogger ni ni akan ke Europe .. Percuma okeh ! Ditaja gitu ! Atas tiket Blogger ! Korang kenal blog dia ? Tak kan ? Haaa … Blog dia low profile jer .. Tapi yg menyebabkan dia dapat projek gitu ? Baca balik tajuk tu ..
Dalam duduk bersantai berbual mengenai dunia blog ni , macam macam yang aku dapat .. Apakah sebenarnya yang menjadi tarikan utama para pengiklan ? Dan apakah sebenarnya blogger patut tulis dalam blog mereka ? Dan , apakah sasaran blogger ? Ke mana hala tuju blogger ?
Bila aku tulis begini , maka ramai akan kata mereka berblog suka suka jer .. Sekadar menghibur hati.. Hurmm .. Mungkin la kot .. Tapi peliknya , ada yang beria buat blogwalking dan mempromosi blog cam nak kasi semua orang kenal blog dia .. Tapi alasan dia .. AI SUKA SUKA JE WAT BLOG NI ..
Letakkan la sasaran .. SUKA SUKA BOLEH MENJADI AI TERSANGAT SUKA yer !!!
Segalanya perlukan stategi , sasaran dan paling penting ialah minat .. Banyakkan membaca mengenai dunia perniagaan dan dari situ kita boleh nampak bagaimana nak majukan lagi blog kita ..
Apa kaitan lak dengan perniagaan ? Sebab tu laa aku suruh baca !
Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.
Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.
KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.
Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik. – Hmetro
Hahahahha … Baeekk punyaaa .. Memang kadang kadang , nak ajar orang macam ni , kena wat cara ‘kasar’ … Tak baik cara halus ! Cara kasar lak , jangan main pukul pukul orang tapi sebaliknya cara psikologi ..
Ramai manusia yang tak reti bahasa ni .. Mau kena kasi ajar skit untuk bukak bijik mata dia yang mana dia ni bukan hidup seorang diri dalam dunia ni !
Cuma , ada yang boleh diajar dan ada yang jadi semakin kurang ajar .. Yang ni kena wat lagi kasar ! Kasi antar antartika jer … Huhu ..
Pemilik kereta tu kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan ..
Dia tak sedar yang sikap dia tu camana .. hahaha ..
Hurm .. lom apa apa lagi , aku dah kena ‘sebat ‘ ngan anak sendiri ! Ni amat merbahaya ni ! Bayangkan la .. alahai .. bila aku post gambar aku kat Facebook , yang klik LIKE tu ..
22 je ???? Tu je ???
Ni gambar lama tapi saja aku repost malam tadi .. Pon ramai klik LIKE gak ?????
Ok .. ni yg aku nak suntik kologen ni !! Grrr . Keciikkk jeee aku tengok budak atas ni .. Huh !! Tunggu laa aku balik Kelate Ahad ni .. Aku geget dagu dia .. Aku geget pp dia .. Aku tak kasi dia tidur ! Bila dia nangis , aku lari naik atas .. lalalala ..
Ni aku test sekali lagi .. Aku post gambar dia jam 1.44 pagi ! Time orang membuta , aku post .. ehehehe…
Baru 24 minit , 35 LIKE ! Aku punya dah sampai habis jam , 22 tu gak ! Kejammm .. Kejamm korang !
Sebelum satu pagi ..
Selepas satu pagi .. Baju pon sempat tukar tadi eh ? Hehehe ..
Terang mata diaaaa .. Memang maasak laaa mak dia nak tunggu dia tidur ! Hurm..
Tadi wife ada cerita yang mana anak kawan dia , umur 6 bulan meninggal dunia dalam buaian. Bukan tersedak susu .. Jadi kes kematian mengejut .. Kat rumah pengasuh jadinya .. Huhuh .
Ahaa … Acara kemuncak Dutch Lady Malaysia’s Get Smart, Get Famous Finale Event 2012 .. Sapa pemenang nanti eh ?
Antara yang masuk final ialah ..
Bagi mereka yang berminat untuk menghadirkan diri , bolehlah email kepada info@advertlets.com atau hantar mesej kepada http://fb.com/advertlets ..
Butiran lokasi dan masa ..
Tarikh : SATURDAY, MAY 12, 2012
Masa : 11.30 AM
Lokasi : PIAZZA@THE CURVE
MUTIARA DAMANSARA
20 blogger terawal membuat tempahan kehadiran , akan menerima goodies .. Apa isi dalam tu , rahsa .. hhehe .. Aku sendiri pon akan datang nanti.. Huhu ..
Kempen yang bermula Disember 2011 yang mana telah berjaya menarik beribu ribu penyertaan ini telah pon berakhir dan hari Sabtu ni la kemuncaknya .. Sapa yang menang ? Tu kena datang tengok sendiri laa ..
Jadi , tunggu apa lagi ? Marilah kita ramai ramai memeriahkannya .. kan kan ?