Waduhh … aku buat status begini di fan page aku , SANTAI BEN ASHAARI lalu adalah kawan menegur dalam ruangan tu agar aku tidak mencipta ‘situasi’ tu ..
Mak aihhh .. takkan la aku saja saja nak buat lawak kot ? Mungkin aku sampaikan dalam bentuk sinis kerana kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku atau perbualan anak anak remaja kita sekarang ni tapi kita tau apa sebenarnya yang berlaku ..
Aku amik contoh dalam akhar harian hari ni yer.. Satu kebetulkan kah ?
“ Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.
Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.
“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.
Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.
Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut. “
Camana tu ? Zaman ni dah terlalu terbuka dan memberi peluang pada mana mana manusia untuk melakukan ‘kesilapan ‘ serta ‘ kecuaian’ ..
Jangn ingat budak bawah umur ni tak tau apa apa.. Aku sendiri pon pernah ‘bawah umur ‘ dan tau apa cerita budak budak lelaki bawah umur ni .. Perempuan , aku tak tau la apa ceritanya ..
Sekarang ni , semua orang tak kisah budak kecik , rasa dia dah ‘cukup besar’ dan matang ! Apa kes ? Haaa.. Jadi , tak hairanlah kes kes buang bayi ni boleh berlaku ..