Sabtu lepas di RTM1 dalam GENERASI Y ..
Terkedu aku bila baca mesej yang ditinggalkan di fan page SANTAI BEN ASHAARI kelmarin tapi aku baru perasan pagi ni ..
“ aslmkm en ben ashaari.
saya ‘xxx’ wartawan program nona di tv3... i saw ur wrtng tentang suri rumah lelaki.. and ur view about being a suri rumah because u are aspire writer [:)] soo i would like to interview u reagrding this issue.. would it be possible? may i have ur number ? “
Biar betul ? Tipu ke ni ?? Entah .. haha .. Tapi kalau jadi , best la gak kan .. Yelah , rezeki untuk blog aku .. Leh tambah lagi pembaca baru kan ?
Alhamdulillah .. rezeki dalam dunia blog semakin bertambah walaupun tak banyak. Rezeki anak .. Aku tak cadang pon nak sampai kaya melalui penulisan blog ni tapi cukuplah lepas buat anak bini serta ada sedikit simpanan .. Kaya raya , tak perlu la kot .. Nanti aku terbuai dengan duniawi lak ..
Sekurang-kurangnya kan , aku telah membuktikan pada semua orang yg mengenali aku bahawa , dengan kesungguhan kita mampu mencapai apa saja .. Tiada yang mustahil atas dunia ini .
Tak mudah sebenarnya .. Banyak kali aku mengeluh gak .. Lemah semangat .. Takut terutama bila nak ada orang baru dalam rumah .. Boleh kah ?
Tapi bila aku teringat jiran aku yang mampu sara kehidupan keluarganya dengan menjual nasi lemak , mak ayah aku dengan meniaga , aku kembali bersemangat apatahlagi , si isteri yang senantiasa menyokong aku dari belakang , tepi dan depan aku !
Jadi atau tidak , yang penting .. aku telah capai satu peringkat yang mana aku sendiri dulu tak rasa langsung boleh capai .. Terima kasih kawan kawan !