Masa mula aku tengok Qhaliff ,aku dah tersenyum lebar .. Tuu . nampak tak dagu dia ngan pp dia ? Hahaha .. Bila dah keluar ?
Huhuh… Qhaliff Qhaliff … Pasni kita lepak Putrajaya je deh !
Masa mula aku tengok Qhaliff ,aku dah tersenyum lebar .. Tuu . nampak tak dagu dia ngan pp dia ? Hahaha .. Bila dah keluar ?
Huhuh… Qhaliff Qhaliff … Pasni kita lepak Putrajaya je deh !
Kena tinggal lagi diaa .. huhu .. Baru nak kenal muka ayah dia.. Tapi tak pe la , hari ni .. esok daddy balik eh .. pastu tak kena tinggal daaa ..
Skang ni kat Kuala Terengganu .. berenti jap untuk makan tengahari .. Lapar tu mmg lapar tapi hilang lapar bila , hurmm.. layan orang macam .. hurm .. mmg terus kenyang laaa ..
Sebab tu susah aku nak g makan tempat tempat baru ni ..Bukan memilih tapi zaman ni , susah nak jumpa orang yang .. hurm .. Korang pon tau kan apa maksud aku ..
Entah la.. kekadang aku rasa macam aku mintak sedekah ngan orang padahal aku bayar !
Ada yang kata , blogger Malaysia ni suka tulis isu isu sensasi jer .. Jawapan aku mudah jer .. Setiap blogger , pasti ada hayunan langkah kakinya. Masing masing dengan cara tersendiri .
Aku .. aku gemar membuat kajian dalam dunia blog ni . Apa sebenarnya yang mampu menarik minat pengguna Internet di Malaysia ni singgah ke blog aku ? Kalau aku cerita pasal aku , tentu diorang tertanya tanya sapa aku ni kan ? Artis kah ? Ahli politik kah ? Sedara Maya Karin kah ? Kembar Mat Harun Aziz kah ? Yelah , sampai buat blog dan ceritakan hal sendiri serupa macam artis lak ! Kan ?
Bila dah jumpa langkah sebenar pasti blogger tau apa sebenarnya pembaca dia nak .. Sebenarnya , dalam dunia blog ni kalau kita cerita pasal sambal belacan sekali pon orang akan baca ! Kenapa ? Bukan semua orang mampu bercerita mengenai sambal belacan hingga membuatkan pembaca mereka tersenyum ! Kan kan ?
Jadi , blogger tak perlu segan dengan idea , gaya penulisan malah apa saja yang dia cerita dalam blog tu .. Yang penting dan mahal adalah ketulenan penulisan tu .
Apa guna berpuluh ribu trafik tapi cerita hal orang lain . Info pon bukan dia gali tanah dan jumpa .. kan ?
Maka ,wahai blogger … berbanggalah dengan penulisan korang tu sendiri walaupun yang singgah hanyalah sorang ! Semut tetap datang kalau ada manisan !
Terima kasih kerana memilih aku ! Aku tau lama dah .. Yang pilih Qhaliff ni mesti jeles ngan aku .. Lalala ..
Skang ni kat Pantai Rhu Sepuluh , Setiu .. Bawak keluarga aku jalan jalan area Jalan Pantai .. Otw ke Kuala Lumpur .. Saja saja makan angin ..
Jap lagi nak singgah makan losong lak .. Jangka tiba KL , malam .. huhu ..
Bila aku masukkan lubang seluar tu , dia tarik balik .. Bila aku masukkan kedua dua kaki dia , dia sentap lagi.. Ngan aku aku sentap weh !! Nasib baik laaa baby laagi .. Kalau tak .. kalau tak ??? Aku ajak dia layan snooker ! Sapa kalah , dia kena pakaikan seluar si pemenang !
Confirm aku .. Old timer neh ! Kata mamat snook .. Lalalala ..
Hahaha .. adoiyaiii … Ramai cam tak percaya bila aku kata aku nak jaga Qhaliff.. Yelah , bila dia nangis .. ramai tengok aku seolah olah aku cuak .. Haish…
Tadi wife suruh aku pakaikan seluar Qhaliff .. Hahaha.. Dekat 10 minit gak la baru berjaya .. Tapi tengok laa dia tuuu .. ligat semacam jer !!
Haruskah aku memikirkannya semula ? Oh , tidak sama sekali !!! Qhaliff .. u and me , blogging sama sama ehh . Ok bebeh !!
Satu majlis yang cukup simple tetapi , alhamdulillah .. orang tak putus datang walaupun dari keluarga terdekat saja .. Orang kampung pon dijemput gak .. Maklumlah, aqiqah kan ?
Daging mmg tak cukup . Nasib baik dah standby dengan ayam masak merah .. Huhuh.. Sangatlah sedapp .. Aku pon rembat makan daging kampung tu ..
Terlupa terus yg aku ada darah tinggi .. hehehe .. Tak kisah la , janji dapat rasa .. Huhu .. Mentang mentang la tau apa ubat dia untuk darah tinggi ni .. Berani eh langgar pantang !! Grr ..
Memang aku kena cubit ngan wife .. heehe ..
Antara yang hadir ialah orang kampung , orang surau , adik beradik mak mertua dan ayah mertua .. Kawan kawan sekolah wife dulu dulu .. heheh .. Rakan blogger juga ada .. Haaa .. Wawa dari KL sempat singgah .. Turut ada sama , Dj Hot.FM Kelantan iaitu Shaz dan geng geng blogger USM Kubang Kerian yang diketuai oleh Amirul .. Terima kasih ..
Kesian Qhaliff .. Ramai benar lepaskan geram kat dia .. Tapi kesian aku sbb yang datang semua cari Qhaliff je !! Tkde pon tanya ,
“ Mana Ben ? “
Sapa kata aku popular ???
Aku dilahirkan di Kuala Lumpur . Mak ayah aku kelahiran Pulau Pinang .. Walaupun moyang aku bukan asal usul Malaysia , tapi aku tetap warganegara Malaysia , berbangsa Melayu dan beragama Islam .
Secara automatiknya , aku ada suara dalam negara ni selain dari boleh mengundi bila tiba masanya ! Itu hak aku ..
Dulu , orang cam aku ni , teringin benar nak bersuara tapi tak tau kat mana .. Ada yang suka gunakan media masa untuk bersuara seperti hantar surat , email dan sebagainya.
Sekarang ni , dah ada medium yang lebih pantas .. Laman sosial seperti Facebook , Twitter , blog menjadi pilihan .
Maka , bolehlah aku menyuarakan pendapat aku ni lebih lebih lagi bila nak kritik mereka yang memerintah .. Tak kira kerajaan atau pembangkang .. Asal aku rasa tak betul , aku kritik ..
Kritik bukan tanda aku benci atau mencari salah sebaliknya nak memberitahu pada mereka sesunguhnya , RAKYAT SEDANG MEMERHATI ANDA dan RAKYAT TAK BUTA ..
Masing masing ada cara tersendiri untuk bersuara dan aku putuskan blog , Twitter dan Facebook adalah medium aku untuk bersuara ..
Aku sayangkan negara aku , Malaysia .. Sebab itu aku bersuara .. Takde kene mengena aku pro pembangkang atau kerajaan .. Rakyat bagi kuasa , rakyat juga berhak bersuara !
Mula mula satu private message aku dapat di page facebook SANTAI BEN ASHAARI meminta aku buatkan satu entri khas buat adik Ahmad Sufi . Kemudian aku meminta dia emailkan terus pada aku utk memudahkan aku update dalam blog ..
Pada blogger yang sudi war warkan dalam blog mereka , jutaan terima kasih ..
Ok .. Info ni aku amik dari page Tabung Ahmad Sufi sendiri ,
Nama baby ni AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI
Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.
Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR.
Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.
BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201
Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305
Olololo .. pandai buat muka simpati skang ni .. Huhu .. Jap lagi , ramai la orang datang utk makan kenduri aqiqah Qhaliff .. Daddy dalam bizi bizi pon sempat update satu entri untuk rakan rakan daddy ni ..
Banyak keje ari ni .. Pasni nak kena settle balik segala pinggan mangkuk .. Huhu.. Penat tu , dah tentu .. hehe .. Esok , nak balik KL dan tapi lalu ikut Terengganu .. Saja bawak jenjalan orang tua .. Bila dah sampai KL , aku kena patah balik ke Kelantan tapi naik bas je ..
Penat ? Dah tentu !! Bila sampai Kelantan , baru balik Putrajaya , keesokkan harinya ..
Sampai rumah .. Kena bersih rumah lak .. nasib baik upah orang gaji dah .. Sabtu ? Shooting ngan Nona .. Daddy mesti muka toya je sbb penat .. Tak sempat nak g spa n buat rambut .. Huhuh ..
Semalam kan , nak dicerita panjang panjang kan .. Aku dan keluarga aku sampai laa kat Kelantan dan check di satu hotel bajet berhampiran giler dengan Wakaf Che Yeh .. Perfect ! Sangat menarik .. Tapi sayang aku tak leh join tidur ngan diorang sbb aku nak kena settle urusan persiapan kenduri anak manja aku sorang ni .. Ada anak dah rupanya aku .. Cam tak caya jeer .. Jap je masa berlalu .. Patut ramai dah panggil aku UNCLE .. huhu ..
Bila tanya harga .. berlainan dari apa yang memula wife aku cakap .. Hurm.. Ok la .. Aku tak kisah la .. Janji keluarga aku dapat menginap dengan selesa dan selama .. Tu paling penting ..
Aku pon bayar la untuk 3 malam .. Dan kemudian , kunci diserahkan lalu aku pon ajak semua naik atas .. Semua tu , ahli keluarga aku la.. tak ajak pon staff hotel tu naik sekali ..
Bila tengok bilik .. hurmmmm … aku rasa nak solat pon susah sebab sempit .. Berlainan dari dalam gambar yg ditunjukkan dalam pamplet yg wife aku tengok waktu datang booking ari tu ..
Ni kira untuk tidur dan mandi je la jawabnya ..
Dan tadi , aku dan wife datang ke bilik mereka untuk ajak pergi shopping kat Pasir Mas .. Wife aku ni , spesis kalau dah janji harga tu , dia nak harga tu gak .. Dia g jumpa orang yg dia deal memula ..
Jumpa staff tu .. Dia layan dengan baik sekali .. Setelah dibincangkan dengan lemah lembut dan sopan santun tanpa sebarang perhimpunan BERSIH dibuat depan hotel tu , maka dapatlah harga yang dijanjikan tu ..
Adik tu pon check la rekod pembayaran .. Dia terkejut .. Sbb dalam komputer tu tulis untuk 1 malam jer ! Tapi bayaran dibuat untuk 3 malam .. Nasib baik ada tulis duit yg diterima .. Cuma hari menginap tu je salah masuk ..
Segala urusan tanpa resit ! Silap aku tak mintak resit .. Nasib baik staff tu tak berkira sangat dan sanggup check rekod .. Kalau tak ? Mau boleh bikin gaduh mulut gak ..
Alhamdulillah .. dapat baki duit walaupun aku tak kisah tapi wife kisah .. Dia mmg gitu .. Aku jenis tak berkira .. hahahah .
Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Apa khabar anda pada rakan pembaca yang setia dengan blog ini ...
"Cheap Sale" ... Siapa nak emas ? ... Harga logam emas tulen fizikal dan logam perak tulen fizikal sedang merudum jatuh pada paras harga terendah bagi tahun ini ... Ayuhhh ! ! ! ... Rebut lah
Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)
Alhamdulillah .. segala perancangan utk adakan majlis aqiqah anak aku ni berjalan dengan lancar .. Terima kasih pada mak mertua aku serta adik beradik wife aku yang telah uruskannya dengan baik sekali ..
Orang tua aku serta adik perempuan aku pun ada gak untuk memeriahkan majlis ni esok ..
Qhaliff lak .. Hurmm .. dah mula kenal muka aku.. Dah kira berani pandang muka aku lama lama tanpa menangis .. hahaha .. cuma pantang dia dengar suara mak dia , mesti wat wat nangis .. Grr ..
Pas kenduri tu nanti , ada projek giler aku kena buat .. Adoi .. Harapnya dapat kejar masa dengan sempurna ..
Haaa .. sapa yang ada kat Kelantan waktu ni , meh la datang esok yer .. Dekat depan kem Desa Pahlawan jer , Kok Lanas ada satu kedai runcit .. Belakang kedai tu jer .. Ok ? Mula majlis lepas Zohor .. Ala kadar jee pon ..
Wife tanya aku ..
“ Camana nak tengok wayang bila dah ada baby ni .. “
Aku jawab setelah berfikir panjang ..
" Mudah jer .. Abang g tengok dulu .. Balik nanti , abang cerita je la kat awak .. ok ? "
Ok la tu kan ? Nasib baik aku cerita sendiri dari aku suruh baca je kat blog bila aku update review tu nanti kan ? Haaa ..
Bukan pe .. Kalau wife g sorang sorang , dia confirm tidur .. Kalau g sekali ngan aku , confirm rindu baby kat rumah mak aku ..
Kalau bawak dia , sah sah semua orang tengok aku ngan wife dari tengok skrin tu nanti ! Haaa ..
Dua dua jangan pergi ? Mana boleh ! Aku kan blogger .. Mesti nak kena update punyaa !!
OK tak alasan ??? Kelebihan bekerja sebagai blogger ni .. hahaha ..
Ala .. nanti download je la SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN ..