Amik masa skit si Qhaliff nak
'bunyi' bila bgn tidur .. Mengeliat secukup rasa .. Menguap sepuas-puasnya .. Tengok kiri kanan .. Senyum dulu ..
10 minit kemudian .. huru hara rumah !! Susuuu timeee ..
Published with Blogger-droid v2.0.6
Amik masa skit si Qhaliff nak
'bunyi' bila bgn tidur .. Mengeliat secukup rasa .. Menguap sepuas-puasnya .. Tengok kiri kanan .. Senyum dulu ..
10 minit kemudian .. huru hara rumah !! Susuuu timeee ..
Keratan dari Harian Metro , hari ini ..
Menyedihkan .. Sampai gitu sekali penangan bolasepak dunia ni .. Yang melompat bermain , bergelar jutawan . Yang menonton ni , g kerja atau kelas dengan mata bengkak .. Tak cukup tidur walaupun kata ‘puas ‘ dan seronok tengok bola ni , hakikatnya kita tau .. buang masa jer .. bukan dapat duit pon kan ? Lain la sambil jual burger sambil tengok bola .. dapat gak duit dari duduk kat kedai mamak tu dok order segelas air tapi 3 jam duduk situ .. Best part , bila game abis , semua pakat belah tanpa bayar .. Adaaa orang buat perangai gituuuu .. Adoiyai ..
Ok la koot sesekali layan terutama time cuti .. Tapi kalau sampai prestasi kerja pon terganggu , susah la gitu kan ? Tu belum part bertekak pasal bola .. Atau nak lagi best , berjudi … Ako sokong mana ko sokong mana .. Kita bertaruh duit .. Tak sedar apa perbuatan dia tu dah langgar undang undang Allah dan manusia ..
Nak lagi best ? Maki hamun cam bertih jagung keluar dari mulut bila tengok bola .. Dan sanggup berhabisan beratusan ringgi Malaysia untuk beli jersi yang takde lambang bendera negara Malaysia pon.. Atas alasan minat sangat pasukan tu .. Alahai ..
Tak kisah laa.. masing masing punya hobi kan ? Bukan kacau sapa sapa ? Tapi kalau dah g tengok kat kedai terjerit terlolong dan duduk berjam lamanya , tak ke ganggu pelanggan lain yang datang atau nak makan kat situ ?
Entahlah .. aku menyesal dah buang masa macam tu .. Sebab tu skang , aku rela tidur lagi dari tengok orang jutawan main bola .. Sesekali tu , ok laa .. Tu baru dikatakan hobi .. Hobi ni dilakukan bila ada masa lapang .. Kalau hari hari dok layan bola, tu dah taksub. Abis EURO , EPL .. LA LIGA , LIGA SUPER .. macam macam ligaa la lagii ..
Hurmm .. toksah gaduh gaduh dah la ehh .. tgk je bola .. Nak lagi feel , layan je kat rumah .. takde sapa kisah .. bos kat opis pon tak kisah .. tunggu masa nak pecat jer ..
Kecik kecik dah demanding !! Dia nak orang tumpu perhatian kat dia .. Kalau dok main ngan dia , dia ok laaa .. Kalau terbiar jer , mulaaaa laaa .. Haihh ..
Bila dah main , dia akan mula nangis semulaa .. Tu dah tau dah apa dia naakkk . Susu timeee .. Kasi susu secukup perut , maka ..
Jangan tak tauuu … budak ni pon pandai dah mengeluh .. Aku tak tau laaa dia ni ikut sapa.. Mak dia tak gemar mengeluh .. Bapak dia lak .. er .. haihhhh …
Kalau menyusu , tolong beri perhatiaaann 100% pada dia .. kalau tak , confirm dia menjerit punyaa .. Haaa .. Nak tak nak , sila padang muka saya yer ..
Skang ni , dah pandai memilih .. Kalau aku dukung time dia nangis , dia akan senyap .. Kalau tak senyap gak , jawapan dia satu jer .. SUSU !!!
Paham dh budak ni ..
Tetiba terpandang cerita ni kat satu laman blog .. Olololo.. comelnyaaa .. Aku mmg gemar tengok cerita kartun ni tengah malam.. Best skit .. Dengan animasinya , suara latar .. buat rasa fresh skit kepala otak dari dok pk blog .. hehehe ..
Lukisan dia mmg sangat cantik .Pergerakkannya , mmg lancar.. Takde cacat la movie ni bagi aku .. Tapi yang paling best , movie sangat cute ! Lagu latar , suara budak perempuan tu dan coolnya hero tu buat aku rasa sayang giler nak abiskan movie ni.. Er , mmg tak abis pon sbb aku tak nak abiskan .. Hahahaha ..
The Secret World of Arrietty , tajuk movie ni .. Cerita dia mengenai dua dunia .. Ala ala Peter Pan tapi lagi sweeettt gituu .. hahaha ..
Cuba la download tapi layan guna hp yang berkuasa tinggi cam HTC aku ni .. Hahaha .. Guwau jer.. Tapi serius , kalau tgk guna earphone lagi layaaann… Sound dia mmg best wooo .. hehe ..
Nak try download ? Cuba g kat SINI ..
Mungkin ada dikalangan bloggers yang ingin bertukar ke wordpress dan tercari-cari penyedia hosting terbaik di Malaysia. Di Malaysia terdapat beratus ratus kompeni yang menyediakan perkhidmatan hosting, ada yang murah dan ada yang mahal. Tetapi berapa banyak yang dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk pelanggannya?
Disini aku ingin berkongsi syarikat hosting milik 100% bumiputera yang menyediakan perkhidmatan hosting yang bagus. Hosting yang ditwarkan sangat murah dan berpatutan. MTA Solutions | Malaysia Web Design dan Hosting. Syarikat ini bukan sahaja menawarkan khidmat hosting malah khidmat bina blog, laman web, ecomerce, dan juga graphic design. Jika korang nak tempah banner bolehlah kontek mereka.
Malaysia Web Design dan Hosting
http://mtasolutions.com.my/
http://www.facebook.com/mtasolutions
Serius , mmg menarik la blog ni .. Menarik kerana blog ni bukan saja melibatkan resepi masakan tetapi hasil kerja seninya juga mendpt penghargaan ! Perghh .. Sapa sangka kan ?
Itulah .. jika kita berblog kerana minat , pasti akan ada pihak akan nampak hasil usaha kita .. Macam kawan blogger kita ni , Diana @ Melley Mey .. haaa .. kan dah dihargai hasil seninya .. Puas kan bila dapat penghargaan cam ni ..
Bukanlah pujian atau populariti yang dicari sebenarnya oleh blogger tetapi kadang kadang , sedikit penghargaan tu membuatkan mereka lebih bersungguh sungguh untuk menghasilkan idea idea yang lebih kreatif terutama dlm bidang fotogrofi ni ..
Sapa sangka kan ? Jom g tengok blog kawan kita ni , SKYBLUEMELLY ..
Cari pampers si Qhaliff kat Alamanda .. Tarakkk size S .. Qhaliff guna size tu .. Dah nazak dah pampers dia .. Yang ada dalam simpanan , size M .. Tapi tak leh la nak pakaikan lagi .. Huhu ..
Pastu wife bagitau , kawan dia cakap kat Presint 9 tu ada satu pasaraya jual pampers dan barangan baby ni .. Dia ajak aku g sana .. Aku okeh kan jer ..
Sampai kat situ , cam biasa laa .. aku kena tunggu dalam kereta dan jaga Qhaliff .. Dan 5 minit kemudian , wife muncul dengan dua bungkusan pampers seperti yang dicari kitorang selama seminggu !! Hahaha ..
Murah ke ? Wife kata murah la dari kat Carrefour Alamanda tu .. Masa beli kat Carrefour tu , dia kata masa sale .. Tapi kat sini , tak sale pon dh murah..
Patut ramai ibu ibu kat kedai tu .. huhu ..
-Entri iklan berbayar-
Untuk entri kali ni .. aku nak tulis pasal fesyen plak .. Bukan apa .. Pembaca blog ni ada juga wanita .. Jadi aku nak selitkan la sket nasihat untuk kaum Hawa ni ..
Kalau ade awek tanya aku la kan ... pada pendapat aku sebagai sorang lelaki ni .. lagi cantik kalau orang perempuan ni pakai pakaian bersopan ... kn lebih elok mcm tu! Dari terdedah sana .. ketat plak kat sini .. Aku yang tengok ni pon .. tak tau nak cakap apa … Geleng kepala jer laa … Haihh ...
Ni aku nak share satu promosi untuk pembaca setia blog aku .. Okeh , camni .. Kalau korang beli dua barang dari butik online ABEERGARDEN ni .. korang akan dapat diskaun 20 ringgit ... Tapi , waktu nak order tu .. korang letak sekali code BEN10 ye !
Jom shopping !!!
Perghh .. boleh papa kedana lagu ni ! Ni baru beli 3 bungkus nasi ayam stim kat Presint Diplomatik utk makan tengahari .. Nak masak , gas memasak dah abis. Jadi g la tapau kat luar jer ..
Tau brapa harga untuk 3 bungkus ni ? Hehehe .. RM21 okeh !! Aku tak salahkan diorang yang jual ni sbb diorg pun bukan nak letak harga camtu .. Ni sewa kedai la punya hal ni ..
Pelik aaiihh .. Yang tinggal area ni dan makan kat sini majoriti penjawat awam .. Apakah gaji penjawat awam ni dikategorikan gaji pemain bolasepak Eropah ??? Adoiii .. Gaji naik la tinggi mana sekali pon , confirm tak cukup kalau gini ..
Nak murah , g makan kat area Bangi .. Sana mmg murah.. Tapi dengan 1 jam waktu rehat , cukup ke masa nak g ?? Kang keluar awal , kata curi tulang .. Balik lambat , kata memontong .. Apa ? Tapau dari rumah jer ? Alahaiiii .. Senang la cakap eh.. Kul berapa lak nak bangun memasak ? Prestasi kerja kena jaga kan ?
Hurm.. tah laa.. jom la ramai ramai jadi blogger sepenuh masa .. Hahaha .. Adoii….
Alhamdulillah , segalanya mmg dipermudahkan Allah untuk urusan Qhaliff ni .. Bermula dari dia sendiri yang tak buat karenah sewaktu berada di Tabung Haji di Anjung , Parcel E Putrajaya , parking kereta , g Mydin dan g tapau makanan .. Baik je.. Nangis tu ada la skit skit .. Biasa la kan .. Tapi mmg senang la cakap kat korang .. Masa sampai kat setiap tempat tu , nampak parking penuh , tapi bila sampai situ , tiba tiba ada kereta keluar dan kebetulan depan tempat destinasi.. Kira tak de la nak menapak jauh .. huhu ..
Dan syukur Alhamdulillah .. segala duit yang Qhaliff terima dari rakan rakan yg datang lawat dia , telah dimasukkan ke dlm akaun atas nam dia sendiri.. Tu kegunaan dia untuk sambung belajar atau ke haji kelak.. Sapa tau kan ?
Nak kena ajar dia menabung dari kecil .. Kot la nak kawin nanti , takde la nak buat pinjaman kan ? Tapi , tamo bagitau kat dia yang dia ada duit tabungan.. Bila dia dah besar dan faham , kena bukak akaun lain lak..Heeh.. Tu untuk dia simpan sendiri segala duit baki persekolahan ..
Dan kalu nak beli kenderaan , pastikan dh bekerja baru beli .. Tamo pinjam pinjam .. okeh Qhaliff !