Biasanya anak sulung ni , neneknya suka mintak untuk mereka jaga .. kan ? Yelah , anak anak semua dah besar .. Takde sapa nak teman.. Jadi , yang ada pon cucu cicit je laa ..
Kalau nak diikutkan pengalaman aku ni la kan , ada la beberapa kes yang mana anak sulung ni diambil oleh nenek mereka dan dibela hinggalah umur beberapa tahun atau ada hingga ke sekolah .. Kesannya , anak tu lebih rapat dari neneknya dari mak ayahnya sendiri. Apa yang jadi selepas tu ?
Apa yang aku nampak biasanya , anak tu akan lebih suka menyendiri atau wat hal sendiri dari bergaul dengan adik beradiknya kerana sejak kecil lagi terpisah.. Amat sukar untuk ‘kembali’ beramah mesra dengan adik adiknya yang lain .. Dan , mulalah ada yang degil takmo dengar cakap.. Masalah kan ?
Korang yang dah kawin dan ada anak ni , mesti ada pengalaman camni kan ? Camana nak handle kes gini kalau mak ayah kita mintak nak bela atau sekolahkan mereka di tempat mereka ?