Artis kononnya boleh pengaruhi peminat mengundi .. Eceh .. Yeke ? Aku tengok skang artis makin kelam kabut jer .. Camana tu ? Nak pengaruh apanya .. Bila bagi komen atau pendapat pon , serupa budak sekolah punya komen. Rasanya budak sekolah punya pon lagi bagus .. Maaf yer .. Memang bukan semua tapi sedikit sangat artis yang berilmu dan mampu berfikir dengan bernas ..
Ok , lari tajuk pulak .. tapi tetap ada kaitan . Kalau ikut dari poll yang aku buat di blog sejak minggu lepas dan bakal tutup 2 hari lagi , nampaknya jumlah yang TAK NAK MENGUNDI amat tinggi sekali ! Yang TAK NAK MENGUNDI jika digabungkan dengan yang bakal buat undi rosak , sebanyak 70 dari 241 undian , setakat ini . Yang lain masih amalkan UNDI ANDA RAHSIA (kononnya la ) ..
BN dan PR masing masing ada pengaruh tersendiri . Antara yang inginkan perubahan atau ok dah kerajaan skang ni … Yang satu , asyik dok tabur duit .. Yang satu lagi , dok keluarkan macam macam cerita .. Hehehe .. Mana satu anda nak ? Terpulang ..
Namun begitu , yang berdiri atas pagar ni seperti TAK NAK MENGUNDI atau UNDI ROSAK inilah boleh buat perubahan .. Mereka masing sangsi dengan kejujuran kedua dua parti ni haaa .. Nak percaya mana satu ? Duit , tak makan umpan punya ! Cerita mengaibkan , membosankan !
Apa yang mereka nak , aku rasa je laa .. Kot laa .. KETULUSAN , KEJUJURAN , AMANAH dan SIKAP TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ..
Sayangnya , takde dah pemimpin cam ni skang ni .. Kalau ada pon , leh kira sangat .. Tak lebih dari 10 batang jari kita ..
Kesian kita kan ?