Bongsu : Long , lama lagi ke ?
Ngah : Diam la..
Along : Lama lagi .. Kang nak masuk waktu buka , along kejut la.. Dah dah .. Tidur ..
Acik : Zzzzz .. Blurppp .. Ops .. Terkantoi lak ..
Bongsu : Long , lama lagi ke ?
Ngah : Diam la..
Along : Lama lagi .. Kang nak masuk waktu buka , along kejut la.. Dah dah .. Tidur ..
Acik : Zzzzz .. Blurppp .. Ops .. Terkantoi lak ..
Pilihan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13 : #14 : #15 : #16 : #17
Apakah makanan yang boleh membuatkan kita tertelan air liur bila melihatnya ? Kalau aku la kan , maggie .. Tu dulu laa.. Confirm aku tergugat abis bila ternampak maggie atau terbau maggie bila jiran sebelah umah tak puasa makan . Hahahah .. Tu zaman sekolah laa.. Spesis .. Tapi aku cekaalll .. Cekalll woo .. Hahaha .. Dan yang bawah ini ..
Terliur beb ! Confirm !! Dia punya masam .. adusss … Tapi bahaya pada perut dan usus kita sebenarnya kan ? Huhu ..
Ok .. Jom kita tengok apa makanan pilihan aku hari ini ..
KERABU !!
Dan banyak lagi laaa kerabu yang ada kat blog HANA MEMORIES ni .. huhu .. Pelbagai resepi makanan adaa haa..
Sedapp kan ?
Dah bangun terus aku lepas subuh tadi. Sahur pon terlepas . Bangun , terus buat kerja skit sementara si kecil ni masih tidur .. Ikutkan , dia pon dah bangun tapi ‘ditidurkan’ semula dek mak dia .. Dan dijangka akan bangun semula jam 9 lebih nanti ..
Seperti baby lain walaupun ada yang tak kisah tapi Qhaliff ni kalau siang hari , tak leh dengar bunyi yang berdesing cam bunyi ‘klik’ .. Tapi bunyi tv , ok jer dia.. Pelik aihh ..
Jadi ,kena la aku bergerak dengan perlahan lahan .. Kalau dia nyenyak , senang sikit aku nak wat kerja kerja aku antaranya sambung tidur jap .. hehe .. Ni pon aku duduk kat sebelah dia sambil update blog ..
Huh ! Jiran sebelah pulak dok main loceng ! Adeh …
Tampil berbeza aidilfitri kali ini ketika berhari raya @ menziarahi sanak saudara @ menghadiri majlis rumah terbuka dengan Jubah Habibi ..Pelbagai warna, material, dan saiz boleh didapati di Habibi by Alkenali
Utk pengetahuan anda , size terdiri dari 36(s) hgga saiz 52 xxxxxxl-6xl .Jadi , semua org boleh gayakan jubah Habibi by Alkenali (yeay)
Jubah Habibi ni inspirasi Arab Eropah namun disesuaikan dgn masyarakat dan cuaca di Malaysia.Habibi by Alkenali juga mempunyai pengedar @ wakil jualan di hampir seluruh malaysia. juga di Brunei dan Singapore.
Kalau nak beli secara online pon boleh, boleh pm di Habibi by Alkenali atau hubungi terus Habibi Hotline ~ 012 655 3974. ~
Untuk promosi Ramadhan kali ni , free pos ke seluruh Malaysia.
Dah lama la Ben oiiii ..
Huih .. Nampak sangat aku ketinggalan zaman ! Hahahah .. Bukan tak amik tau tapi terlupa nak amik tau .. Hahaha .. ALASAN ! Hehe.. Terlepas pandang jer .. Ni baru aku tau selepas ternampak gambar dia kat FB mana tah .. hehe ..
Chong Wei ditauliahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM ) berkuat kuasa 1 Mei tahun ini.
Terbaik ! Contoh yang patut diikuti oleh kita semua terutamanya dari semangatnya yang senantiasa berjuang habis-habisan menentang ‘musuhnya’ . Kalah menang , belakang cerita. Yang penting , berjuang hingga titisan terakhir !
Anda antara contoh rakyat Malaysia yang terbaik ! Tahniah ..
Diberitakan bahawa anjing dari spesis bull dog ni cuma merapati seekor landak lalu diserang dari jarak dekat oleh landak tu . Dipercayai hampir 500 duri landak telah dilancarkan oleh landak tersebut.. Lalu jadilah muka anjing tu seperti yang korang lihat tu haa.. hehehe .. siaann ..
Landak tu nak g minum air kat kolam di rumah tuan punya anjing ni haaa .. Anjing gatal nak g kacau la kot.. Kira nak tunjuk kat tuan dia yang dia buat keja .. Agaknya nak halau la tuuu .. Mesti dok “Goooong …gooongg ..goooong .. “ .. Bengang dengan bunyi bising jarak dekat , tu yang dpt hadiah harijadi kot ..
Kira pasni , ada akai la skit kot anjing ni .. hehehe ..Insaf eh Bella ?
Siann .. masih ada baki duri dlm badan tu yang tak bleh nak dikeluarkan .. Huhu.. Lain kali , ingat yer .. Bukan awak je ada gigi nak gigit orang .. hehe …
Hurm.. sian dia petang tadi .. Menangis memanjang .. Terlalu mengantuk tapi tak leh tidur dia .. Tak puas susu .. Tau sangat .. Bagi byk dah tapi sbb ada yang susu berbau tu yang buat dia tak puas .. Kena tunggu mak dia balik gak baru dia puas ..
Yup.. mmg betul pon .. Lepas mandikan dia , mak dia susukan dia .. Tak sampai 5 minit .. Zzzzz … Sian dia .. Haihhh ..
Nak tengok video Qhaliff ‘bercakap’ , klik SINI
Kul 9 pagi , selepas aku mandikan Qhaliff .. Cam biasa , aku akan bagi dia susu selepas dia puas bermain ..
Botol pertama , dia minum dengan begitu berselera. Hampir aku nak rasa gak sbb macam best jer .. Tapi teringat puasa , aku batalkan niat aku tu haa .. Hampir hampir jer wooo .. Hahaha ..
Kemudian , Qhaliff nangis lagi .. Aku tau , dia mesti ngantuk dah tu tapi memandangkan nurse semalam suruh kasi minum susu banyak banyak , aku kasi sebotol lagi . Tapi aku tau , dia takkan abiskan . Paling tidak pon , 1 aun jer .. Tau sangat perangai tak cukup makan ni diwarisi dari sapa ! Hahaha ..
Peliknya , botol ke dua ni dia tak nak minum sangat .. Dia biarkan meleleh jer dan kemudian merengek nak lagi .. Aku pelik laa.. Masam ke susu ibu ni ? Menurut wife , baru lagi susu tu.. Dalam sehari je pon .. Segar dari ladang tuuu ..
Aku bukak dan bau . Ehmm… ada bau tapi bukan bau masam .. Kalau ada bau masam pon , mesti dari ketiak aku .. Huhu ..
Jadi , aku kensel je la kasi susu dan tidurkan Qhaliff .. Lena kooo .. Huh .. saja jer nak dera aku .. Tapi susu tu ?
Tunggu wife balik waktu lunch je untuk dapatkan jawapan .. Nak rasa sendiri , aku pon tak tau camana .. Aku confirm bedal jer .. hehe .. Tak tau mana segar mana masam .. Janji kenyang . Sakit kemudian cerita .. huhu ..
Kul 1 petang .. wife balik untuk menyusukan Qhaliff .. Aku cerita kat dia .. Suh dia test .. Dia kata tak masam .. Memang kekadang ada susu mengeluarkan satu bau .. Dia tak leh nak jelaskan bau apa tapi memandangkan segala maklumat di hujung jari kita , maka janganlah malas untuk mencari maklumat .. heehe ..
Terjumpa satu kes di susuibu.com ..
“ Di rumah saya hanya mempunyai fridge 1 pintu. Susu yang saya bekukan saya akan gunakan dalam tempoh seminggu kerana was-was dengan keadaan susu tersebut. Tetapi ada susu yang disimpan seperti berbau kuat walaupun baru 3-4 hari disimpan. Adakah susu tersebut masih elok coz sayang nak buang atau tanda susu dah tercemar. “
Dan jawapannya ..
“ Insya Allah, EBM itu masih boleh digunakan, untuk pengetahuan puan, susu yang diperah akan berbau tengit kerana tindakbalas enzyme yang terdapat di dalam susu (dikenali sebagai lipase).
Lipase - enzim yg bertindak mengurai/memecahkan lemak dalam susu ibu supaya lebih mudah dihadam oleh bayi. Lagi tengik susu itu, lagi tinggi kandungan lipase yang terdapat dalam susu itu.
Ia akan menyebabkan perubahan rasa pada susu tersebut. W/bagaimanapn susu itu tidak memudaratkan bayi apabila diminum. “.
Woooo .. baru aku tauuuu .. Maka segala persoalan aku telah terjawab.. Tapi , camana nak tau susu itu masam atau tidak eh ? Ada tips tak ? Kira tanpa perlu rasa laa.. Maklumlah puasa.. Kang aku rasa , aku bedal semua .. hahahah ..
Terbongkang lepas dapat susu ibu segar dari ladang punya .. huhu..
Ada yang tanya aku , tak bosan ke duduk rumah je ni ? Kalau tanya aku sblm bergelar Mr.Mama ni , serius best giler duk umah .. Skang ? Bukan tak best , tapi otak beku beh ! Bekuuuuuu …
Bila dok pikir menda macam ni , teringatlah kat akak akak suri rumah sepenuh masa tu haa .. Alahai , patutlah diorang gembira bila suami mereka ajak keluar .. Kematu dah bontot duk rumah .. Bila dapat keluar tu , otak cair serta merta .. Tak payah g jauh pon , asalkan keluar dari rumah .. kan kak kan ? Apa ? Bukan semua eh ? Kalau bukan semua , bagus la … hehe ..
Tapi si suami ( bukan semua laa .. Ayat ni perlu ditekan kan sebab akan ada yang kata , “ Nasib baik suami saya bukan gitu .. “. Alahai .. Umum kak oiiiii .. umum .. ) biasanya akan bagi alasan hari cuti tu laa nak berehat kat rumah .. Maka , si isteri masih lagi bekerja walaupun pada hari cuti.. Kesian kan ?
Apa salahnya , tiap tiap hujung minggu bawa keluarga keluar beriadah .. Penat camana pon , segalanya akan hilang bila melihat keluarga tercinta gembira bersama sama .. kan kan ?
Sementara ada masa ..
Pilihan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13 : #14 : #15 : #16
Pilihan aku hari ni , sotong ! Hehe .. Sotong sedappp wooo .. Macam macam resepi boleh dibuat dengan sotong ni haa .. Antaranya ?
Dan banyak lagi laa .. Semua ni , korang leh jumpa kat blog kak Yatie .. Jangan terliur yer .. hehehe ..