Kelantan tewas pada Terengganu , 2-0 pada perlawanan sulung saingan Piala Malaysia 2012 yang baru berlangsung hari ini dan aku sempat menonton di kaca tv buat kali pertamanya setelah entah berapa lama tak tengok bola . Dan menariknya , aku tonton perlawanan tu bersama ahli keluarga wife aku yang terdiri dari penyokong Kelantan dan buat tambah menariknya , kitorang menonton di Jerteh , Terengganu .. umah abang ipar aku yang mana isterinya orang belah situ la .. Hahahah .. Kelantan vs Terengganu .
Komen aku tentang perlawanan tu ? Ala, bola je .. Aku tak de la tahap beria nak tumbuk meja atau nak caci keeper yang mungkin terlebih air 100 plus tu kot.. Hahaha.. Sowi sowi. gurau jer.. Masing masing dah beri persembahan menarik dan sepenuh hati. Yang penting , main biar ikhlas .. kan kan ? Kira setara dengan gaji la.. heh..
Tu bukan isunya .. Isunya sewaktu separuh masa pertama , aku sekeluarga berangkat pulang ke Kok Lanas .. Dalam perjalanan tu , kebanyakkan kedai makan penuh dengan pelanggan dan tv mereka hanya memaparkan perlawanan bolasepak malam ini .
Wow ! Sesungguhnya bolasepak Malaysia sangat menjana ekonomi para peniaga di Kelantan ni . Aku tak tau la kalau game lain yang melibatkan liga luar , penuh begitu .. Sebab aku nampak apa yang aku nampak skang ni laa .. Tapi kalau kat KL tu , mmg penuh memanjang , asalkan ada bola bergolek kat tv tu ..
Dan aku dapat saksikan sememangnya mereka bersungguh terhadap pasukan mereka . Hehehe..The Red Warriors ..
Jangan cerita suasana negeri lain sebab aku tak nampak .. Haaa .. Kalau nak bagitau , boleh jer .. Aku cerita apa yang aku nampak , okeh ?
Nasib baik aku pencen dah .. Takat layang layang gitu je deh .. hehe.. Dan dan ganu terus aku .. hahahaa .. larik larik ….
Aksi Qhaliff sewaktu beraya di rumah Fifi Sazali dan Rtp Farra Farisha yang mana Qhaliff di dukung oleh ayahanda dan diapit oleh bonda mereka ..
Ngan Tok Ma dia .. Pun wat muka gitu .. Nak kena agah baru beria gelak .. Adeh .. Tapi tu pon bergantung pada mood ketika itu .. hahaha ..
Ngan Wan dia pon gitu. Orang lain puas senyum , dia wat dek .. Hurmmm.. Ikut sapa punya perangai la nehh !
Tapi kalau dia senyum , confirm ikut muka aku ! Cerita banyak , tarak !
Sebelum kemunculan Qhaliff dalam hidup aku , Ammar terlebih dahulu menjadi penyeri blog aku ni. Ramai kenalan blog aku ni , kenal dah Ammar dan juga telatahnya. Huhu.. Serius , mmg tak berubah hingga sekarang . Bijak dan nakal !
Dan Qhaliff menjelma namun Ammar masih lagi punya isu dlm blog aku ni haa.. Takkan nak ketepikan dia kan ? Tak baek la gitu kan kan ?
Apa akan jadi bila dua dua bergabung ?
Jadi ? Jadi tidur je laaa .. Hahaha .. Aku tak tau la camana diorang akan buat aku jadi huru hara dan nak pura pura mengamuk nanti ! Hahahah.. Kena jadi garang , baru diorang takut .. Padahal dalam hati ada taman .. Huhuh…
Wow .. Tak sangka sebenarnya . Tapi segalanya bermula bila aku terima kehadiran Qhaliff . Aku , antara orang yang malas nak berjalan terutamanya g umah orang yang aku tak kenali atau sekadar kenal gitu gitu.
Tapi sejak Qhaliff muncul dalam hidup aku , aku seolah punya satu semangat apatah lagi bila ramai rakan rakan yg sudi jengok wife di hospital , datang rumah , kirim hadiah dan sebagainya. Semua itu membuka mata aku , persahabatan tak semestinya kita berkawan bertahun lamanya.
Jadi , semalam aku dah g ke rumah kawan FB , RTP FARRA ARISHA dan hari ni pulak aku membalas kunjungan Yuyu Atiqa yang mana aku terkejut dia datang melawat Qhaliff pada awal kelahiran dia . Dan esok aku nak g kenduri kawin seorang lagi kawan blogger yang mana aku cuma berbalas komen FBnya ..
Sapa sangka kan ? Dunia yang terbentang luas , hanya kecil di dalam satu pengantara .. Bertemu , berkenalan dan berkawan .. Dan sangat terharu akan persahabatan ini .
Tu belum lagi ke Penang , Johor , Kuantan dan sebagainya .. huhu .. Banyak rumah nak serbu tahun ni .. heheh .. Membalas segala penghargaan mereka walaupun tak seberapa .. huhu .
"Mama .. tok bela kuda tu , leh makan ker ? "
Bayangkan kalau takde zoo dah ..
Ke ladang getah mana tahhhh .. Tujuan asal nak ke rumah kawan blogger yg terletak berhampiran Hospital Machang .. tau tau .. tu diaaaaa ..
Cukur abis botak tak silap selepas buat cukul jambul .. Ni dah masuk 4 bulan lebih .. Rambut lebat kalah rambut aku ni haa .. Ekekeke .. Aku mmg laa .. Gugur dah rambut .. huhu ..
Rasa macam kasi botak jer .. Tapi aku laa .. hehehe ..
Ni sapa punya besday ni ? Awak baru 4 bulan ++ Qhaliff oiii .. Cam biasa , kalau dia dah mula masukkan jari dalam mulut tu , tu tanda dia dah mula bosan . Kalau tak amik tindakan segera untuk pulang , siap sedialah untuk mendengar suaranya !
Tapi itu hanya berlaku selepas 1 jam lebih .. Kira dia ‘bagi muka’ dulu laa .. Kalau tak ? Hehehe … Anda menyesal !
“ Boleh ke kau sara keluarga kau dengan blog ni ? “
Bila aku menyatakan hasrat aku menjadi blogger sepenuh masa , ada yang tergaru garu kepala. Betul ke tindakan mamat ni ? Giler ke apa ? Berapa sangat la pendapatan dari blog ni ?
Bukan nak bercakap riak atau angkuh tapi bak kata orang bijak pandai , rezeki ni ada di mana mana . Kalau takde tangan , kaki ada .. Kalau takde kaki dan tangan , selagi ada akal selagi itu kita boleh usaha. Janganlah ingat kena ada kepakaran serta kudrat saja baru boleh mendatangkan rezeki . Kena usaha , doa dan tawakal. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.Kita tak tau camana bentuk rezeki kita tapi apa yang kita tau , kita perlu mintak dari-NYA !
Banyak contoh yang aku nampak depan mata aku . Jiran aku yang membesarkan anak anaknya hanya dengan menyara nasi lemak ! Siap dapat renovate rumah lagi wooo .. Tu pon dia tak cadang nak perbesarkan lagi bisnisnya. Cukuplah makan anak beranak ..
Sebenarnya rezeki yang Allah dah sediakan untuk kita ni mencukupi tapi ada yang tamak haloba. Dari halal dan berkat , dia nk jugak amik yang haram tanpa fikir baik dan buruk pada keturunan dia ..
Sapa tak nak kaya kan ? Tapi yg penting kita bahagia dengan apa yg kita ada .. Kalau nak kaut segalanya , satu dunia ni pon takkan cukup ..
Dengan akal kurniaan Allah , kita mampu hidup selagi kita nak hidup !