Alhamdulillah ..
Susu Qhaliff mmg tak mencukupi untuk dibuat stok simpanan. Apa yang ada , cukup untuk hari tu saja.
Semalam , sepatutnya ada satu projek luar untuk aku buat . Pening camana nak standby susu Qhaliff , kurang kurang 7 botol untuk sepanjang hari yang mana aku plan nak tinggalkan Qhaliff kat umah mak aku .
Wife dah plan jika terpaksa , sediakan susu formula jer.. Dah tak de pilihan memandangkan dia pun kena hadiri kursus jangka pendek di kawasan berhampiran.
Mungkin rezeki kali ni milik Qhaliff , projek aku tu batal dan ini bermakna aku duduk je kat rumah bersama Qhaliff.. Secara tidak langsung , bekalan susu mmg memadai untuk sampai tengahari jer dan wife balik waktu lunch untuk bagi bekalan seterusnya. Kira dia g pam kat tempat dia tu la.. Curik curik masa gitu .. Jadi untuk hari Rabu , mmg cukup cukup untuk Qhaliff sehingga petang .. Alhamdulillah ..
Dan , masalah tak selesai lagi. Semalam baki susu ada 2 auns jer. Pelbagai usaha dan cara dah dibuat. Namun tak banyak .. Aku redha jer ..
Entah camana , awal pagi tadi sebelum subuh , wife terjaga dan nak pam susu .. Sesungguhnya ALLAH Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .. DIA bagi satu botol penuh untuk Qhaliff , sekali pam yang mana sangat sukar dapat .. Memang rezek Qhaliff sungguh. Pastu dapat lagi sedikit , menjadikan stok cukup untuk setengahari.
Dan seperti biasa , lunch dia balik dan bagi utk stok sebelah petang. huhu.. Aku pun legaa .. Kalu boleh tak nak bagi lagi susu formula hingga dia 2 tahun .. Kenapa tak nak bagi susu formula ? Search je jawapannya dalam blog aku ni ..
Dikala kita kesempitan , mohonlah pada ALLAH .. Sungguh sungguh minta padaNYA..