Mula-mula aku tengok filem yang aku download free ni , cam biasa je la .. Takde la yang buat aku teruja sangat .. Tapi tiba-tiba ternampak mamat bawah ni !!
Ahhh .. sapa dia ni !! Macam aku pernah tengok jee dia .. Adoi.. Lupa laaa .. Sapa eh ? Sapa ?? Puas aku recall .. Hampeh .. tak teringat .. Nak kata ada kaitan dengan aku , ada la skit terutama tang rambut tu .. Tapi part lain takde laa .. huhu ..
Makin lama aku layan .. baru aku dapat kenalpastiii .. heehhe .. Rupaanyaa .. heheh .. Dan filem tu automatik jadi best ! hahahaha .. Bengong kan ?? Whopsss.. aku bukan gay okeh ! Aku suka gaya macho dia dalam filem THOR dan THE AVENGERS tu haaa ..
Berbalik pada filem ni .. Filem ni berbeza dari SNOW WHITE yang aku tahu la.. Aku ingat macam yang pernah aku tengok tu.. Maklumlah , aku ni bukan kaki novel omputeh .. eheh..
Kesimpulan , movie ni berbaloi untuk disimpan sebagai koleksi .. Ala , download je pon.. Tapi kalau beli ori blue ray pon , lagi menarik .. hehehe .. Tv 62 inci ? Perghhhhhhh .. Sound systems ? PErghhhh .. aku ada gak .. HD with Dr.Dre beat audio lagii .. lalalala ..
“ Qhaliff jatuh ?? Opss .. abis laaa … “ .
“ Eleehh .. tu pun nak cerita ?? Anak aku jatuh , rileks jeer .. “.
Waahh .. ada ke orang cakap gitu ??? Wallahualam .. Abis tu aku buat cerita je ke ? Mungkin la kot .. Saja nak bukak mata skit mata aku ni haaa ..
Ok ok ..tak pee.. Sekurang-kurangnya kan , bila aku buat entri begini , ada rakan pembaca alert akan babynya supaya lebih waspada pada masa akan datang .. kan ?
Bila kita membaca , kita jadi bijak skit atau bijak banyak . Apakah dia sedang bercerita atau sedang menyampaikan maklumat dalam diam ? haaa …. Tersirat la maknanyaa ..
Kalau baca sambil lalu , maka ibarat bagi chicken chop pada kucing je la ..
Hari tu aku ada buat aduan pada SKMM dan juga FACEBOOK . Rakan-rakan dunia maya pun ada juga membantu membuat aduan. Jutaan terima kasih pada mereka . Semua Allah berkati kamu semua ..
Dan tadi aku dapat respon dari SKMM .. Walaupun aku malas amik tau , tapi aku tetap g check gak laa ..
_______________________________________________________
Tuan,
ADUAN BERKENAAN PENYALAHGUNAAN GAMBAR MELALUI AKAUN FACEBOOK:
https://www.facebook.com/harith.iskandar.5249
Merujuk aduan pihak tuan yang diterima berhubung perkara di atas.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (”SKMM”) telah meneliti aduan tuan mengenai profil Facebook yang telah menyalahgunakan gambar peribadi diri tuan melalui pautan di atas.
Sepertimana yang pihak tuan sedia maklum, laman rangkaian sosial Facebook ini beroperasi di luar Negara. Oleh yang demikian, pengalihan sebarang kandungan jelik/lucah/fitnah ataupun palsu dari rangkaian Facebook adalah bergantung kepada syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak rangkaian sosial tersebut.
Walaubagaimanapun, pihak SKMM mendapati kandungan yang diadukan melalui laman berkenaan telahpun dikeluarkan/dialihkan dari laman terbabit dan tidak lagi boleh diakses oleh para pengunjung.
Pihak kami berharap penjelasan di atas dapat menyelesaikan isu yang disuarakan oleh pihak tuan.
BIRO ADUAN PENGGUNA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
________________________________________________________
Buat mana mana rakan yang dianiaya , sila ke laman web SKMM untuk buat aduan terutama mereka yang menjatuhkan maruah kita di dunia maya ini .. Nak saman pon best kalau tau sapa yang buat kan ? Leh beli kapal terbang remote control satu .. kan ? Hehe ..
Di Klinik Presint 9 utk check up 6 bulan . Nak tau perkembangan dia terkini .. Orang tak ramai pon..
Teringat satu kes semalam , ada sorang hamba ALLAH ni hangin hangin kat hospital. Katanya dia tunggu ubat sakit anaknya hampir sejam lebih .. Dia bebel dan isterinya menyanyi perlahan menghiburkan hati ( lebih pada cover line ) .. Dia kata servis dah bertahun pun lembab ! Hurm .. Nak cepat g la klinik !
Sambung .. Dah masuk jumpa nurse .. Dia tanya nak cucuk tak memandangkan Qhaliff belum sihat sangat .. Aku mintak tangguh takut dia demam .. 2 minggu lagi dtg semula ..
Dari Hmetro Online ..
“Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.
Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.
Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.” .
Pernah aku dengar sendiri pembikin filem kata , mereka mengambil kejadian dari masyarakat sebagai idea untu membikin filem filem terutama yang bercorak gengster .. Hehehe .. Agaknya pasni ada kot pembikin filem buat filem gini ?
Baru baru ni , ada la aku duduk minum dengan seorang rakan .. Katanya dia kecewa dengan satu drama bersiri yang ditunjukkan dalam tv yang mana ajinomtonya terlebih hingga membuatkan mereka sendiri tertanya mengapa drama tu dibikin sedemikian rupa sedangkan hakikatnya tidak sama sekali ..
Bila aku kata pembikin filem atau drama ( bukan semua ) pentingkan diri sendiri dan hanya pentingkan soal keuntungan dari soal moral masyarakat , mereka menemplak mengataka kita tak sokong mereka dan sokong filem luar ! Akai ada ka bro ?? Pikiaq sebelum bagi kenyataan. Apa guna lu untung berjuta tapi yang lu hasilkan impaknya negatif ! Positif ? G tanya penonton sendiri apa yang diorang dapat lepas tonton filem tu ! Ingat penonton ni ahli pemikir ke ?
Ni gambar malam semalam .. Aku tidur lewat sbb tak leh tidur. Dok tengok dia jer .. hurmmm
Alhamdulillah , lebam dia surut .. Petang karang nak g buat check up untuk 6 bulan lak ..
Maaf la yer .. Mungkin ada yang kata “ Alaaa , jatuh katil jer pun .. “, tapi ada yang terlupa ada bayi meninggal dunia atau koma kerana terjatuh … Jangan pandang ringan bab jatuh jatuh ni walaupun pada orang besar ! Sebaiknya dapatkan rawatan susulan pada pakar.. Tak kisah la rugi masa skit dari menyesal seumur hidup kan ?
Awal pagi lagi dia dah bebel …main seolah takde apa yang berlaku kat dia semalam .. Hurm .. kena jaga dak ni.. Tak reti takut ni yang bahaya .. Ada gaya ikut perangai abang aku yang tak reti takut langsung .. Yang jadikan kala jengking hutan sebab binatang peliharaan .. Yang suka repair sana sini hanya lihat apa org buat .. Ada harapan dak ni ikut ! Tu kena pantai .. Bapak dia , lain lak .. hehe.. Pikiaq beribu kali sblm buat .. Bukan takut , tapi malas nak terlantar kat hospital .. huhu ..
Terima kasih pada kawan kawan yang sudi doakan kesejahteraan Qhaliff..
Aku pakai baju .. Keluar dan hidupkan enjin kereta .. Tak tau nak kata apa .. Benda jadi sepantas kilat. Qhaliff dah tak menangis .. Lebam di dahi dah surut sedikit tapi tetap perlu ke hospital sbb perlukan rawatan dengan lebih rapi terutamanya part retak atau kecederaan dalaman ..
Nak bebel ? Hurm .. ada gak la sedikit sbb aku seringkali bagitau wife sila gunakan KALAU bila nak lakukan sesuatu. Walaupun tak bagus tapi sekurangnya ia membuatkan kita waspada ..
Perjalanan ke hospital ditemani airmata kekesalan dari seorang ibu ..Dan Qhaliff , asyik merenung aku .. Seolah dia tau aku sedang bercampur baur perasaan ..
Sesampainya di hopital bahagian kecemasan , wife terus g ke bahagian pendaftaran. Qhaliff , ceria aja ! Lega sedikit hati aku . Sekurangnya dia tak menangis lagi atau muntah .. Nak gak dia senyum senyum dan main ..
Lama gak nak tunggu giliran Qhaliff sampai walaupun sekadar 2-3 orang . Maklumlah , kecemasan. Ramai lagi teruk waktu tu .. Aku tunggu kat luar sambil dukung Qhaliff.. Gurau ngan dia .. Takut dia fobia.. Alhamdulillah , ok dia .. Sengih sengih tapi tak beria sangat bermain. Mungkin sbb menangis tadi kot ..
Wife , kat dalam lemah. Dia ada tekanan darah rendah .. Dia kata dia nak pitam tadi sbb takut sangat . Aku suruh dia duduk rehat ..
0042 dipanggil.. Doktor bertugas sangat baik sekali .. Dia tanya itu ini, Dia cek Qhaliff .. Pastu arahkan kami ke bilik X Ray untuk scan kepala dia .. Dan kemungkinan Qhaliff akan di tahan di wad untuk pemerhatian.
Keluar dari bilik doktor , terus ke bilik X-Ray. Takde pulak staff bertugas.. Lama gak duduk situ.. Hingga jam 730. Aku bagtau wife , aku g solat Maghrib dulu dan dia jaga Qhaliff ..
Selesai solat .. Qhaliff belum masuk lagi .. Hurm.. Aku suruh wife g solat dulu .. Sewaktu aku dukung Qhaliff, ada pengawal keselamatan datang menegur Qhaliff .. Dia tanya demam ke ? Aku jawab jatuh katil . Cool dia je tgk. Mungkin dia pernah tengok lagi teruk kot .. huhu ..
Aku tanya dia.. Takde staff ke ? Ke g solat ? Dia tunjuk kat aku .. Lampu tu , kalau warna kuning , tandanya ada patient dalam tu.. Dan aku ..
“ Ooooooooo .. “
Maknanya ada orang la dalam tu .. Tak lama kemudian , wife balik dari solat .. Dia tanya dah dipanggil ke ? Aku jawab , ada staff tadi amik no giliran Qhaliff ..
Dan aku cerita kat wife tadi ada satu babak menarik sewaktu staff X-Ray tu mintak nombor giliran. Ada satu pakcik tu bersungguh nak dahului aku dengan mengatakan dia sampai dulu dan tunggu lagi lama ..
“ Yer , pakcik ni datang dulu dari saya. Bagi dia dulu la .. “
Aku tercari gak kat mana sakitnya ? Rupanya ibu jarinya kakinya .. Hehe .. Tak pe la.. sakit tenat la kot ibu jari kaki dia berbanding lebam di kepala bayi .. ehehe ..
Dan giliran aku sampai .. Aku masuk dengan Qhaliff .. Wife tunggu kat luar ..
Staff tu bagi tunjuk ajar camana nak pegang Qhaliff untuk dia scan kepala Qhaliff .. Hahah .. Budak ni ! ! Mana dia nak kasi aku pegang tangan kaki dia .. Mula la nak pusing sana sini .. Aku kena agah dia baru dia sengih dan diamm ..
Selesai bab X Ray .. Kembali ke bilik doktor .. Dan tunggu sekali lagi giliran untuk dipanggil masuk bagi mengetahui keputusan X-Ray ..
“ Betul dia tak muntah ? “ . Doktor tanya sekali lagi..
Wife yakinkan dia yg Qhaliff tak muntah . Dia kata kepala Qhaliff takde retak atau cedera di bahagian dalam. Cuma lebam tu jer .. Takde ubat sapu utk itu .Cuma dia suruh kitorang perhatikan dia selama 24 jam.. Takut dia muntah. Kalau muntah , g hospital dengan pantas ..
Keluar dari bilik doktor , aku cium pipi Qhaliff dengan penuh kesyukuran.. Dan dia , seperti biasa .. tersenyum menampakkan lesung pipitnya tu ..
Alhamdulillah .. aku kena waspada dengan budak sorang ni . nampaknya dia tak reti takut. Aku try bawak masuk bilik tu , dan saja saja wat jatuh , dia gelak ! Alahaiiii .. Mak dia dah fobia masuk bilik tu .. huhu ..
6.30 petang. Bersiap nak ke Pizza Huts Kota Damansara atas tiket jemputan .. Aku naik atas mandi dan wife ditugaskan mandikan Qhaliff ..
Selepas mandi , aku terdengar Qhaliff meraung kuat. Sangat berbeza dari kebiasaanya .. Aku rasa macam ada tak kena . Cepat cepat aku turun ke bawah ..
“ Qhaliff jatuh katil ! “ .
Wife dalam keadaan antara percaya atau tidak kejadian tu berlaku depan dia . Aku lagi la tak percaya. Macam mimpi berita tu masuk ke telinga aku ..
Menurut wife , Qhaliff yang dah nak dimandikan yang mana baju semua dah dibuka , dia letak di atas katil dan jauh dari bahagian tepi dan dia ke tandas yang cuma selangkah dari katil tu untuk siapkan air dia ..
Mata dok pandang Qhaliff .. Tapi macam aku pernah cerita dalam entri ni dulu , budak kecik ni pantas benar tindakan dia ! ( Samada dia pantas atau aku yang semakin slow ?? )
Dan .. Tu diaaa .. Bedebuk jatuh tersembam ! Nasib baik ketinggian katil tu tak sampai paras lutut aku pun.. Dan ada tikar mengkuang dilantai .. Kalau simen atau tiles semata ??
Aku g ketuk ais batu dan demah kepala dia dengan secepat mungkin untuk surutkan lebam di dahi dia tu .. Qhaliff menangis sekuat hati tapi pada masa sama , wife menyusukan dia terus .. Dia diam dan hisap susu.. Aku demah dahi dia.. Dia diam ..
Tak sampai 5 minit dia menangis tapi aku tetap macam tak percaya benda ni boleh berlaku memandangkan wife lebih alert bab keselamatan berbanding aku ni !
Malang tak berbau dan perkara dah mmg nak terjadi ! Tak boleh nak tuding antara satu sama lain. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Antaranya aku fikirkan kalau aku mandikan dia seperti kebiasaan yang mana kalau kejadian tu berlaku pada aku , kereta pun takde dan aku keseorangan dirumah .. camana tu ? Atau kitorang ke Damansara dan berlaku sesuatu yang tak diingini .. hurm..
Aku tak nak kata wife salah .. Aku pun salah gak sbb mungkin patutnya kitorang gilir jaga Qhaliff tapi memandangkan sebelum ni ok je Qhaliff , tu yang kami lalai !
Letak dia kat tilam ? Memang pun ! Kitorang tidur atas tilam ( lembek) yang atas lantai jer .. Cuma bila nak mandikan Qhaliff tu baru letak atas katil untuk tempoh 1 minit jer !!!! Sapa sangka dalam tempoh tu , kitorang abiskan masa 2 jam di hospital !
Ok .. nanti sambung apa cerita di hospital ..
Serius la wehhh .. Ni patut buat telefilem jer pun .. Kira layak keluar kat dvd jer .. Kalau keluar kat panggung , boleh bagi gred , er.. gred filem yang kualitinya B jer la.. Nak letak C , kejam pulak .. D apatah lagi kan ?
Aku dah download dan tengok pon .. Pelakon ok sebenarnya cuma jalan ceritanya tu .. Walaupun sekadar komedi atau untuk gelak gelak , aku rasa Mr.Bean atau Karoot Komedia X jauh lebih giler lawak dari filem ni haaa..
Jadi , jangan buang masa korang untuk download filem ni la yer .. Nasib baik aku tonton belah siang filem ni … Kalau belah malam , confirm aku mati keras sbb tunggu babak nak takut !
Walaupun bersifat kontrak jawatan aku tu , ada yang tak sanggup lepaskan kerana ada ura-ura untuk ditetapkan . Aku bukan tak pernah dapat tawaran jawatan tetap tapi tak berminat nak tetap sebenarnya. Tiada kebebasan ! Hahaha .. Bodoh kan ? Tapi itulah aku sebenarnya.. Tak suka terikat ..
Baru-baru ni , bonus untuk penjawat awam diumumkan . Sebulan setengah kan ? Walawei syioknyaaa .. Alhamdulillah .. Ada kawan tanya kat aku , apakah aku menyesal berenti kerja ?
Jawapan aku ? Seriussss .. aku sangat sangat sangat menyesal kalau tak berenti .. hehehe .. Tentulah tidak sama sekali ! Sebabnya , sejak aku jadi penulis blog amatur ni , rezeki aku mmg mencukupi hingga ke hujung bulan. Bukan riak tapi kena usaha keras ! Bukan goyang kaki wooo duit masuk ..
Aku tak la suruh korang berenti kerja kerajaan pon .. Ada yang suka kerja di pejabat dan ada yang tak suka terutamanya diperintah itu ini dan terpaksa angguk .. Haaa ..
Jika ada peluang untuk memeriahkan hidup kita , kenapa tak cuba kan ? Hidup ni sekali jer.. Kena bijak curi peluang yang ada depan mata . Aku tak mampu buat dua kerja sekali gus .. Antara blog atau kerja tetap ? Kena fikir gak keberkatan gaji kita tu , kan ?
Aku suka keadaan skang .. Qhaliff pon depan mata aku 24 jam ..
Rumah aku yang sedang diubahsuai tu sedang diduduki beberapa orang pekerja kontraktor tu .. Bukan tak percaya kat diorang .. Tengok muka pon , ok la .. Ramah bila bertegur sapa ..
Tapi… hurmmm .. risau gak kan ? Mana la tau kot ada yang mahir selok belok pasal kunci dikalangan mereka tu kan ?
Kalau nak tukar , perghhh .. Depan belakang , kena tambah selak lagi .. Solex bapak besar gajah kena taruk ! Dan aku rasa macam nak letak alarm ADT jer ..
Walaupun rumah aku tu yang mahal cuma tv lcd harga RM800 jer .. tapi penyangak bukan kisah pon. Sekali dapat masuk , mmg malapetaka la buat keluarga !
Hurm.. masalah gak kan bila buat ubahsuai rumah ni .. Tapi tu la .. Mana ada senang nak senang kan ?
Anda ada resdung ?
Kulit yang kusam?
Kulit yang tidak sekata?
Kulit yang berjerawat & berjeragat?
Dan pelbagai masalah kulit yang lain?
Dah puas gunakan pelbagai jenis produk skincare tapi masih kecewa dengan hasilnya?
Sudah Terbukti Keberkesanannya.. Saya sudah cuba.. Anda bila lagi ??
" Keberkesanan Terbukti Harus dikongsi Bersama... Jangan di simpan-simpan "
** FREE POSTAGE
** FREE GIFT
CEPAT!!! GRAB NOW !!
Klik SINI
Gambar PERTAMA KALI Qhaliff seusia 1 hari hingga ke 6 bulan .. Lahir , pertama kali naik kapal terbang , pertama kali ibunya mendodoikanya , pertama kali botak , pertama kali beli barang mahal untuk dia , pertama kali tidur hotel , pertama kali berendam di kolam , pertama kali makan dan pertama kali gunting rambut. Banyak lagi ada .. Tu nanti Qhaliff baca je la dalam blog eh ..
Selamat hari lahir yang ke Setengah Tahun yer sayang … Semoga terus membesar dengan jayanya yer.. hehehe .. Daddy pon dok membesar dengan jayanya gak ni ..