Malam malam begini , bila tgk gambar ni , terasa nak kejut dan peluk Qhaliff .. Rasa rindu sangat kat dia ..
Cepat benar masa berlalu ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Malam malam begini , bila tgk gambar ni , terasa nak kejut dan peluk Qhaliff .. Rasa rindu sangat kat dia ..
Cepat benar masa berlalu ..
Sedap la shopping pasni kan ? Hehehe .. Bagi kad jer.. Tak payah nak guna tunai.. Sebelum ni , aku suka bawak tunai g mana mana sbb malas nak dedahkan kad emas debit aku tu .. hahaha .. Emas la sangat !
Menurut satu laporan akhbar Malaysia kini mengalami suatu revolusi kad debit dengan lebih ramai cenderung menggunakan kad debit bagi pembelian harian dan membawa jumlah wang tunai yang lebih sedikit bersama sama mereka .
Ok la kan ? Kalau beg kena cilok , cepat cepat call bank untuk batalkan kad tu .. Haa .. Tapi tak sure lak berapa lama nak dapat kad baru .. hehe .. Buat sementara tu , leh la pinjam dari kengkawan yang masyukkk …
Cuma aku harap , ciri-ciri keselamatan dapat dipertingkatkan terutama ketika membeli ditempat terbuka atau ada menurut satu rakan blogger dalam entrinya , kad debit dapat digunakan untuk mengisi minyak tanpa perlu masukkan no pin pada mesin pam tu .. Ahaa.. Ini tak sepatutnya berlaku kan ? Tapi , kad kredit pun gitu gak kan ? Zasss dan guna .. hurmmm.. Tau tau je , sila bayar .. Sapa suh hilangkan kan ?
Bagi aku , kad debit mmg memudahkan tapi mudah jugak rosak. Bayangkan di kala kecemasan atau ketika nak bayar , kad tak leh guna.. Malu beb kat cashier dan jugak kat orang yang dok beratur panjang .. Mesti ingat kad kita 0 simpanan padahal kad rosak . Yup , penah berlaku pada aku tapi kad kredit la .. hehe ..
Pada rakan rakan pembaca yang akan pulang berhari raya untuk menyambut AidilAdha di kampung masing masing, aku doakan korang semua selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali ..
Aku sekeluarga akan ke Kelantan pada raya pertama sebaik saja selesai solat sunat AidilAdha. Tak tau lagi nak solat kat mana tapi yang pasti kat masjid la.. Hehe.. Samada kat Putrajaya atau Cheras maksud aku .. hehe ..
Selepas tu , baru bertolak ke Kelantan. Kenapa begitu ? Sebab esok wife masih kerja dan nak elakkan tersangkut di tengah jalan .. hehe ..
Aku , seperti biasa akan terus update dan mungkin hari Ahad nanti akan ada satu perjumpaan rakan dunia maya yang terdiri dari blogger , geng facebook dan twitter .. Sesiapa yg ada masa lapang nak join , sila tanya pada JIJI ..
Lokasi : KB MALL
Masa : antara 10-11 pagi
Hari : Ahad ( 28hb )
Rujuk JIJI untuk lebih lanjut ..
Keluar dari bilik rawatan , wife sengih .
“ Menangis Qhaliff .. Mengantuk sangat lagi pun .. “
Masa keluar tu , dia diam dah .. Muka mmg layu dah pon. Aku dukung dia dan terus lena dia .. Sian ..
Plan nak g gunting rambut dia pon tak jadi sbb dok asyik lena gara gara bangun awal pagi .. Hingga berenti kat kedai , siap pass mempass Qhaliff , dia tetap lena !
Sampai rumah .. Lena lagi.. Letak dalam rocker .. Lena lagi.. Hingga kul 1 petang gitu ! Amik kauuu .. Betul punya lenaaa … Patut la menangis .. Kacau dia dok feel ngantuk .. Hahaha .. Sebelum ni ok jer ..
Tak kisah la Qhaliff .. Janji sihat , dah .. kan kan ?
Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un ..
“ Mayat Syaniza Idris, 27, ditemui jam 2.40 petang dalam keadaan berlumuran darah atas tilam dalam bilik tidur utama manakala bayi lelakinya yang dipercayai tidak cukup bulan ditemui berbalut dengan kain dalam bilik air.
Jiran mangsa, Rohaizat Abdul Rahim, 49, berkata, dia meminta isterinya, Normah Ali, 48, pergi ke rumah Syaniza selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat anak lelaki jirannya itu, Mohd Danial Asmadi, 7, yang bersekolah dalam tahun satu pulang dari sekolah dengan berjalan sendirian.
Menurutnya, sebelum ini, setiap pagi arwah keluar rumah menghantar anak lelakinya ke sekolah menaiki kereta sebelum mengambilnya semula jam 12 tengah hari.
Rohaizat berkata, dia difahamkan, suami Syaniza, Asmadi Ahmad, 28, seorang konstabel polis tiada di rumah ketika itu kerana berkursus di Pulau Pinang. “ – Hmetro online
Kesian .. Tak perlu nak tuding jari kerana kita tak tau hal sebenarnya tapi yang perlu kita ambil berat ialah , bila isteri mengandung , suami kenalah bijak mengambil berat terutama bila dia takde kat rumah untuk jangka waktu yang panjang. Kalau singkat , maklumkanlah pada jiran .
Kalau tak perlu keluar macam nak g lepak ngan kawan kawan atau buang masa kat luar ,janganlah buat .. Sian kat orang rumah tu ..
Tak dinafikan ada suami pandang remeh bab ni .. Dia hanya tau bagi nafkah zahir dan batin. Dah cukup ! Part lain , pandai pandai la amik berat sendiri .. Ada spesis laki cam ni .. Kalau dapat , maka si isteri kena pandai pandailah berdikari ..
Takziah buat suami mangsa dan juga keluarganya. AL-FATIHAH.
Ramainya orang.. Tu la.. dtg lambat lg haa.. Appointment kul 8 tp 8 lebih baru sampai gara gara aku liat nak bgn tadi .. hehe..Sapa suh tidur lambat kan ? Salah sendiri la kan kan ?
Nape ngan Qhaliff ? Pemeriksaan rutin jer... Nak tau perkembangan Qhaliff .. Skang dia tau nak langkah .. Kiri kanan kiri kanan bila aku sebut One , two .. sampai 5 tak larat dah .. haha..
Dan cam biasa .. Baiknyaa Qhaliff .. tengok sana sini je dia .. mcm nak berkawan jeer ..
Tidurrr …
Ni baby Tomok yang aku tak pasti namanya .. Pinjam sat ar bro .. Dan bawah ni , kalau tak kenal gak .. Aku tak tau nak kata apa la .. Hahaha.. Cam artis .. hahah .. Yang bawah ni anak aku laa .. Qhaliff Iman ..
Bila baby tidur , jangan ganggu .. Kalau ganggu , maka dia akan balas dendam balik ! Tunggu dia ganggu korang lak dengan suaranya yang seolah sedang berlatih soprano .. hehe .. Siap ler ..
Seperkara lagi .. baby kalau tidur , mmg kiut miut .. Mak apak baby kalau tidur , toksah la amik gambar pastu letak dlm blog .. buruk aihh ..