Lagi 2 hari , genap dia 7 bulan . Cepat benar dia membesar.. Semalam , dia penyelamat amarah aku .. Aku di kala terlalu geram kerana kes beg sandang aku tu , aku terpandang wajah dia yang muram seolah olah mengerti yang aku sedang dalam keadaan marah.
Aku lemparkan senyuman pada dia .. Dia membalasnya dan kembali ceria. Secara automatik , aku tersedar dari hasutan syaitan .. Istighfar dan kembali rasional ..
Kesian kat wife .. Kesian kat Qhaliff .. Tak mengapalah .. Biarlah beg sandang aku tu hilang samada dicuri atau apa saja nak diberi nama asalkan kedua dua insan yang aku sayangi dan cintai ini selamat ..
Betullah kata mereka .. Anak akan jadi penyebab kebahagian rumahtangga .. Harta boleh diusahakan tapi anak dan isteri adalah penyebab kepada segala semangat untuk segalanya ..