Alhamdulillah .. Hari tu ada satu company yang beroperasi di Singapura tetapi pusat utamanya di Jepun telah hubungi aku dan berminat untuk meletakkan banner iklan mereka di blog aku . Sebelum tu pun ada satu company dari Indonesia berminat buat begitu tetapi aku tak berminat sangat sbb takut kena tipu ..
Tapi entah nape naluri aku kuat pada syarikat dari Singapura ni .. Aku pon cuba nasib dgn membalas email dan lengkapkan borang yang mereka lampirkan ..
Setelah 2 minggu aku tunggu , akhirnya hari ni mereka bagi jawapan mengenai permohonan aku tu .. Mungkin mereka nak check dulu blog aku kot.. Kandungan dan sebagainya ..
Alhamdulillah .. Akhirnya diterima bersama javascript yang khas untuk blog aku saja !
Berapa diaorang bayar ??? Hehe .. Biar aku je la tau eh .. Yang penting , kandungan blog jangan dok mengarut untuk kejar $$ .. Ada mata memandang dan bertanya jika blog kita punya tarikan tersendiri ..
Sapa kata cerita biasa biasa tak mampu pikat pengiklan ?? Kalau aku mampu , korang lagi la mampu !
Dan ingat seperkara .. Kalau kita rasa kita berkemampuan ,orang akan cari kita di samping usaha yang perlu berterusan .. Jangan cepat berkata KITA BERJAYA kemudian terus rileks ..