Baca kat SINI utk lebih lanjut ..
Baca kat SINI utk lebih lanjut ..
Huh ! Gatal gusi ehh ? Suka gigit daddy n mummy ehhh .. Apasal baby suka gigit ni ? Ada yang kata , gatal gusi .. Ada yang kata , dia nak explore dengan ‘merasa’ .. Ada yang kata diaorg perasan diorang Edward Cullen .. Macam macam la orang kata .. Apa kata pakar ?
Tadaaaa .. Jawapan dari BABYCENTER MALAYSIA .. hehe .. Baca , jangan tak baca ..
Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.
Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan.
Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.
Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.
Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.
Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.
Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.
Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain.
Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.
Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.
Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida).
Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.
Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.
Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.
Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang.
Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi.
TERIMA KASIH BABYCENTER !
Disebabkan dia lelong kerana nak bantu pesakit AIDS maka aku pon tolong war warkan .. Mana tau ada pembaca blog aku yang teringin tudung yang dibuat khas untuk Dato Siti Nurhaliza tu haaa .. Mana la tau kan ? Heheh ..
Dipetik dari MSTAR Online ni .. Pinjam sat noo.. Jangan saman lak ..
“ Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS. “
Menurut artikal tu , Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan melelong dua pasang tudung miliknya rekaan jenama Fareeda pada malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta bagi mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.
Tudung yang bakal digayakan pada persembahan itu nanti akan mendapat sentuhan Siti sendiri dari segi rekaan mengikut citarasanya dengan bantuan Fareeda.
Tempahan meja untuk persembahan itu nanti telah pun dibuka dan meja berharga RM35,000 bagi kategori Berlian, RM20,000 kategori Platinum dan RM10,000 kategori Emas.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jasmin Jalil di Yayasan AIDS Malaysia menerusi talian 03-4047 4311 atau e-mel jasmin@mac.org.my atau Johary Jalil 03-40474277 atau johary@mac.org.my.
Hasil kutipan daripada persembahan itu nanti akan disalurkan untuk pembangunan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokongan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS di Malaysia termasuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak di Kelantan.
Persembahan Makan Malam Amal itu nanti turut mendapat tajaan penuh daripada jenama tudung Fareeda dan Hotel Grand Hyatt.
Apa lagi ! Booking la 8 table ! Satu table leh bagi aku .. hehehe ..
-IKLAN STICKY POST 24 JAM . eNTRI BARU DI BAWAH ENTRI INI-
Kena baca bahagian 1 dulu .. Klik SINI
Seperti kebanyakan orang Hisma pun pada mulanya tidak tau apa itu Perunding Kewangan atau Perunding Saham Amanah. Sebelum ni pun tidak pernah terlibat dalam bidang Kewangan apa lagi dana-dana kewangan.
Peranan Perunding Saham Amanah
Perunding saham amanah merupakan kerjaya professional dimana perunding merupakan perancang kewangan pelanggan. Setiap perunding di Agensi Atrium akan diberi pendedahan tentang dana dan strategi terbaik untuk maju dalam kerjaya.
Di Atrium setiap perunding akan di beri tunjuk ajar sehingga boleh bergerak sendiri.
Perunding akan di beri panduan bukan sahaja dari segi produk tapi bagaimana cara bercakap dan berpakaian dengan baik.
Pergaulan dan cara hidup akan berubah secara total ke arah yang lebih baik kerana anda akan berjumpa keluarga Atrium yang profesional.
Kelas dan tunjuk ajar sentiasa diberi oleh CEO Atrium Puan Hismazaitul
Bukan sahaja bekerja bersama malah seronok pun bersama. Atrium kini merupakan keluarga besar Hisma.
Kerjaya ini mendekatkan Hisma dengan pemimpin yang disegani. Kalau dulu Hisma lebih suka menjauhkan diri tapi kerjaya ini menonjolkan lagi daya keyakinan Hisma.
Hisma bersama pemimpin.
Gaya santai dan kasual ketika berhujung minggu.
Ataupun gaya korporat… Jika Hisma boleh, pasti anda pun boleh. Jom Sertai Atrium.
Hisma tidak lokek berkongsi ilmu.
Sebagai warga Atrium setiap sesuatu kemajuan dalam hidup anda akan dirai dan dihagai oleh Hisma…
Kepada yang ingin kenal dengan Puan Hisma , bolehlah datang ke Majlis SuaiKenal Atrium dan Previu pada 8/12/12 , pukul 11.45 am hingga 1 pm di Bangsar. Hisma akan berkongsi rahsia dengan terperinci !
Sila hubungi : 0123139044 /WhatsApp : 0102313904
FB Page : Atrium Consultants
Emel : hismazaitul@yahoo.com.my
SEGMEN .. Satu kenangan terindah buat aku kerana aku berjaya mengenali ramai blogger dalam dan luar negara ! Alhamdulillah , ada antara mereka dah jadi sahabat aku .. Sapa kata SEGMEN ni semata mata nak kejar trafik ? Segalanya terletak atas niat ..
Sejak Qhaliff hadir dalam hidup aku , SEGMEN terhenti seketika. Amat sukar untuk aku buat segmen kerana kesuntukan waktu .. Yelah , dengan usia dia yang terlalu mentah tu.. pastinya menagih masa aku untuk perhatikan dia 24 jam walaupun waktu tidur dia .. Bukan apa , nanti penyek kena hempap dek aku ni .. hehe .. Buas woo dia tidur .. Aku tak tidur buas.. Cute je aku tidur .. Ala ala rabbit gitu ..
Walaupun aku tak buat segmen , ada blogger yang masih meneruskan tradisi tu dengan cara tersendiri .. Baguslah kan .. Cuma ada yang dapat sambutan dan ada yang tidak langsung .. Apakah puncanya ?
Begitu juga dengan GIVEAWAY .. Hanya blog blog berpengaruh saja mampu buat GIVEAWAY .. Bagaimana pula dengan blog yang tidak berpengaruh ? Apakah rahsianya ?
Jawapan kepada kedua dua aktiviti blogger tu ialah POPULARITI .. Untuk buat kedua aktiviti ini , blogger harus punya populariti .. Populariti ni bukanlah macam artis popular tu haa ..
Cara untuk mendapatkan POPULARITI ni ada banyak .. Cara yang aku gunakan ialah dengan bekerjasama dengan blogger blogger lain .. Dari situ , masing masing akan dapat keuntungan seterusnya blogger yang terlibat sama , akan dapat juga sekiranya bijak mengambil peluang !
Bila bekerjasama , tak semestinya perlukan blogger yang popular atau top saja .. Mulakan dari kecilan .. Usaha perlu gigih . Aku sendiri pon bagai nak gila masa mula mula dulu.. 4-5 pagi siapkan segalanya ..
Memang penat .. Tapi jika ingin berjaya . perlu ada usaha .. Dan paling penting ialah , cari identiti sendiri .. Dan untuk GIVEAWAY , anda perlu ada pengaruh yang kuat untuk lakukannya .. Mulakan dari bawah .. Jika ingin berjaya dikenali laa .. Niat perlu betul ..
Jawapannya , masih relevan jika bijak dan kreatif !
SEKADAR PENDAPAT ..
Waaahh .. Setiap hari ada je yang email dan bertanyakan baju tu .. “ Dah pos ke belum ? Kenapa lambat .. “ Dan macam macam lagi kemarahan yang dilemparkan kepada pembikin baju kelab tu , Mr.Izzo atau Angah ..
Sabar , boleh ? Kawan tu sebaik mungkin cuba siapkan baju tu ikut jadual. Kalau ada kelewatan tu disbbkan baju yang ditempah terutama yang berlengan panjang tu , lambat sampai .. Dia cuma print baju tu je.. Bukan buat baju tu gak .. huhu .. Sian dia ..
Tempahan ada banyak . Yang buat ada dua orang jer .. Kena print satu satu sbb url blog berbeza beza .. Kalau semua url sama , senang la kan ? Hehehe ..
Tadi aku dah call tanya Angah .. Katanya , ada yang dah dipos .. Dan minggu ni akan ada lagi dipos .. Pos kena tunggu jumlah yang besar .. Takkan satu satu kan ?
Wife dan kawan aku punya pon tak dapat lagi .. Kena queue gitu .. Cuma aku punya je ada .. Tu pun sbb nak tengok contoh camana .. hehehe ..
Sabar yer .. Sedaya upaya siapkan .. Buat baju ni pun sbbatas permintaan .. Ikutkan takut gak nak buat .. Sbb kes kes gini laa .. Aku tak amik untung pon .. huhu ..
Sabar eh ? Jangan marah marah dan maki maki .. Tak baik .. Tak tipu pon .. Kalau ada yang belum dapat , sehingga hujung bulan ni , sila bagitau aku .. Nanti aku check semula kat Mr.Izzo @ Angah ..
Dari Cheras. Saja test drive bawak dia ngan aku je ..Mana tau nanti kena g mana mana , tak yah sudahkan orang lain dah ..
Dalam test drive ni , aku rasa utk senyapkan dia dalam kereta , aku kena bg dia susu .. Tapi jgn bg terus ..Tunggu dia merengek dulu , baru bagi ..
Susu perlu cukup .. Kalau tak cukup , dgn kita kita terganggu nanti perjalanan .. Dan juga mainan dia ..
Hurm .. Kalau tak cukup susu ibu , jwpnya kena sediakan susu formula .. Haih...
Hari tu , aku dah beli sebotol.. Sebenarnya , dari dulu aku ada amik fat burner ni. Kebanyakkan mereka yang g gym ni , mmg ada amik fat burner ni sbb bukan mudah nak bakar lemak terutama di pinggang dan perut tu haa .. hehe ..
Dan , alhamdulillah .. API ni sesuai untuk aku dan kawan aku lagi dua orang tu .. Ni 3 botol , bukan aku punya sorang.. Hahaha .. Aku syorkan pada mereka sebelum ni dan kata mereka ada turun skit ..
Tapi la kan , bagi aku .. amik fat burner ni dan g gym , mmg lagi cepat turun n bakar lemak tu haaa .. Dan ada kawan tanya , “ Kalau ada hypertension .. ok tak amik ? “ . Aku ada hypertension sebelum ni .. Tapi last check ari tu , dah macam ok je tekanan tu .. Rahsianya ? Aku minum rebusan daun misai kucing..
Ok , sambung .. Kalau ada yang berminat nak tau dengan lebih lanjut , baca kat Year end sale - API advanced fat burner.
Ada gak yang tanya .. ada KKM tak ? Heheh .. Tu aku tak tau laa .. Ubat rebusan daun misai kucing tu pun takde KKM gak .. hehe .. Apa pun API ni sekadar membantu saja .. Selebihnya bergantung pada disiplin pemakanan dan juga senaman korang .. okeh ?
Dapatkan nasihat doktor bagi mereka yang berpenyakit yer ..
Kul 10 pagi jaga .. Daddy siapkan makanan .. Gosok gusi .. Pastu makan .. Pas makan , baru mandi .. Bukan PAS makan UMNO lak yer .. hehe .. Takde kaitan ini blog dengan politik Malaysia ..
Lepas mandi , minum susu sambil layan tv .. Kita tengok Batman eh ? Pas minum susu , kita baca buku .. Eceh.. konon .. Hahaha ..
Pastu daddy ? Pastu tak reti reti nak tidur balik keee ?? Daddy pun nak mandi gak ..
Waaaaaaa .. Korang baca dah ke ? Kat dalam akhbar Berita Harian hari ni .. Perghh .. Macam tak percaya lak apa yang aku baca ni .. Tapi tak mustahil selagi mana kita ni bernama manusia kan ?
Tapi takkan seorang ayah sanggup buka aib anak anaknya dengan melaporkan ke dalam akhbar ? Hurmmm .. Pelik bin ajaib pun ada .. Wartawan tu lak cuma mendengarnya melalui telefon dan bukannya bertemu muka .. Hurmm .. Dan dia sendiri pun ragu ragu pada mulanya ..
“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.
“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian. “.
Itulah antara kata-katanya sebelum di akhir artikal tu ada tulis begini ..
“Berita lanjut dalam akhbar BH dan BH Digital hari ini “
Ahaaa .. Tak reti reti nak beli sendiri ? Hehehe .. Kalau nak tau kisah selanjutnya , belilah Berita Harian hari ni yer .. Hehehe ..
Buat Najwa, apa pun tindakan kita .. pastikan kita dapatkan keberkatan orang tua kita .. Walaupun aku tak tau hujung pangkal tapi sebagai anak , fikir-fikirkan kembali segala kenangan saat kita sebesar tapak tangan hinggalah kita pandai pegang gitar .. Semoga berjaya ..
Pandang Qhaliff .. “ Tamo garang ngan daddy yer sayang ..”
Aku g SENG HENG kat Alamanda tadi . Saja nak tgk barang barang yang boleh dibeli kat sana sambil nak tgk harga tv yang aku beli semalam ..
Opsss … Tu la harganya .. Dan aku beli semalam ? Hehehe.. Baca kat SINI ..
Baca dah ? Heheheh .. Tak caya lagi ? Member aku nak sambar SONY 32 inci .. Baru 899 je .. Luar ? Opkos la lebih 1k ..
Tunggu apa lagi ? Cepat dapatkan sebelum stok abis .. Terbaru okeh ! Ringan giler ! Dan guna adapter lagi .. hehe ..
Kalau menyusu dia skang , dia tak kasi tepuk bontot dia dah .. Atau pegang kaki dia ! Dia siap tolak dah okeh !! Perghhh , budak ni .. Memang nak kena sunat dah niii !
Bila dah cecah 8 bulan ni, mmg sedap giler gomol dia .. Peluk kuat kuat pastu dia confirm meronta dan menjerit geram kat kita ! Hahaha .. Nasib baik tak reti cakap lagi.. Kalau reti , entah apa bahasa yang keluar dituju pada kita haaa ..
Jap .. aku ni apahal guna KITA ?? Hahahaha .. Cam blog skema lak rasanya .. Geli okehhh ..
Qhaliff tengah tidur .. Jap lagi , nak kasi makan .. pastu mandikan dia dan keluar g Alamanda.. Nak pos barang n beli makanan dia .. Malam , hurmm .. nak cari kabinet TV lak ..
Duit saja sejak pindah ni .. Hurm ..
Dalam Mstar yang aku baca , cermin kereta Mizz Nina telah dipecah ketika berhenti di traffic light Ampang Jaya dan beg tangannya yang diletakkan di tempat duduk penumpang telah disamun .. Menariknya , kejadian berlaku pada waktu tengahari !
Ini bukan kali pertama aku dengar kes ni . Abang aku pernah bagitau gak yang mana terjadi satu kejadian di depan mata dia sendiri . Dengan beraninya penyangak tu buat kerja depan orang ramai ..
Sapa berani masuk campur kalau penyangak tu bersenjata seperti pisau atau pistol ? Nak tak nak tengok je ? Atau kalau punya black belt color putih , ok la gak kan ? Ni kalau takat nak bagi smackdown , aku rasa toksah laaa ..
Semakin berani mereka buat kerja kan ? Salah sapa yer ? Kita atau penguatkuasa ? Hurmm .. Tak guna nak tuding jari kan ? Adalah lebih baik cari jalan penyelesaiannya ..
Aku rasa , apa kata kita taruk je kamera cam AES tu kat kawasan kawasan berisiko tinggi atau rendah .. Hehe.. Letak jee .. Duit keuntungan dari saman kita tu , kita letak kamera banyak banyak .. Haaa.. Barulah kitorang tak marah kena saman sbb tau duit saman tu dipasang lagi kamera keselamatan untuk rakyat gak .. kan kan ? Ni kalau pasang , bagi tokey AES tu kaya jeee.. tak guna gakkk ..
Terasa ? Toksah .. Gi cari jalan penyelesaian lebih baik dari terasa dek kata kata aku ni haa .
Dan wanita sekalian alam .. Walaupun beg tangan berjenama LV atau AVON kee , taruk la tempat yang selamat .. Tau la duit dalam tu cukup cukup untuk masuk tandas tapi penyangak tak tau .. Bukan pe , nyawa tu yang dirisaukan .. Kalau mati , tanam terus tak pe la.. Kalau cacat ? Sapa susah ?? Sendiri gak kan ? BR1M setahun sekali je.. Nak PRU je baru 2 kali .. Tu pun kalau ada lagi laa ..
“ Buntu ? Tensi ? Tak tau nak update apa dalam blog ? Arghhh .. Stesssnyaa !! “.
Kan kan ? Mesti rasa tensi bila tak tau nak update apa dalam blog tu .. Haih.. Sebab tu ada yang update seminggu sekali , sekali sehari atau setahun sekali .. Kalau nak lagi best , dia update masa baru buka blog n nak remove blog dia .. Kira sempat 2 entri je la .. hahaha ..
Sebenarnya , tak susah pun nak update blog ni .. Asalkan korang bergerak keluar dari rumah , maka berlambaklah idea tu haaa .. Apa yang korang tengok , semua boleh dijadikan bahan untuk update dalam blog ..
Yelah , takkan korang nak update pasal kecantikan , tudung , artis , cerita seks je kan ? Erk , cerita seks ? Ada ke ?? Tuuu .. blogger seks yg dok belajar kat singapore tu haaa.. Hehehe ..
Sebaiknya bagi la kan . perkongsian cerita dalam blog tu lagi best dari dok update pasal tah apa apa tah .. Atau kalau takde idea sangat la kan , korang review je produk yang korang baru beli tu haa .. Apa pendapat dan sebagainya .. Semua tu pon leh jadi SEO untuk blog korang ..
Jangan risaukan ada ke orang nak baca ! Risaukan blog yang tak berupdate tu .. Ada orang baca atau tak , tu tolak tepi. Satu hari nanti , semua tu akan dibaca mereka tanpa kita sedari ..
Jeng , jeng jeng .. Tu diaaa aihh .. Ramai tertelan air liur .. Itu menurut kaum mayan laa .. Diorang kata 21 Disember 2012 ni kiamat .. Kira minggu depan la .. Ready dah ke ? Hehehe .. Kalau korang rasa korang ada darah kaum Mayan , mungkin caya la kot ? Huhu ..
Tapi kalau menurut Islam , korang pun tau la kan .. Semua itu rahsia ALLAH .. Jadi , jgn sampai tergelincir dah la yer ..
Dalam Kosmo hari ni ada artikal berkenaan satu tempat ni di Perancis yang bakal diserbu oleh mereka yang takut akan kiamat yang bakal berlaku minggu depan ni haa ..
Menurut Kosmo yang memetik dari akhbar MailOnline , Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan .. Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi.
Menurut pihak yang percaya tentang 'hari kiamat' itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul. Golongan itu percaya 'garaj kapal angkasa' terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya.
Tak pasal pasal Pekan Bugarach jadi popular disebabkan isu tu .. Dan polis mahupun tentera dah diarahkan berjaga jaga sbb orang ramai akan serbu ke tempat tu .. hehe..
Korang dah booking ke tiket untuk ke sana ? Mana la tau kan ? Hehehe ..