Kasi rebus .. lenyek ... Dan cukup berselera dia makan ..
Utk pastikan dia berak hari hari , oats mmg wajib bagi kat dia dan .... Yearghhh.. Semerbak baunya ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Kasi rebus .. lenyek ... Dan cukup berselera dia makan ..
Utk pastikan dia berak hari hari , oats mmg wajib bagi kat dia dan .... Yearghhh.. Semerbak baunya ..
Dari apa yang aku nampak dalam video BAPA WRESTLING ANAK tu , dia seolah nak anak dia jadi seorang yang kental dan ‘kebal’ bila dewasa kelak ..
Dari akhbar HMETRO yang aku dapat info ni .. Hurm .. Teringat seorang kawan aku yang bapak dia giler garang hingga kitorang pun takut nak lalu depan rumah dia .. Memang kena belasah kalau anak dia buat salah .. Siap pernah kena ikat kat pokok gitu .. Dan akhirnya , dia ikut jejak bapanya menjadi tentera .. Memang cekal la dia .. Tapi takde la dibelasahnya waktu ‘baby’ gitu ..
Tapi perbuatan dalam video ni , tak patut dicontohi atas apa jua alasan disebabkan budak tu belum ‘berakal’ .. Didik anak perlu ada ilmu . Kalau kita main belasah membelasah dia , nanti besar dia berdendam .. Kalau tak lepas semula pada ayahnya , akan ada orang lain jadi mangsa ..
Hidup di zaman ni mmg mencabar .. Macam macam dugaan ada yang membuatkan anak anak kecil semakin cepat belajar melalui pemerhatian di depan mata mereka ..
Apa jua yang berlaku , sebagai ayah atau ibu .. jangan cepat melatah .. SABAR ..
Tu diaaa haaa .. Kat situ rupanya F1 aku … Jumpa kat depan tayar kereta aku di luar rumah .. Manakala F2 , tak tau mana pergi dah .. F7 , tunggu masa … C lak pun bakal menurut perintah lak .. Amboi.. satu persatu huruf bakal hilang dari netbook aku hasil ‘korekan’ jari jemari Qhaliff tu haaa ..
Maka benarlah kata mereka yang terdahulu .. Tunggu je la segala gadget kita jadi mainan mereka . Masa tu , nak marah pon tak sampai hati ! Cuma mampu ‘QHAAAAALIFFFFF’ dan seterusnya tepuk dahi sendiri ..
Apa lagi nak ‘ghaib’ pasni , pon tak tau laa.. Harapnya , takde kaitan dengan HTC ONE X aku .. Jangan bagi aku alasan untuk dapatkan yang terbaru di pasaran .. hehehe ..
Oh , Qhaliff.. Nak je rasa gegeet pipi tu ..
Inilah jadinya ..
Dalam rumah , beria menahan bijik mata terutama belah tengahari .. Tapi bila dah naik kereta .. Zassss .. kasi sebotol susu ibu yang lazat berkrim , lena diulit mayang trus jadinyaa ..
Cam tu gak bila kat rumah mak aku aka atuk dia .. Beria menahan bijik mata sehingga berada dalam kereta .. Dalam kereta , zassss .. lenaaaa gak ..
Maka , memandu la aku sengsorang .. Ngan mak dia pon gitu , ngan anak pon gitu .. Perghh .. Driver jugak aku akhirnya .. Hahaha ..
Dari takut memandu , teror dah aku skang .. hehehe.. Aaaahhh , aku mmg takut memandu .. takut pandu laju .. Maklumlah , bakat Micheal Schumacher dalam diri ..
Rasanya , berani tak dia buat gitu ???
Tak nak dah dia didukung terlalu lama.. Nak berjalan dah skang ni .. Dan kena kena hati hati sbb tangannya lebih pantas dari kaki ! Hahaha .. Kangggg .. tak pasal pasal bayar menda yang tak leh digunakan .. huhu ..
Adehh .. Sikit hari lagi , aku bercanda di pasiran pantai dalam shopping mall la jawapnya ngan Qhaliff ..
Ahaaaa.. terpandang pulak papan iklan ni haaaa... Bulan dpn di PWTC .. Dr 18hb hingga 20hb Jan 2013.
Menarik tu kan ? Bonus pon dpt dah .. Leh perabis segala duit yang ada .. Pastu tunggu bonus hujung tahun lak ..huhu ..
Kais pagi , makan la tuuu jugaak !!
Perghh … Aku kena mantapkan lagi diri untuk berkejar-kejaran di pasiran pantai selepas ini .. huhu ..
Siap leeer .. Nak kurus sangat kan ???
Aku tak paham sebenarnya kenapa baby cukup teruja dengan laptop atau handphone .. Ada kawan nasihatkan supaya letak jauh jauh dari baby .. Masalahnya , berapa jauh ? Rasanya semua orang tau setiap benda berelektronik berisiko pada baby .. kan ? Haaa ..
Kena ada playground dia sendiri , baru selamat .. Permainan dia pun perlu pastikan yang bermutu dan selamat senantiasa ..
Pergh … Aku dulu kecik , rileks je .. hehe .. Patut ramai budak skang , kena jentik skit ngan cikgu dah panggil mak bapak datang skolah .. Hahaha ..
Manja dak skang ni .. Terlalu banyak research.. Patutlah pemimpin yang ada skang ni ‘tak bermutu’ berbanding generasi baru .. kan kan ?
Dua dua akhbar yang ditulis oleh wartawan bertauliah … Tapi , dua cerita yang berbeza ?
Dah pulak … Dalam MSTAR lain ceritanya .. Dan terbaru lak dalam KOSMO hari ini katanya tak dihalau .. Hurm ..
Bagus laaa ! Kira DBKL pun bagus laaa tak halau mereka .. Kena mintak maaf ngan DBKL ni .. Maafkan saya yer wahai EN.DBKL tapi jangan lupa , ALLAH MAHA MELIHAT ..
Disebabkan entri Datuk Yahya yang aku buat semalam , seorang wanita semalam ada email aku dan mintak aku bantu dia hubungi Datuk Yahya Sulong kerana katanya dia hubungan darah dengan Yahya Sulong tetapi terputus hubungan lama dah ..
Kalau nak tolong tu , bagus la yer .. Semoga ALLAH permudahkan .. Harapnya byk pihak tampil bantu mereka secepat mungkin dan bagilah bantuan sementara mereka masih ada .. Jangan dah takde , baru beria ‘nak bersedih’ dan nak bagi penghargaan .. Cam SENIMAN dan MAIWP dah pun nak tolong ..
Keratan dari HMETRO bertarikh 12.12.12
Hurm.. teringat drama atau filem lakonan Datuk Yahya yang sangat mengeletek hati aku sewaktu aku kecik dulu .. Antara pelakon komedi yang sangat original ..
Walaupun sudah mula memeluhkan daddy dia , dia tetap buah hati kami .. Senyuman saja dah cukup mencairkan hati ketika aku dalam amarah ..
Anugerah ALLAH yang tiada ternilai buat kami .. Alhamdulillah .. Dan sesungguhnya aku beruntung kerana punya blog yang telah merekodkan segala perkembangannya yang mana dia boleh merujuknya di saat aku tiada nanti untuk mengetahui betapa ibu dan ayahnya ini amat amat menyayanginya ..
Siannya .. Bila tengok dia , teringat orang tua aku .. RM800 je pon .. Sekurangnya pihak DBKL hantar la satu wakil untuk periksa keadaan mereka dan kemudian baru buat keputusan samada nak ‘halau’ keluar atau sebaliknya.
Menurut Mstar Online , Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Hurm.. Nasib baik la Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Menurut Presiden SENIMAN , Zed,Zaidi ketika dihubungi pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
Katanya lagi , masalah-masalah begini mereka tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika mereka tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah.
Tak kisah la .. Bagi bantuan secepat mungkin . Dan sejak kebelakangan ni memang aku menyampah dengan DBKL !! Sejak zaman ELYAS OMAR berakhir , DBKL mmg haru biru !!
Leganyaaa bila tgk dia lenaaa … Tapi ?? Untuk berapa lama ??? Zasss …
10 minit kemudian ..
Dengan jayanya , dia mencelikkan mata dan melemparkan satu senyuman mengoda pada aku .. Seolah ingin berkata ..
“ Daddy .. rindu nak main kejar kejar ngan daddy .. “..
Benarlah kata mereka yang terdahulu .. SEWAKTU MEREKA TERBARING MENYUSU , KITA INGIN BERJALAN BERPIMPINAN TANGAN DAN BERKEJARAN .. BILA DAH MAMPU BERLARI , RINDUNYA NAK TENGOK DIA MEMBARINGKAN DIRI DAN TIDUR NYENYAK ..
Dalam erti kata lain … Nikmati setiap saat kita bersama ..
Memula aku terbaca kat status seorang kawan di FB pasal persandingan Farid Kamil dengan Diana yang mana dia berkemungkinan dipenjara 2 tahun kerana memakai uniform Tentera tanpa keizinan ..
Pastu aku masuk ke blog yang mana asalnya cerita tu bermula .. Hurmm.. Ada yang kata uniform tu ATM punya.. ada yang yang kata PDRM punya .. Hahahah.. Mana satu betul ? Dan siap ada yang kata mungkin dia bakal menghadapi masalah !
Aku amik pendekatan ringkas.. Kalau dia berani buat , bermakna dia dah ada keizinan la kan ? Kan kan ? Tetapi …. aku bukak Mstar Online dan .. Tadaaaa ..
“ Pakai Uniform Cacamarba, ATM Tegur Farid Kamil “
Dari Mstar .. Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.
Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.
“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.
“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak lengkap.
Menurutnya lagi mereka menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar.
Dan Farid Kamil bernasib baik pihak ATM akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.
Dan Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.
Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.
Adoiii .. panjang pulak aku nak copy .. Korang g baca la sendiri kat MSTAR eh ..
Aku tertanya gak .. Kalau sekadar kena tegur dan satu lagi kata okeh je sbb tak gambarkan pasukan mereka .. agaknya kalau aku kawin lagi buat style gitu , camana eh ? Oh lupa .. aku bukan retis ..