Dalam Hmetro kata , yang bikin hal ialah Tonto tapi dalam Sinar Harian Online lak , ceritanya lain.. Sangat berbeza.. Mana satu yang betul ?
Ke aku yang tak reti membaca ni ? Huhuh..
Dalam Hmetro kata , yang bikin hal ialah Tonto tapi dalam Sinar Harian Online lak , ceritanya lain.. Sangat berbeza.. Mana satu yang betul ?
Ke aku yang tak reti membaca ni ? Huhuh..
Grrr !! Apa angkat angkat tangan ? Ingat bos besar ke ???
Hurmm.. Boleh dia nak telan tudung botol susu dia ni ??? Mulut kecik tapi nafsu besar !! Grrrrr !! Nasib baik sempat tarik keluar dari mulut dia .. Kalau tak ?? Kalau takkkkk ???? Eh .. Macam muat .. hehehe ..
Satu kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan tapi disebabkan kerana sifat manusia yang terlalu mengejar duniawi , maka banyak nyawa terkorban !
Bila kejadian tu berlaku , aku terus whatsapp wife di rumah. Suruh check semula dapur untuk pastikan segalanya dalam keadaan selamat ..
Bukan apa .. Kita selalu pandang remeh perkara yang kecil tapi yang kecil itulah akan menyebabkan kemusnahan ! Jangan ambil mudah perkara perkara begini ..
Dan hargailah mereka yang tercinta .. Baru aku dapat rasakan andai ianya berlaku pada anak aku. Betapa aku sendiri akan mengorbankan nyawa aku untuk menyelamatkan keluarga serta orang tercinta ..
Pengajaran yang aku dapat dari filem THE TOWER .. Kerana mengejar wang ringgit , nyawa jadi pertaruhan .. Berbaloi utk ditonton !
" Ok , Qhaliff ..Daddy makan ayam .. Qhaliff makan ikan salmon je yer .. Tak yah makan potato malam ni eh .." .
" Waaaaaaaa ...".
Wife yg selaku tukang suap berkata Qhaliff teruja benar akan makanannya itu hingga tidak berganjak dr tempat dia duduk tu ..
Waahhh...ini macam kalu , botak daddy !! Mahal salmon .. huhu .. Takpe.. anak punya pasal , daddy kensel MADU ..
Dah jadi turun temurun , kanak kanak seringkali ditakutkan dengan perkataan tu .. MOMOK !! Atau binatang binatang yang mampu membuatkan sapa sapa tengok pon akan jadi geli atau takut .. Ada yang tak de apa apa tapi saja ditakutkan dengan binatang tu .. Atau paling tidak pun denga abang polis !
“ Haaa… polisss … tangkap budak kecik nih !! “
Apakah perlu untuk kita takutkan anak anak kita di zaman ini ? Ada yang mungkin kata perlu memandangkan kanak kanak zaman ni dah terlebih berani hingga keluar malam atau belum cukup umur , dah pun mengandung ! Apa kaitan ? Segalanya ada kaitan dengan apa yang aku bangkitkan ini .
Ada yang tak setuju .. Kata mereka akan membantutkan perkembangan otak kanak kanak tersebut . Hurm.. Mungkin juga … Ada baik dan ada buruknya ..
Bagi aku , seperti kata mereka yang malas nak pikiaq panjang atau nak buat rumusan .. mereka akan kata … “ BERGANTUNG PADA IBU BAPA ATAU KEADAAN .. “ .Hehe .. kalau gitu , mmg la semua jawapan gitu .. Tapi mana satu yang lebih banyak ? Ada faedah atau lebih memberikan keburukkan ?
Aku jawab.. Kebaikkan .. Sekurangnya mereka takut nak keluar malam sementara belum mampu nak fikir dengan sempurna . Bila dah boleh fikir , yang mereka takutkan cumalah .. kekasih mereka ! Boleh ? Hahaha.. Aku gurau jer.. Mereka akan punya asas agama untuk pastikan mereka dilandasan yang betul dan tepat .. kan ? Itu yang terbaik .. Dan juga pemikiran yang berasaskan ilmu ilmu duniawi yang seiring dengan agama ..
Dia panggil aku gitu haaaaa !!! Kalau aku ajuk balik , dia sengih .. Hurmmmm... Bahasa rahsia kanak kanak nih !!
Koiiiii !!!
Qhaliff liat nak tidur pagi ni ! Biasanya senang sangat dia tidur tapi entah kenapa .. tamo pulak hari ni .. Tapi kebelakangan ni , dia tdo dalam buaian serta berhawa dingin .. Huhu .. Hari ni tidak la pulak ..
Aku guna trick biasa .. Bawak susu , letak dalam kereta .. Pandu jalan lurus yang takde traffic light .. Tak jalan jugak ! Last last dia menjerit dalam kereta !!!
Bagi susu , dia tak nak .. pasang lagu dia pon dia tak nak .. Aku sendiri dah naik tensen wooo .. Dah la tengah drive , anak menjerit menangis .. Kalau besar dah , mau jugak aku tinggalkan je tepi jalan . Hehehe .. Kejam gila la kalau buat gitu kan ? Layak kasi buaya makan je aku ni ..
Nak tak nak aku kena berhentikan kereta kat tepi jalan yang mana ada lorong membolehkan kereta berhenti seketika .. Kena tenangkan dia supaya dia tak kena sawan nanti akibat terlalu menangis .. Huhu ..
Jalan lengang .. Kamera AES pon aku rasa antar g charge .. Bateri abis kot ?
Dan dia main stering dan segala punat yang ada kat depan mata dia ..
Dia dah tenang.. Tapi bila letak balik dalam car seat dia , meraung kooooo.. Adehhh .. Nak wat camana eh ? Aku bagi dia buku unuk dia baca.. Heheh.. Dan berjaya ! Sampai rumah jugak aku ..
Tapi bila sampai rumah , dia bukan nak tidur … Tapi lasak .. Nak g sana sini .. Last last , guna cara tradisional .. huhuu..
Berjaya jugak aku ..Tapi kena selepas makan , dan dukung dia .. Dodoi dan selamat jalannnnn ..
Legaaa.. baru leh tidur jap ..
Alhamdulillah .. Rezeki awal tahun mencurah-curah.. Rezeki anak .. Dulu , aku dok pikir la camana nak survive dgn pendapatan yg kecil apatah lagi bila ada anak .. Tu belum nak beli rumah , kereta yang lebih selesa dan sebagainya ..
Bila dah nikah , baru kita nampak .. Bila dah ada anak .. Baru terasa terutama bila kita sedar yang kita pikul tanggungjawab untuk berikan yang terbaik buat keluarga kita.
Semalam , aku terima satu tawaran dari Dunia Herbs yang mana aku selalu guna produk mereka sebelum gi gym.. Hehehe.. Kantoi rahsia aku .. hahah ..
InshaAllah satu pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat dengan wakil Dunia Herbs. Apa cerita tu nanti , aku bagitau kat korang eh ?
Esok nak settle yang tv kabinet .. sponsor gak tu .. Hihi.. Alhamdulillah .. Leh beli madu ..
Setibanya aku di rumah selepas gi jemput anak buah aku ( entri yang bertaju Menunggu ‘anak buah’ yang tak gugur-gugur lagi ! ) , aku ketawa besar tengok si Qhaliff dengan baju yang mak aku pakaikan pada dia .. Dah macam anak harimau lak gayanya ! Hahaha …
Dan cam biasa .. Bila anak rimau jumpa bapak rimau , maka berposing jer laaa .. hehehe ..
Er .. kawan kawan kat FB kata , muka copy paste.. Yeke ? Aku rasa … er.. korang rasa ?
Lama dah aku bilang .. tapi mereka tak percaya !! Bermakna , aku cute la kan ? Lalalalala ..
“ Aban .. Hang pi amik Aniq sat kat sekolah. Dia suh pi amik dia .. “
Adik aku bagi arahan kat aku. Anak buah punya pasal , tak pe laa.. Gi aja ..
“ Hang bawak Dania. Dia tau sekolah mana .. “
Aku tanpa banyak cerita , terus tarik tangan Dania dan keluar dari rumah. Jam menunjukkan 3.35 … Lagi 5 minit dia balik .. Jalan pantas pantas .. hehe ..
Sampai sekolah tu .. Sunyi sepi ! Huh !! Biar betull .. Takkan semua murid dia diajar tidur petang kot ? Kalau aku jadi cikgu , mungkin la kot…
“ Kepala semua atas meja ! Sapa angkat kepala , dia berdiri atas meja sampai balik !! “
Aku pandang ke dalam sekolah ! Bayang cikgu pon tak nampak !! Hurmm.. Takkan diorang ada kokurikulum kat stadium kot ?? Hurmm ..
Setelah hampir 20 minit berdiri kat situ , takde apa apa gak.. Tetiba , mak aku call ..
“ Hang ada mana ? “
“ Depan sekolah dia la ni .. Dania kata sekolah ni .. “
“ Sekolah mana ? “
“ Sekolah cina ni laa .. “ . Aku jawab..
“ Bukan sekolah tu laaa .. Tuuu .. Sekolah agama kat masjid tu .. “
Aku pandang anak buah aku tu , kecik besar kecik besar jer !!
Grrr ….