Pagi tadi dengar berita kat SURIA FM .. Kata pembaca berita tu , saman AES tetap kena bayar walaupun prosiding mahkamah masih dibekukan .. Waduhh.. Camana tuu ???
Sampai rumah mak aku , terus aku bukak page KEMPEN ANTI SAMAN EKOR dan baca status terkini .. ada tak ? Hurmmm
“ Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Ada lebih kurang 100 email yang belum dijawab... Kebanyakannya berkaitan perlu hadir atau tidak ke Mahkamah... Jadi kami ingin maklumkan bahawa semua saman AES tak perlu ke Mahkamah kerana telah dibekukan dari dibawa ke Mahkamah oleh Peguam Negara.. selagi tiada sebarang pengumuman berkaitan penarikan balik pembekuan oleh Peguam Negara maka semua penerima saman AES tak perlu ke Mahkamah. Saman ialah perintah ke Mahkamah, bukan perintah untuk bayar denda.
Jadi Saman tidak perlu dibayar. Ada yang mengatakan bahawa perlu ke Mahkamah untuk merekodkan kehadiran - itu hanyalah sandiwara JPJ sahaja krn jika anda tidak hadir pun tiada sebarang tindakan boleh diambil oleh JPJ krn Saman AES tidak dibacakan di dalam Mahkamah. Jadi kami nasihatkan supaya tidak perlu ke Mahkamah. Jika kompaun dalam Saman AES tidak dibayar sekali pun, JPJ tidak boleh menghalang transaksi samada pembaharuan lesen kenderaan (cukai jalan) atau lesen memandu... “ ..
Tensen kan ? Hurmm .. Berkali dah aku up pasal ni di blog . Bukan apa , kalau laju sekali pun .. berhati perut la skit .. Bukan terus bagi RM300 !! Giler ke apa .. kalau satu saman tu , boleh la gak .tapi kalau tak sampai sebulan dapat 2 saman , tu mengarut laaa.. bukannya bawak Ferrari pon … Laju mana sangat laaa boleh gi kat Putrajaya dengan jalan yang tak bengkang bengkok dan tak comel tu .. haihhh ..
Dan peliknya , papan besar tapi kameranya mana ? Jap ada jap takde ?
Bagi 500 amik 300 .. ni yg buat aku nak daftar BRIM ni ..