"Asyik asyikkkkkk Upin Ipinnnn.. ", kata Kak Dania
Tapi daddy ok jerrr.. hehe.. Layan jer dari tgk rancangan AC Mizal atau Awal Ashaari !! Buweeekkkk..
Published with Blogger-droid v2.0.10
"Asyik asyikkkkkk Upin Ipinnnn.. ", kata Kak Dania
Tapi daddy ok jerrr.. hehe.. Layan jer dari tgk rancangan AC Mizal atau Awal Ashaari !! Buweeekkkk..
Amboiii .. Sememangnya budak besar ni akan mudah goyangkan kepalanya bila layan lagu yang rancak. Kalau lagu Purnama Merindu nyanyian Siti pon dia goyang , aku rasa mmg dia kaki goyang la.. Asalkan jangan dangdut ! Dangdut utk orang tua je goyang .. hahaha.. guwaauuu .
Tak kisah la Qhaliff.. Janji happy kan ? Heee ..
Aku tak pasti kesahihan akan maklumat di dalam gambar ni .. Tapi sekadar berhati hati , apa salahnya kan ? Maklumlah , penjenayah ni macam macam rupa. Adakalnya yang kita kenal dan baik pun boleh dirasuk syaitan !
Gambar yang aku perolehi di whatsapp ni , harapnya dapat membuatkan rakan rakan sekalian , berhati hati. Sumber gambar , aku tak pasti .. Jangan lak datang dan marah marah aku kata ni gambar dia yer.. Anggap je sedekah. Pahala lagi penting dari populariti .. oke ?
Benar atau tidak , hati hati ! Jangan mudah tertipu di zaman ni .. Biarlah orang kata sombong ke , berlagak ke , yang penting keselamatan ni.. Hanya ALLAH saja tau niat kita ..
Dok layan tv .. “Oh , My English “ koooo… Sekejap senyum .. sekejap garang .. Macam fahamm jer .. Daddy dia sendiri pon tak paham ..
Hurm.. dah mula ada rasa takut terutama tengok kartun yang pelik pelik .. abis badan aku dia panjat ..tapi nak gak tengok jap jap .. adehh ..
Dua kes ragut barang kemas dan mangsanya orang tua ! Yang cerita ni mak aku , sebentar tadi .
Gambar Hiasan
Satu kes , berlaku semalam di dalam kawasan flat rumah aku ni , awal pagi semalam .. Orang lelaki abis gi kerja .. Tinggal la makcik makcik jer .. Hurmm . Makcik ni lak keluar gi buang sampah kat tong sampah besar tu .. Ada dua penyamun standby dah .. Hurmm .. Pastu ? Menjerit laaaa makcik tuuu tapi sayangnya takde orang yg dengar ! Hurmm .. siann . Dah jadi kes polis .. Suspek ? Jadi fitnah lak nanti.. heee..
Dan hari sebelum tu , sorang makcik tu.. Baru balik kenduri kawin. Barang kemas , sepenuh penuh badan ! Selamat la jugaaakk di kebas dek penyamun .. Yang tu kena culik dulu rasanya .. Nasib baik tak dibunuhnya .. Haih..
Harga emas turun , tapi penyamun tetap penyamun ! Hati hati la yer ..
Satu saman aku perolehi di sini .. Had laju cuma 80kmj . Dicatatnya aku memandu 98kmj .. hehe ..
Hari ni aku try bwk ikut peraturan dan aku dijeling dek pemandu lain ! 3 lorong tuuuu..
Hahahahahah .. mcm $%&#&#%$?/ . Maki kang , satu batalion polis lak mai tangkap aku .. heeee..
Sabo je laa.. Pandu ikut had laju bila nampak AES ? Belajar hipokrit kah ? Dan seperkara lagi , yang gi letak kamera tempat lurus gini apa logiknya ? Dan sini selalu banyak kereta wooo .. Untung woo.. Tempat yang lagi lurus takde kereta , tak nak lak letak .. Ops , kawasan kemalangan ? Hehehe .. Tinggi benar statistik kemalangan kat sini berbanding di satu jalan yang confirm ada kemalangan bila hujan.. takde pulak kamera ! Ceh ..
Sikit hari lagi , dia dah boleh menolong maknya di dapur .. Membasuh pinggan atau tolong lecahkan lagi dapur tu .. hehehe ..
Dah sampai dia pegang atas tu. Skang ni , pantang dia nampak apa saja atas meja .. Cepat je dia suakan tangan dia untuk mengapai. Dengan harapan , dapat la makanan ! Hahahah .. Kuat makan cam bapak dia dah !
Maknya dah risaukan perut Qhaliff yang semakin ala ala daddy dia .. Hahaha .. Daddy dia pun dah semakin ilang pack pack yang ada tu .. Dah makin malas ke gym .. Yelah , kalut dengan anak .. dengan blog .. huhu ..
Skit hari lagi , jom berlari n main bola dengan daddy .. Daddy nak cari sukan lain lak .. Malas gi gym . Golf ok kot ?
Aku redha walaupun ianya satu ' penganiayaan' buat aku.. ALLAH ada .. Ketiga tiga saman tu kena di Putrajaya.. Tak mengapalah ..
Satu saman RM300 .. Nak diskaun , gi buat rayuan kat mahkamah ! hehehe .. kan ? Tak per … Redha.. Bayar jer .. Melainkan pasni ada saman lagi , mmg aku kumpul hingga hujung tahun ..
Yer.. buat style member aku .. kena beribu tapi bayar beratus jer.. Camana ? Heee .. Cuma tak pasti la AES ni leh guna alasan tu ke tak ..
Hurmm .. Bila tidur , sunyi .. Bila dia jaga , mau tekanan jiwa la jap. Bukan susah nak jaga tapi kena bagi perhatian 100% di kala usia begini sbb dok suka mengutip !
Tapi bila fikir fikir semula .. Dia depan mata untuk mak ayah perhatikan tingkah lakunya .. Nanti dah jauh ?? Camana pulak ? Depan mata dah pening , bayangkan dah jauh nanti ? Hurmm ..
"(Bayi) asalnya bersih kemudian dikotorkan. Bersih sepatutnya dibersihkan dengan kebersihan iaitu diteruskan dengan pendidikan al-Quran, agama, kenal ALLAH, sayang ALLAH, berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan keyakinan. Kerana dengan keyakinan ia membetulkan akal dan nafsu,".
Ada satu cerita mengenai hari akhirat yang membuatkan aku rasa insaf sangat .. Kita selalu dengar cerita mengenai anak kecil yang meninggal dunia ketika dilahirkan dan menunggu ibu bapanya di depan pintu syurga kan ? Tapi pernahkan dengar keseluruhan cerita tu ? Hurmm ..
“
Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui.
Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh.
Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Tidak takutkah lagi kita ?
Daddy suh sepak bola je kan , kaannnn ? Jadi , Qhaliff menurut je laa .. Kiranya tak derhaka la kannnnn ..
Tau pasal apa dia duduk balik ? Hehehe … Tu dalam proses meneran .. Berak haaaa .. Kiranya lepas main bola tadi , daddy dia kena basuh laaaaa .. uhuk uhuk.. Semerbakkkk ! Dah la posa ari ni .. huuhu ..
Sediki info dari BabyCenter :
“ Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika mendengar muzik. “
Qhaliff baru 14 bulan ..dah boleh main bola dan menari .. Hahahaha ..