Ada orang buat blog , untuk dirinya sendiri .. Ada orang buat blog , untuk kasi dunia baca .. Ada orang buat blog , untuk sebar fitnah .. Ada orang buat blog , tak tau kenapa dia buat blog .. terikut orang la katakan ..
Ok , dalam semua alasan di atas hanya satu saja yang menarik minat aku untuk mengulas secara ringkas iaitu buat blog yang nak kasi semua orang baca TETAPI takde la pulak orang nak baca !
Amik contoh gini la yer .. Kita nak jual nasi lemak tapi nasi lemak kita tu kita buat ikut suka kita punya gaya .. Nak letak bunga bunga .. letak kicap untuk kasi nampak lagi cun .. Kasi nampak lagi cun ? Aisey ..camana tu ? Orang nak makan nasi .. bukan nak simpan dalam frame itu nasi lemak kan ?
Sama seperti blog .. bila buat blog , mesti kena ada tarikan untuk orang mai singgah.. Apa tarikan yang ada dalam blog kita yang membuatkan orang nak singgah ke blog kita , hari hari !! HARI HARI yer ! Bukan hari ni jer.. atau bila teringat ! Camana tu ?
Kedua .. Kalau nak jual nasi lemak , jual tepi hutan .. ada orang nak beli tak ? Kalau makan tu , monyet pon leh mai makan kan ? Tapi kita nak orang mai beli ! Ada ke ? Dalam erti kata lain , di mana nak ‘ jual ‘ blog kita tu ?
Haa .. dua tips dah kasi .. satu lagi tips kalau dua dua tu dah berjaya difahami .. Camana nak kasi orang mai ke blog kita tanpa perlu bukak gerai atau tampal poster di sana sini ?? Maknanya , orang dah kenal nasi lemak jenama Ben Ashaari ni ! Sebut je , orang tau dah mana nak dapat !! Haaa… camana nak buat tu ?
Dalam menjawab persoalan KENAPA BLOG SAYA TAK DE ORANG NAK BACA , inshaAllah jika ke dua dua tips ini diserapkan ke dalam blog anda tu mungkin akan ada perubahannya ..
Usaha .. Jangan mengeluh jer .. Kena ada sesuatu dalam blog anda tu ! Carilah ‘sesuatu’ itu .. Dan bila orang datang berkunjung, apakah yang anda hidangkan pada mereka ? Fikirkan ..