Debu kat badan kereta .. perghhhh .. baik punya hitam ! Bayangkan debu debu tu masuk ke paru paru ..
Nasib baik la bulu hidung ada utk tapis udara yg tercemar tuu ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Debu kat badan kereta .. perghhhh .. baik punya hitam ! Bayangkan debu debu tu masuk ke paru paru ..
Nasib baik la bulu hidung ada utk tapis udara yg tercemar tuu ..
Alhamdulillah .. Murah rezeki si kecik nih ! Kecik ke ? Hahaha .. Adehhh .. Berketul lengan aku dukung dia . Nasib baik dia nak dukung tapi mmg aku suka dukung dia.. Dukunglah selagi boleh .. Nanti bila dah sampai masa , hurmm… pasti rindu semua tu ..
Baju raya sedondon untuk aku dan Qhaliff ! Haaa.. Wife kena beli sendiri.. hahaha .. Tak kisah la.. orang nak bagi , kita terima .. Rezeki jangan ditolak la kan .. Nganga jer .. Asalkan ikhlas dan diberkati Allah ..
InshaAllah , nanti gi ukur ke butiknya .. Butik mana ? Tu nanti cerita laaa .. heeee..
Murah rezeki anak kan ? Dari aku mula takut nak kawin sbb tak cukup duit , skang ? Sesungguhnya setiap perkara yang baik itu ada balasannya .. Banyakkan bersabar..
Hati hati yer … Ni fake punya profile. Gambar tu pon gambar palsu . Rasanya tu blogger yang aku kenali ..
Macam macam la manusia skang ni .. Susah susah la mak ayah bagi nama suh pakai , sibuk la nak guna nama orang lain .. Kang bila kena tangkap , tau pulak menangis menyesal ! Masa buat tu , tamo pikir !
Dari Sinar Harian Online .. Baca kat SINI dulu baru tau apa kesnya dengan gambar di atas ..
Kalau aku la kan ? Serius .. mmg aku akan buat seperti mana mereka jugak ! Tapi kan , sebenarnya perbuatan begini amatlah merbahakan diri sendiri dan juga orang lain ..
Katakanlah , dapat kejar orang yang mencuri tu .. dia ada senjata merbahaya .. Camana ? Jangan ingat kita punya ilmu bergaduh ni , boleh terus guna je.. Orang yg buat kerja gini biasanya nekad untuk buat apa saja .. Hati dah kering…
Sememangnya amatlah sukar utk buat keputusan pada waktu kecemasan begini . Sebaiknya fikir dulu sebelum melakukan sebarang tindakan … Andai yakin benar nak berdepan , silakan .. Kalau was was , gi je la report polis .. heeee ..
Bersungguh la dia memanjat tangga .. Dengan hasil simpanan 2 hari yang baru nak keluar tu ( tu pon lepas minum jus ori oren yang aku perah sendiri ) , dia merangkak naik tangga seolah olah ajak gi tandas bilik atas ..
Aku yang duduk sebelah dia ketika di tangga tu , mmg perlukan oksigen sangat sangat.. Rasanya dengan jerebu di luar saat tu pon aku mampu tahan lagi.. Yang ni ? Aku surrender ..
Baru nak dukung dia , kat tv terpancarlah rancangan Upin Ipin .. Terus dia berenti merangkak dan layan jap cerita tu .. Aku , kesian lak nak halang dia .. Biar la dia tengok jap .. aku pon duduk di sebelah dia .. dengan menahan nafas !
Bila selesai , bawak naik gi tandas dan tengok hasilnya .. Padat dan melekat ! Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! Tak tau nak kata apa dah ..
-iklan-
Melancong FREE ke Australia
All fully sponsored including
2 way Flight tickets, accommodation,
Halal food, transportation, & tour.
For more info, visit:
www.WaneyZainuddin.com
Pergh.. tajuk tak leh hingat ! Tapi serius , mmg ramai yang tergoda bila aku post gambar ni ke FB tadi .. Macam macam komen dapat haaaa ..
Korang ingat awek mana ? Tergoda ? Hahahah .. rileks laaa ..
Terletak di Presint 4 kalau tak silap aku PADI HOUSE ni .. Dekat dengan bangunan DCA .. betul betul sebelah dia .. Haaa .. Sangat santai la bagi aku terutama sebelah malam..Tenang gitu untk makan bersama keluarga atau dengan pasangan masing masing .. hehee ..
Makanan , boleh tahan sedap gak .. Bagi aku la , ianya menepati selera aku .. Nak kata sedap sangat tu , aku tak tau la tekak korang camana kan ? Hehehe ..
Kalau tanya aku , nak datang lagi ke tak ? Haaaa.. confirm datang sekali lagi terutama sebelah malam ! Masalah utama di sini ialah tempat meletak kereta .. Aku tak galakkan datang sebelah siang.. kang kena saman lak dek penguatkuasa perbadanan yang tak tau bila waktu dia kerja sebenarnya ! Hahahahha …
Baca betul betul yer .. Ni rekabentuk simple je.. Aku mmg tak nak semak sangat . heee.. Ok , di bahagian bawah tu akan tertera url blog pembeli sendiri. Kalau tak nak tulis pon tak pe.. Jangan isi je dalam ‘borang’ tu nanti ..
Untuk tempahan . hantar je email pada Mr. Izzo ( Angah ) . Tunggu hingga dia reply samada melalui email atau sms untuk suruh bayar dulu . Maklumlah , nanti ada lak yang tak bayar ..
Bila dah bayar , baru dia buat satu demi satu dan barulah pos secara berkumpulan . Dalam erti kata lain , janganlah ingat bayar ari ni esok dapat dah yer ? Kena sabau skit la .. Ok ?
Bagi yang berminat untuk mendapatkan T-Shirt ni , sila copy dan paste ke dalam email anda
Maklumat tempahan Tshirt Kelab Blogger 2013 adalah seperti berikut :
Harga Tshirt RM25 + POS LAJU RM5 = RM30
URL Blog :
Nama :
Alamat :
No. Tel :
Saiz Tshirt : XS , S , M , L , XL , XXL , XXXL
Warna : Putih , Hitam , Biru (Royal Blue) , Merah , Hijau
Kalau nak lengan panjang , sila bagitau Angah dan hantarkan ke angah MriZzo <angah7736@gmail.com>
Yup .. Terus dia sibuk ! Sibuk la dengan macam macam kerja .. Menariknya , tak carik pon mak dia ! Tak kisah pon aihh ..
Naik tangga dan turun tangga .. Turun pon dah teror dah ! Tapi caranya gitu la.. duduk dan turun satu tangga , satu tangga .. Janji sampai bawah !
Kira duit tabungan .. Tak banyak pon .. Tak yah plan nak rompak aihh.. Tak berbaloi ..
Pastu workout skit .. heheheh ..
Dan sambung tidur balik selepas sebotol susu berjaya dihabiskan ! Menarik kehidupan baby ni kan ? Yang baby sedia ada tak sabar sabar nak besar !
-iklan-
HOME OF SUGEE telah ditubuhkan pada Disember 2012. Kami ingin mencuba menembusi pasaran Sugar Glider sebagai salah satu haiwan peliharaan yang exclusive dan exotic serta berkongsi pengetahuan kami dalam penjagaan dan pemeliharaan haiwan kecil ini.
Kami adalah syarikat berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan mempunyai permit untuk menyimpan dan menjual Sugar Glider yang sah di sisi undang-undang yang telah dikeluarkan oleh Department Of Wildlife & National Park (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dan Taman Negara
Sekarang, HOME OF SUGEE tampil dengan lebih dekat berbanding sebelum ini dengan penggunanya dimana Sugar Glider Online shop kami menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan disediakan yang berkaitan dengan Haiwan Comel ini.Daripada menjual Sugar Glider sebagai haiwan peliharaan sehinggalah kepada barangan penjagaannya,food supplement dan boarding service.Kami turut menyediakan perkhidmatan "DOOR TO DOOR" dalam kawasan Selangor dan Kuala Lumpur secara percuma sekiranya jumlah barangan yang dibeli mellebihi RM250.
Sugar Glider kami dijamin kualiti dan kesihatannya kerana kami mengamalkan konsep HOME BREED berbeza daripada sesetengah peniaga yang lebih gemar menggunakan konsep MASS BREED.Sugar Glider Home Breed lebih dijamin kesihatannya dan mudah untuk berinteraksi,mesra dan bounding dengan pemiliknya berbeza dengan Mass Breed yang agak garang dan agresif dan memakan masa yang lama untuk bounding/mesra dengan pemiliknya serta sukar untuk dikendalikan.Syarikat kami menyediakan Sugar Glider dari baka jenis Classic Grey dan juga Leucistic (Di import daripada US)
Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjagaan dan mahu memiliki haiwan kecil ini sebagai “sahabat” anda, boleh layari Facebook page kami “ Home Of Sugee” atau di Online Shop kami di www.homeofsugee.com untuk keterangan lanjut.Ikuti perkembangan kami dan nikmati tawaran-tawaran pakej hebat dan harga runtuh yang ditawarkan kepada para pengunjung Home Of Sugee
HOME OF SUGEE (002183583-U)
NO 12. Jalan Kota Puteri 5/10C ,
Seksyen 5 , Kota Puteri
48100 Batu Arang
Selangor Darul Ehsan
No.Tel : 0124512725 (Whatapp Available)
0129472725 (Whatapp Available)
Email : homeofsugee@yahoo.com
BBM : 2A719F3E
Instagram : HomeOfSugee
WeChat : Zarul_Shazidee